Last Friday aku kehilangan opah pahang. Serasa tak percaya sebab baru je hari raya keempat hari tu aku balik ke Kg. ketapang Tengah, Pekan. Masih terasa dan tergiang2 suara arwah waktu aku peluk nak balik ke Lanchang tempohari. Aku sempat pelawa arwah opah ke rumah aku. Rumah baru yang belum pun sempat opah kunjungi. Arwah dgn ketawa bagitau aku yang dia nak datang umah aku ramai2...cuti sekolah nanti.
Hari Jumaat tu aku bertugas utk Open House GMSB. Dalam pukul 4.15 tu hubby datang, bawak Hadif, mak dan abah. Time Pak andak call bagitau tu aku baru nak suap makanan dalam mulut. Terus terkedu dan patah selera. Lepas inform boss dan kawan2 aku terus balik umah, kemas2 dan lepas maghrib tu bertolak balik.
Ceritanya arwah opah on the way nak balik ke Pekan bersama2 makcik yati aku. Dalam pukul 2 petang waktu mereka sampai ke Kota Tinggi, sempat arwah menelefon mak long aku yang dia nak singgah ke rumah mak long keesokkan harinya selepas balik dari kenduri kawin di keratong. Dalam pukul 4 ptg kereta myvi yang dipandu oleh makcik yati dilanggar dari depan oleh sebuah kereta wira yang gagal mengawal kereta selepas memotong di double line. Arwah opah meninggal di tempat kejadian, patang leher dan tulang belakang. Makcik Yati aku masih di Kuantan Specialist Hospital, baru lepas masuk besi kat tulang peha.
Arwah opah tinggalkan kenangan yang indah2 sebelum dia pergi. Mak usu cerita, 2 minggu opah di Batu Pahat opah masak macam2 masakan. Tahun ni jugak arwah ikutkan aje apa yang anak2 suruh, contohnya bila mak usu nak belikan handbag baru dan kasut baru, arwah terima aje tanpa banyak cerita, selalunya arwah ni payah nak terima, tak mahu susahkan anak2...dan sebelum hari kejadian, arwah beli cadar dan telekung baru.
Waktu aku kucup dahi opah, walaupun terasa sejuk tapi wajahnya sungguh tenang, tersenyum.
Alhamdulillah, Arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan Ketapang Hilir, Pekan, Pahang. Bersebelahan dengan kubur arwah atuk. Semoga Arwah opah diletakkan dikalangan orang yang beriman... Al-Fatihah.