gambar tak de kena-mengena dgn cerita. Gambar ni masa outing bersama Ayu dan Afif. Hari Mama-mama dan anak-anak. Mama-mamanya dok menyembang, anak-anak layan game dan toys..rindunya...bila lah dapat nak keluar sama-sama begini lagi...semoga Allah beri kesihatan yang baik buat Ayu, dan beri peluang untuk kami enjoy the moment lagi...Insyaallah.
Semalam, sewaktu menjemput Hadif pulang dari KAFA, saya lihat anak bujang saya sedang menangis terisak-isak. Di dalam hati tertanya-tanya, kenapa pula cik abang saya ni.
Hadif: Huaaaa..... dia ambil
eraser saya... pulang la balik, bila saya tanya dia kata tak amik.... (kuat okeh dia menangis)
Ustazah: tak pe la Hadif, esok kita cari lah...
Mama: Tak pe la, mari turun...(sekolah dia atas rumah kedai) nanti kita beli lain ye. (Saya cuba memujuk sendu anak saya tu)
Hadif: huaaa...mama tak marah ke?
La anak ku ini, dia bimbang saya marahkan dia rupanya. Memang selalu saya bising suruh dia menjaga segala harta dia. Jaga baik-baik barang dia. Manakan tidak setiap hari, bila ke sekolah KAFA, saya akan membekalkan dua batang pensel di dalam kotak pensel dia, dan setiap hari la dia akan pulang dengan membawa hanya sebatang pensel. Bila saya tanya, jawapannya adalah tidak tahu. Bising juga la mulut saya meleterkan dia, supaya dia tahu menjaga barang dia. Kena bertanggung jawab dengan apa milikan dia. Kadang kala masyaallah..saya lupa yang anak saya itu baru berumur 6 tahun. hahahhah. Dan bila insiden kehilangan pemadam ini, saya dapat rasakan yang Hadif sebenarnya selain dari sedih kehilangan pemadam, dia juga takut saya marahkan dia walhal saya tak marah pun. Puas memujuk dia yang membentak-bentak marah, saya ketawa kuat-kuat.
"Farhan tu ambil "eraser" saya! bila saya tanya, awak ambil tak, dia kata tak! Pembohong. Dia tu pembohong ke pencuri Mama?" Hadif bertanya sambil menangis. Air mata berjurai-jurai turun.
Mama: gelak...gelak..dan gelak. Lepas tu saya cakap " Hadif, tak pe la pemadam hadif tu hilang, nanti mama boleh beli yang lain, tapi tak baik la Hadif cakap Farhan yang ambil, Hadif nampak ke dia ambil? kalau tak nampak tak boleh cakap dia ambil tau, sudah..jangan menangis lagi..buruk tau nangis cam tu.."
Siap telefon Babah di offshore mengadu. Hai anak... kerana seketul pemadam, tumpah air matanya, walhal Hadif bukan jenis yang cepat cengeng..hahhahaha
Selepas sesi memujuk anak bujang saya, kami singgah ke klinik untuk ambil ubat, dan singgah ke pasar malam. On the way balik, hadif tegur " Mama, tu macam ustazah saya je" Saya terus sahaja menjawab " ye ke, buat apa ustazah Hadif duduk di situ, bukan ke ustazah Hadif naik kereta?" dengan tak semena-mena dia jawab "heheheh mama ni kelakarlah, ustazah saya naik bas la tu...dia tengah tunggu bas, apa kata kita hantar ustazah balik?" Hadoi la anak, baik hati sungguh..tapi saya tak dapat memenuhi permintaan Hadif kerana waktu itu saya sudah sampai di depan bulatan Bukit Rimau. "Lain kali la ye sayang, kalau kita nampak ustazah, kita tumpangkan ustazah balik"
Alhamdulillah. Sejuk hati Mama. Semoga Hadif terus terusan menjadi anak yang menyenangkan hati Mama. Amin. Semenjak di hantar ke sekolah KAFA, sudah pandai memberitahu saya tentang buku ahlaknya, buku jawinya, buku hafazannya, dan bercerita tentang solat berjemaah yang dia akan buat sebelum balik dari sekolah. Siap suruh saya baca doa kuat-kuat macam abang kat sekolah tu baca...hahahahah.
Ada lagi satu cerita.
Semasa saya ke sekolah KAFA dia untuk membayar yuran, tiba-tipa mak saya menjerit menegur seorang budak yang rupa-rupanya telah menumbuk dada Hadif. Terperanjat saya yang sedang berurusan di kaunter. Bising mulut opah yang geram cucunya kena tumbuk. Yang Hadif pula, bukan reti membalas balik. Lari pun dekat-dekat aje. Lantas ditumbuk lagi bertubi-tubi. Kasihan pula saya melihat anak saya yang tidak tahu membalas kalau dibuli atau dipukul. Salah ke saya kerana selalu menasihati Hadif supaya jangan pukul-pukul orang lain. "kenapa Hadif tak balas balik bila budak tu tadi pukul Hadif?" Mak saya memang tak puas hati bila cucu kesayangan dia ditumbuk tadi. "Mama kata, tak baik pukul-pukul, tak baik balas-balas, tak baik marah-marah" jawab dia. Kihkihkih...anak Mama ini...lurus macam pembaris.
Selepas membayar yuran, saya jumpa lah ustazah yang mengajar Iqra', untuk bertanyakan prestasi dan nak tahu juga, betul ke Hadif selama ini berbelanja di sekolah. Kerana bila saya bekalkan makanan, letakkan juga duit, duit habis, bekal pun licin. Bila ditanya apa yang dia beli, jawabnya beli lolipop. Sekali ustazah sudah cerita satu cerita pada saya.
Saya makan jajan(jajan tu bahasa jawa kan? Hadif pun sekarang dah pandai sebut jajan.. jajan..baru saya tahu dari mana dia belajar sebut jajan..hahahah) puan, sekali Hadif tegur; "eii..ustazah makan junk food. Mama saya kata tak elok makan junk food, nanti tak pandai" hahhahaha. "lepas tu semalam saya tengok dia bawak bekal lolipop kat sekolah,saya tegur lah, itu bukan junk food ke Hadif?" sekali Hadif jawab" tak..yang ini bukan junk food, yang ni rasa strawberi, mama saya beli..yang junk food rasa oren..." aduhai anak..cukup pandai bercakap. Tergelak-gelak si ustazah bila bercerita pada saya. Saya juga yang tersengih-sengih..aduh Hadif, mama dok nasihatkan dia, dia nasihatkan ustazah. Anak...anak...