Jumaat - gi UiTM, mula2 pi buat matrik card baru. Aku tak penah buat yang baru walaupun orang lain dah bertahun buat. Keji kan? sayang sungguh dgn kat mola2 aku dapat time register belajar dulu. Tapi, bila cari2 kad tu time nak pi settlekan registration dan bayaran, tak jumpa pulak. Tak pasal kena bayar RM30 hengget. Nanti aku tepek gambar kad matrik aku tu yek. Sungguh bulat muka aku cam bulan yang Dr. SMS tengok kat angkasa lepas kot..heheheh.
UiTM Shah Alam sungguh la lain. Selain dari bertambah cantik, aku realize yang strukturnya binaannya sangat mencabar aku diusia yang ala2 muda belia ni. Tangga sana sini. Nak buat kad, mula2 kena pi unit keselamatan, buat laporan kad ilang. Pas tu pi zone 16 buat bayaran. Sesat larat aku okeh. Dalam terkial2 mencari Zon 16 tu, dua tiga orang budak junior tanya kat aku gini "samekom puan, boleh tunjukkan kami kat mana bla..bla..bla.." aku nak gelak pun tak boleh, pasal aku pun LOST!.. tapi aku buat manis muka dan jawab gak ler "sorry ye adik2..akak pun lost ni, nak cari tempat tak jumpa" "ooooo kami ingat puan ni lecturer kat sini" wakakakaaka nak gelak pun ada, tapi aku control ler. Manalah nak tau, cakap bebudak tu diorang tu akan jadi kenyataan satu hari nanti. Akhirnya aku jumpa gak zone 16 tu. Itupun nasib baik terjumpa jiran lama kat situ. Time nak buat matrik kad pun satu hal jugak. Payah sungguh staff tu nak buat. Cari2 gambar lama aku tak de. Mana nak ada kan, aku tak penah buat pun. heheheh last sekali, amik je gambar baru. Settle. Lepas tu pi amik kak chik kat opis dia, pas tu kitorang settlekan urusan nak buat pembayaran.
Balik umah aku sakit kepala. Panas sungguhlah sekarang ni. Kena minum air kosong banyak2.
Sabtu - dok mengemas barang2, atuk hadif dah bising stroller dan segala tunggang-ngan hadif dah berabuk dan terbiar. Aku pun cargas la basuh balik, lap balik, pas tu jemur apa yang patut. Sebab, Baru2 ni ada tengok harga stroller Combi tu...hehehe harganya sudah cecah RM500-RM600 okeh. Pas tu perkakasan yang lain pun bukannya dapat sepuluh dupluh hengget. Makanya, lepas ni, nak bungkus baik2, simpan dalam stor. Hadif dok bising tanya "tu untuk hadif ke opah? tu untuk hadif ke atuk" Opah dia jawab gini haa "tak la, hadif dah besar, tu untuk adik hadif yang tak tau zaman bila adanya.." kuikuikui.. pas tu aku tambah gini "janganlah umo 40 nanti baru nak dapat baby lagi...dah tuooooo" kakakakakaka
ni la antara koleksi yang hadif ada, tu tak termasuk basikal2 yg dia ada
Ahad - Dek kerana dah terbayang2 nak pindah ke rumah kami tu, aku decided nak pi IKEA, konon nak survey dan nak belilah sikit2 barang2 untuk umah kami tu. Tapi sebelum tu, sempat la beli T-shirt hadif beberapa helai dan dua helai seluar panjang. Simpan untuk raya. (betul yang..simpan untuk raya nih..tak pakai dulu...kekekekek) dan hadif sempat ketuk mama dia nih nak naik binatang gerak2 tu...lima minit RM5, dan si hadif ni bukan cukup satu round. Siap top-up satu round lagi. RM10 hengget dalam masa 10 minit. Itu pun siap pujuk nak naik beruang panda pulak. Mama dia buat derk je, pas tu on the way ke IKEA tu, sempat tunjuk sand art yand dijual kat depan kedai ACE tu. Gedebak gedebuk lima belas hengget melayang. Dulu, time hadif kecik2, dia tak pandai mintak apa2, aku siap tanya gini "hadif nak apa yang...nak nih? nak tu?"offer baiiikkkk punyer. Tapi, sejak dia pandai mintak macam2 ni, mama tak tak berani nak offer dah. Kalau boleh elak...baiikkk punya elak. Tapi Hadif ni pandai tau, kalau dgn mama dia, mesti dia boleh dapat je apa dia ndak. Dgn babah pun dapat, tapi jarang...jarang... so sekarang, mama decide tak mo ikutkan sangat apa dia ndak. Babah dia pun dok bising kat aku, jangan ikutkan sangat permintaan dia tu.
Hadif & suasana..
Jalan2 kat IKEA tu, sempat la beli beberapa barang, dan selebihnya kena tunggu big boss balik la. Lepas mengemas apa yang patut, ajak hadif naik bilik, macam biasa, dia dera mama dia baca buku citer kat dia. Kalau setakat satu dua citer tak pe. Ni lepas satu, satu, pas tu tukar pulak komik Ana Muslim dia. Ha, ni dia dah tido dah. Lena. Baru la mama dia ni ada peluang nak update blog.
Huaggh...malasnya nak keje esok. Kan de best kalau boleh cuti lima hari, keje dua hari. wakakakaka. Ingat company tu bapak aku yang punya? so, permisi ya, nak tido dulu.
1 comment:
mmm..baguih lah. Bungkus brg2 hadif tuh. Jgn jadi cam kita org,brg Danish sumer hancuss. Baru2 nih bawak kuar stroller, sedih makcik tgk...jadi mkn tikus dah separuh..he..he..dah nak kena beli lain. tak ke membazir kan?
Post a Comment