Friday, February 12, 2010

XTVT di Tahun Baru Cina

Saya sedang membaca buku tulisan Norhayati Berahim aka kak yatie; Ranting Cinta Si Plato. Aduh..asyiknya sampai dah masuk kali kedua ulang baca. Rasa sakit hati yang amat bila sampai bahagian Sofea mendapat tahu yang Alfian punya isteri lain! Berhenti seketika saya membaca. Menung. Memang saya termenung panjang. hahahah. ambil feel perasaan Sofea. Hubby kata saya hati halus. Baca buku cerita boleh menangis. Tengok cerita sedih boleh menangis. Tak tahu nak katalah kalau berhadapan dengan situasi yang Sofea lalui. Setelah memberikan seluruh jiwa raga kepada suami tercinta, rupa-rupanya dalam diam dia dimadukan. Nak marahkan Alfian pun saya rasa tak sampai hati, sebab niatnya baik, mengahwini wanita yang suaminya dilanggar dan meninggal dunia oleh Alfian. Pada saya, dalam kekurangan Alfian, dia ada kelebihan. Dan, paling masyuk bila Muaz muncul semula dalam hidup Sofea. Cinta kedua... ha, yang lain tu nanti saya tulis review la pulak, Yang ini intro nya saja. Nak tau cepat, sila la beli ye buku "Ranting Cinta Si Plato". Saya tak puas lagi membaca. Nak baca dan baca lagi. :)

Insyaallah esok hubby akan pulang dari offshore. Balik awal 5 hari. Yahoo..seronok la kami anak beranak kerana tidak lah terperuk sahaja di cuti panjang ini.

Cerita di atas saya tulis sebelum cuti raya cina, tetapi saya tak publish kerana lepas menulis saya terus tidur. hahhahaha.

Pada mulanya bercadang hendak bercuti ke Hotsprings, Sg. Klah tetapi memandangkan hubby yang masa itu belum confirm boleh balik awal, terpaksalah saya lupakan hasrat nak ke Sungai Klah buat masa itu. Haru juga bila dah buat bayaran hubby tak boleh pulang ke darat nanti..hahahha. Jadi, masa terluang di musim Tahun Baru Cina ini saya dan hubby ambil kesempatan ke IKEA. Beli sedikit barang-barang rumah. Memang sedikit, tetapi bila nak bayar, tergelak saya melihat jumlahnya. Bak kata hubby saya, "kalau ke IKEA, beli kayu dan besi sampai lima enam ratus..." kahkahkah.

Sebenarnya tujuan asal nak beli meja makan untuk dihantar ke rumah yang kami sewakan di Seksyen 16. Saya sudah berjanji, jika penyewa kali ini menyewa agak lama, dan menjaga rumah dengan baik, saya akan hantar meja makan. Bising juga mak saya bila dengar saya mahu hantar meja makan ke rumah sewa, baik sangat tuan rumah dia kata. Pada saya, tak apalah saya keluar belanja sedikit, tanda saya hargai penyewa yang pandai jaga rumah saya. Cantik dan bersih sahaja rumah. Saya hantar semasa penyewa pulang bercuti tahun baru cina. Dah bagitahu nak hantar, tapi tak cakap bila. Semalam, semasa on the way ke office, dapat SMS, ucap terima kasih, dan insyaallah akan jaga baik2 set meja makan itu. Penyewa rumah saya merupakan pasangan muda yang baru berkawin, tetapi saya puji atitude mereka. Kalau sebelum ini, saya kena sms atau call tanya bila nak masuk duit sewa rumah, tetapi yang ini, cukup sahaja 1hb atau 2hb, duit dah masuk akaun. Memang saya letakkan katil, peti sejuk semasa mereka masuk menyewa. Seronok sangat mereka, maklumlah baru berumahtangga.

