Semalam kononnya mengemas almari, tengok kasut2 hadif, aku bawak turun, susun dan ambil gambar. Kemain si hadif excited tolong susun, habis selipar spiderman, selipar asadi dia pun dia nak susun sekali..hahahah.
Banyak jugak kasut2 hadif, itu pun masih ada dua tiga pasang yang aku cari tak jumpa, agaknya miss place masa mak pindah rumah dulu, dan ada sepasang dua dah dihand over pada sepupu hadif. Bila tengok first shoe hadif, menitik air mata. Kami beli kasut hadif tu masa umur dia 3 bulan. Time bawak dia pergi monthly check up kat unit pediatrik HKL, doktor2 pelatih tu kemain berminat tengok kasut dia yang kecik. comel lote.. dan kalau dibandingkan dgn size kasut hadif sekarang..hehehe nampak sangat bezanya. Terasa cepat masa berlalu, cepat sangat rasanya hadif membesar.
Kaki Hadif cepat sangat panjang, ada kasut yang cuma sempat dipakai tiga empat bulan sahaja. Tapi kami simpan kasut2 tu baik2. Manalah tau, kalau ada adik, boleh pakai lagi..hehehehe. Sejak dia besar ni, dia kurang berminat nak pakai kasut sangat...selalu dia sarung sandal atau selipar je, dan kami pun dah kurang nak beli kan kasut sangat, ye la..mana tahan, kaki cepat panjang, pakai sekejap je dah tukar size.
Gambar kasut2 hadif ni bukan entry untuk berlagak atau menunjuk2,..cuma mengimbau dan mengenangkan tumbesaran hadif yang begitu cepat berlaku. Dari kasut size kecik, dah bertukar size besar. Tak lama lagi kalahlah kaki mama dia nih. Dan agaknya nanti, boleh berkongsi kasut dgn babah dia. Kadang2 rasa rindu zaman hadif baby dulu, boleh digomol, dicium, ditimang..sekarang? kalau digomol, harus la dia marah, kalau dicium, ada masa siap lap pipi dia balik.. nak ditimang? ayokk..patah pinggang makcik..
Lagi satu yang ketara, dulu, time pakai kasut size kecik, tak payah nak berebut remote tv dan rancangan tv..tapi bila dah pakai kasut size besar ni, mamanya tak merasa nak tengok rancangan yang mama suka..kartuuuuuunnnnn jek memanjang, acik gitu?
4 comments:
dari sebesar 2 jari tapak kaki hadif, sekarang smpai berjari2 dah..cepat sgt masa berlalu..musti windu giler kan nk gomol2 die lagi..takper, jgn risau..pasni aunty ila bleh gomol hanna plak..hehehehe...
rosmona: ye ros..tengok dia cepat nau membesar...rasa cam miss je zaman baby dia.. nak gomol hanna tu jauh kat putrajaya..turun shah alam wajib bagitau..boleh jumpa..
ish ..byknya kasut hadif,tapi kasut nike tuh sama ngan danish :)
kita org beli early this year, ingat nak buat kasut sekolah. Tapi tau jelah GA tuh, sumer org bare footed. siap teacher dia call lagih suruh danish pakai selipar je pi skul sebab dia terhegeh2 pakai kasut sampai dia yg last naik van..he..he..
baju hadif yg kat entry kat bwh pun sama..osh kosh kan? :)
mc ta: hahaha banyak barang hadif dan danish sama ek.. tu tandanya kita sama taste..intan memang suka jenama osh kosh, banyak pilihan untuk boy kan..
Post a Comment