Thursday, December 11, 2014

Namdaemun Market

Dari hotel penginapan cuma perlu melintas jalan atau turun melalui subway untuk ke Namdaemun Market.  Jika mahu membeli cenderahati, rasanya harga di sini agak murah kalau nak dibandingkan di Doota.  Untuk saya tak tak berapa minat nak bershopping, apabila melalui Namdaemun Market ini hanya "window shopping" sahaja la jawabnya.  Sempat singah di E-Lendang untuk beli kerongsang buat cenderahati dan sedikit keychain dan fridge magnet untuk di bawa balik.

Raisa sempatlah cairkan hati babah dia dengan buat muka kering nak juga winter boots Frozen yang kalau di convertkan ke MYR RM120. hahhahaa.  Tahniahlah kakak sebab akan selalu menang dalam usaha mencairkan hati babah ye.




urusan tawar menawar di Namdaemun ni tak la rancak sangat sebab saya pun macam tak berminat nak membeli sebab tukaran duit malaysia teruk sangat...hahahahha





street food.  tapi kat sini kami tak cuba pun sebab tak rasa teringin.  Sempat makan churros di Myeongdong.

sweet aje tengok adik ni.  dia kalau berjalan tak banyak kerenah melainkan lapar. hahahah.  ada makan semua settle.




kedai ahjumma garang hahaha. muka ketat aje walaupn ramai orang dok beli barang kat kedai dia...

bukan main oppa ni berpossing dengan abang Hadif.  bila dia tanya saya minat siapa pelakon Korea, saya cakap la saya minat Rain (walhal sebab masa tu saya tengah layan My lovely Girl, jadi Rain sahaja yang sangat ingat kakakakk) dia cakap Rain tu gay...hahahah jahat tau oppa!








Saturday, December 6, 2014

Children's Grand Park, Seoul

kali pertama kami nak ke Children's Grand Park ni boleh pulak tak jumpa exit yang sepatutnya.  Demi anak-anak, keesokkan hari kami kembali mencari jalan nak ke sini. Sebenarnya sistem subway di Korea tak la susah mana, bak kata hubby, kalau lagi seminggu kami di Korea, mesti kami akan fasih bergerak dengan subway hahahah.  











Soul in Seoul 2014: Autumn in my heart

Tahun lepas ke Korea sonata musim salju.  Syahdu aje mama kat sana sebab anak-anak tinggal di Malaysia.  Dah la kena tinggal, depa demam la pulak.  Sebelum tinggalkan bumi Korea hubby cakap kat saya, ada rezeki kita datang lagi Korea dengan anak-anak, Time daun merah katanya!

Dan Alhamdulillah, ada rezeki dan kelapangan dapat bawa anak-anak ke bercuti ke Korea, di musim daun merah.  Syukur Alhamdulillah.

Seronoknya tak terkata sampai ketika entri ini ditulis saya masih dilanda sindrom rindukan Korea. hahhahaa.  Tambahan sejak rajin layan cerita Korea, rasa macam bahagia semacam aje. hahaha.  Berkelana dengan anak-anak memang tak mudah.  Sekejap diorang ok sekejap diorang tak ok. Ada masa tengok urat leher hubby tegang semacam bila anak-bergaduh dan buat perangai.

Layan gambar aje la dulu ye.  Nanti kalau ada kelapangan saya tulis ceritanya.



m
Tengok Kauthar tu, tidur aje kejenya hahahahah




kau kunci cinta ku di dalam hati mu! kreatif orang Korea ni. 




Di Deoksugung Palace daun merah dah mula keluar....suka sangat rasanya!




beriya aje kakak dok tunjuk ke adik.






Hollywood Hotel, Disneyland

Bukan anak-anak sahaja yang teruja, mama pun sama aje jakunnya...hahhahaa














Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!