Sunday, February 7, 2010

Saya dan buku-buku

Semenjak dua menjak ini saya sudah kembali kepada mode: rajin membaca. Bila dapat baca buku, nampak gayanya blog akan terbiar sepi..hahahha. Macam yang saya ceritakan sebelum ini, semasa ke karnival Karangkraf saya sempat beli beberapa buah buku, novel dan majalah. Sehingga hari ini, masih ada diantaranya yang saya tak habis baca lagi...hahaha.

Mula-mula saya baca buku "Aduhai Suami" yang ditulis oleh Muhamad Mat Yakim. Dari mula membaca di muka surat satu, sehingga tamat membaca saya tersenyum, ketawa dan tergelak. Masakan tidak, segala apa yang ditulis memang terjadi didalam kehidupan perkahwinan kita seharian. Teringat saya tentang cerita "Tarbiyatul Ulum Fiddunya" perkataan arab yang digunakan oleh seorang suami yang keluar berfoya-foya ke kelab dangdut sehingga kawan-kawan naik hairan bagaimana si suami begitu senang mendapat lesen untuk keluar malam. Rupa-rupanya dari rumah berpakaian seperti hendak ke masjid, bila ditanya si isteri ke mana, jawab suami hendak ke masjid, ada tok guru mengajar kitab best, tajuknya kitabnya Tarbiyatul Ulum Fiddunya yang bermaksud belajar ilmu-ilmu dunia! Kalau si isteri itu tidak tahu maknanya..selamat la si suami berfoya-foya ke kelab dangdut!

Ada juga cerita tentang bagaimana si suami yang tidak mahu mengikut kawan-kawan ke Pasar Malam. Rupa-rupanya takut terkenangkan si isteri yang pergi berkursus ke Pulau Langkawi kalau melihat baju kelawar di pasar malam..muahahahaha....masa ni tergelak pada diri sendiri pasal saya memang suka pakai baju kelawar kalau di rumah..hahahhaa.

Nanti, jika berkesempatan, akan saya buat rumusan tentang buku ini. Buku ini telah selamat sampai ke Pelantar Minyak, mengikut hubby yang bertugas tatkala ini. Semoga Hubby juga terhibur dan mendapat ilmu dari buku ini. :)


Kemudian saya beralih kepada tiga buah buku tulisan Ramlee Awang Murshid iaitu "Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Masyaallah sungguh ralit saya menghabiskan pembacaan sehingga terbuai-buai perasaan seperti dibawa masuk ke dalam cerita. Terasa-rasa bagai bertemu Laksamana Sunan...hahahhaha. Memang cerita RAM ini lain dari yang lain. Novelis cerita thriller ini sungguh tidak menghampakan. Terima kasihlah pada adik di karangkraf yang mencadangkan supaya saya membaca ketiga-tiga buah buku ini kerana ia merupakan novel bersiri RAM.

Sebaik sahaja saya menamatkan helaian terakhir "Hijab Saang Pencinta" saya sudah tak sabar hendak membaca kisah "Jaja & Din" yang ditulis oleh Noor Suraya. Siap ada hadiah anting-anting dari kak Su lagi, tetapi bukan anting-anting betul ye, anting-anting yang kak su lukis berserta tanda tangan dan coretan yang berbunyi "Nur Azila, Dengarlah Jaja bercerita tentang Din." Jangan tak tahu, sampai menitis airmata saya membacanya. Ada bahagian yang saya ulang beberapa kali untuk kepuasa jiwa dan hati. Gaya penulisan yang bersahaja dan lain dari yang lain membuatkan saya jatuh hati dengan "Jaja & Din". Jaja seorang media planner yang jatuh hati dengan Din, seorang ustaz, seorang guru yang mengajar Sastera Arab; Lulusan Al-Azhar. Jaja di KL dan Din di Parit Buntar. Bagaimana Jaja memulakan langkah meminta mama dan abahnya meminangkan Din untuk Jaja.

Novel ini dapat menyentuh perasaan. Ada masa rasa kita akan ketawa, sedetik kemudian kita menangis. Kisah Jaja yang sedia menerima Din yang tidak punya apa-apa yang ingin ke Afghanistan untuk syahid, dan kisah ini diuntaikan dengan cerita-cerita tentang kisah dari Al-Quran, kisah para wanita Islam gemilang dan cerita Para Nabi.