Teringat saya semasa saya dan hubby mula-berkahwin. Kami bermula dengan zero. Sikap hubby yang tak suka berhutang sangat saya puji. Mula-mula beli peti ais. Bila dah beli cash, so kenalah berjimat sementara menunggu gaji...masa tu mula la dia cakap "tak sabar nak tunggu gaji ni..nak bawak awak makan kat tempat sedap-sedap" hahahha. Patutlah isteri dia membesar bagai johan..kuikuikui..Setiap bulan kami beli satu barang. Sementara nak beli TV, pinjam dulu TV rumah mak. Saya ingat lagi, TV pertama kami TV Panasonic, 21". Sehingga sekarang TV itu masih elok, dan kami letak dalam bilik tidur. Sentimental value..hahahhaha. Meja makan pun kami beli kerana hubby nak jemput kawan-kawan dia datang makan di rumah, dan bila dah mengandung 7 bulan hubby belikan sofa L shape dek dia kesiankan isteri dia ni duduk kat bawah sahaja. Punyalah seronok, tak tahu nak katalah... Pengalaman-pengalaman itu buat saya insaf. Sentiasa terpahat di dalam hati. Bila kita bermula dari bawah, insyaallah rasanya kita akan lebih menghargai hidup kita. Apabila melihat apa yang pernah kami lalui bersama, dan bandingkan dengan apa yang kami ada sekarang, syukur Alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang. Sekarang pun kami belum lagi tahap menjadi orang kaya, tetapi bak kata hubby..rezeki anak. Yang penting jangan suka berhutang. Saya selalu didik hati saya, jika saya mahukan sesuatu, saya akan usahakan mengumpul atau tunggu sehingga cukup wang untuk mendapatkan barang yang saya minta. Kena selalu tanya pada hati, apa yang kita nak beli tu, keperluan atau keinginan.

Oklah, kita sandarkan pada kenangan ajelah ye.

Ni saya nak cerita tentang perkara yang menggembirakan saya semasa cuti baru ini. Sahabat baik saya, Ayu pulang ke Shah Alam, dan peluang dapat berjumpa Ayu sangat-sangat saya nantikan. Sempatlah buatkan Ayu puding roti. Mak masakkan ayu nasi lemak kukus dan sambal udang. Tak puas rasanya bersembang dengan Ayu, tetapi sekurang2nya terubat rindu kami. Kami berdua, kalau dapat bersembang, mau tiga empat jam pun tak cukup. Semoga Allah beri kita peluang untuk bertemu dipertemuan seterusnya, dan semoga Allah perkenankan doa kita semua untuk melihat Ayu kembali sihat dan boleh berjalan semula. Nanti saya upload gambar saya dan Ayu. Asyik bersembang sampai tak ingat nak ambil gambar, mujur ada camera handphone. Jadiklah...dapat juga dua perempuan tembam berpossing..kehkehkeh...

Selain dari cerita yang ditulis, ada lagi cerita yang hendak saya tulis, tetapi masa tak membenarkan. Sampai jumpa lagi... daa..

4 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

intan, akak masih pakai TV tebal 21 inchi tu, ojan dgn akim pujuk berkali2 beli TV plasma..tak layan..ha.ha
akak kalau barang tu selagi elok jangan harap akak nak tukar, sofa lama akak tukar fabrik sahaja, begitu kerusi meja makan..
Ayu okay ke intan? harap2 dia sembuhlahkan..AMIN.

Intanaziela said...

kak yatie: tu la, barang lama yang ada sentimental value gitu...intan pun pindah rumah baru, semua bawak perkakasan rumah lama, tak mau membazir, lagi pun masih elok.

Ayu cam gitulah kak, belas hati bila tengok kawan berkeadaan begitu, tapi tak boleh la nak tunjuk, nak dia kuat semangat, tak mau dia sedih..tapi nangis jugak..hahahah. Insyaallah, moga Allah perkenankan doa kita semua tengok Ayu sihat semula...amin..

mama apih said...

Teringat-ingat nasi lemak cik Yah...tak sbr nak balik Shah Alam lg...kali ni kalau aku OK sikit, aku suruh Najib tinggal aku umah ko lama sikit...boleh sembang lama-lama...
Terima kasih atas layanan ko and family...best sgt. dpt jumpa,...

faizah said...

kak yang, same lah kita..........
saya pun beli buku tu jugak ,masa balik ari tu, so kita baca buku yg sama lah sepanjang minggu ek....:)
bawak balik Phnom Penh kawan saya baca nagis2..
hahahhahaha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!