Din menerima Jaja dek dilamar Dr. Aqmar Aziz, dengan syarat, Jaja harus melepaskan dia ke Afghanistan untuk panggilan syahid! Lalu Jaja tersenyum-senyum, menyimpan nanar cinta 2 tahun lamanya, apabila Din sanggup memperisterikannya.
Bermulalah kisah Jaja belajar jadi zuhud, yang agak-agak seringkali lucu, tetapi menginsafkan. Insiden Jaja membakar kepingan kitab lama tulisan Jawi Din juga, agak tulus dan kelakar, akibat Jaja tidak pandai membaca tulisan Jawi. Ataupun ketika Jaja di rumah mertua, tertidur sehingga ke tengahhari buta, dek kepenatan, ditegur Din dan bagaimana Din mengambil hati jaja dengan membelikan peha ayam goreng apabila jaja terkenangkan ayam goreng mama.

cinta Jaja pada Din membuatkan jantung sudah bagaikan meloncat ke kepala, kemudian jatuh ke perut...tak tentu arah!

Insya Allah, kisah ini, Jaja + Din = We live happily ever after, insya Allah.

Tetapi jangan sekali-kali menyelak ke bab akhir untuk mengetahui penghujung kisah Jaja & Din ini, kelak dimarahi Jaja kerana terus membaca ke halaman belakang. Kata Jaja " Mana asyik kalau cerita ini dilihat penghakhirannya dahulu, kan? Sebab kita tidak tahu di mana, dan ke mana arah hidup kita di dunia ini...sebelum menapak dari awal."

Saya sangat suka dengan ayat ini "saya sayang Faiza...semangat saya untuk pulih dan pulang...penawarnya ada pada Faiza, insya-Allah." Dengan tulusnya Din berkata.

Dan, sekarang pula, saya sudah tidak sabar menanti novel "Ranting Cinta Si Plato" Penulisan Norhayati Berahim. Bila hubby tanya tentang sinopsis cerita RCSP ini, saya jawab sengaja saya tidak mahu baca kerana saya mahu menghayati cerita ini. Nanti baru saya cerita kisahnya pada hubby. hahahhaha.
Oklah, saya nak tidur dulu. Insyaallah esok nak berpuasa. Dah minta izin dari hubby di offshore nun. Isteri kalau nak berpuasa kena minta izin suami, kan. Tadi dah cakap phone dgn hubby, excited bercerita tentang buku-buku yang saya baca dan yang saya dah order sampai terlupa nak minta izin nak berpuasa esok hahahhaa. Tadi call sekejap dan minta izin nak puasa esok. Kalau hubby ada kat sebelah senang la kan, ini jauh nun di laut china selatan. Sampai jumpa lagi.. daaa :)

8 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

Intan, masa suami akak berniaga dan sentiasa 3-4 bulan tak ada, kadangkala di TUrki, di cina, di Indonesia..dia akan bagi blanket approval sebelum bertolak, puasa, berjalan ..kecuali kalau keluar negara..senang katanya..ha.ha.

Intanaziela said...

kak yatie: intan rasa pun kena mintak blanket approval la lepas ni..senangkan..hahhaha ini kalau teringat nak puasa kena call dulu, actually hubby tu tak kisah, tapi intan yang dah terbiasa gitu kak...hehehehe

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

intan saya pun dah baca buku RAM tu..mmg syok... hek hek hek...rasa mcm nak baca lg sekalilah...

Intanaziela said...

sue: macam terbuai2 dibawa perasaan kita kan...hahhaha selamat membaca berulang2 kali...

ira amira said...

heh?ramai kate 3 siri RAM tu bes...tp org xle la long..membuai sgt..hee..
hmm..jaja + din..oh my.....hee~
besnye bace byk buku....!!!

Intanaziela said...

Ira: kena baca setulus hati, kalau budak kurang kasih sayang baca mmg gitu la..kekekek try baca jaja & Din..best...

Leeza said...

salam ziarah intan,
Jaja dan Din bestkan...keh3...RCSP pun best...ulang baca banyak kali,tak pernah jemu.

mamat said...

SALAM, TERIMA KASIH PUAN KERANA SUDI MEMBACA BUKU SAYA - MUHAMAD MAT YAKIM, EDITOR SINAR HARIAN EDISI UTARA, SINAR KARANGKRAF, SHAH ALAM

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!