Monday, March 8, 2010

Musim panas yang sungguh panas..


Hujung minggu saya sakit kepala. Cuaca yang panas buat kepala jadi sakit. Saya elak minum ais. Kasihan anak bujang yang merah-merah pipinya. Kalau duduk di rumah memang saya on aircond. Sungguh tak tahan. Terbayang bagaimana agaknya orang lain yang duduk di rumah beratapkan zink. Panasnya pasti sampai ke lantai. Bila fikir balik, bersyukur pada Allah, sekurang-kurangnya, kalau panas masih ada alternatif lain, boleh pasang aircond. Cumanya saya seboleh-boleh tak mahu bergantung pada aircond, takut nanti kalau Hadif terbiasa sangat, jadi manja. Kena boleh menyesuaikan diri dalam apa pun keadaan. Manalah tau esok-esok bila dah dewasa kena pi bertugas kat Afrika Selatan...hahahhaaha.

Hari Sabtu menghadiri kenduri dan majlis hari lahir Irsyad Ismail, anak kak ziela. Hadif bukan main seronok dapat berkawan. Maklumlah, anak kak ziela semuanya lelaki, tambahan pulak dengan yang lain-lain, sampai lupa makan anak saya itu.

Ahad pagi saya dilanda sakit kepala dan sakit perut. Mujur Hadif banyak membantu, syukur Allah beri Hadif yang sangat menyenangkan hati saya. Bila tengok mama terbaring, laju je tanya "mama nak ambil minyak angin ke?" "mama nak minum ke?"

Bila dah boleh bangun saya keluar ke Fella Design di Bukit Subang. Dari hari pertama Warehouse Sale saya dah berhajat ke sana, cuma masa sahaja tak kena. Jadi bila dah ok sikit, ajak mak temankan. Hadif tinggal dengan Atuk di rumah. Tak mahu saya mengusung dia, sudah la cuaca panas, kasihan dia nanti tak selesa. Hajatnya nak mengganti langsir, dapat jugaklah langsir yang dicari walaupun sebenarnya sudah tidak banyak pilihan. Maklum sahajalah, sudah hari terakhir. Padanlah muka saya yang dok bertangguh sahaja nak pergi.

Saya terus hantar tempah langsir, harap-harapnya cepatlah siap langsir saya itu..hahahahah.

Balik ambil Hadif terus bawa dia pergi basuh kereta. Geli hati saya bila Hadif cakap "bestnya kalau boleh mandi air laju2 macam tu kan mama?" agaknya musim panas ini membuatkan daya imaginasi dia sehingga ke tahap nak mandi air laju macam orang basuh kereta...hahahaha.

Sebelah petang pula aktiviti biasa menggosok pakaian sekolah Hadif. Siap menggosok hantar ke rumah opah pula. Malamnya kami dua beranak bersantai sambil menonton Rancangan Raja Lawak. Gelak besar Hadif bila dengar lagu "papa ku pulang dari kota....." lepas tu dok tanya saya "mama, bila babah nak pulang ni? lamanya dia pergi kerja?" hahahah. Hadif dah rindukan babah. Maklumlah, 19 hari berkepit dgn babah....mama pun rindu juga, tapi boleh kontrol lagi..hahahaha. Cepatlah hari berlalu..tak sabar nak pi bercuti lagi!

4 comments:

Ana said...

auni pun tepuk tangan n goyang2 dengar lagu papaku pulang tue sebab ana slalu nyanyikan kt dia..

panas kann cuaca sekarang..sure bil letrik melambung laa 2,3 bulan nie..hehehe

rosmona said...

panas.. Panas.. Panas.. Kami 3 beranak mlm2 kejap tido kt dlm bilik,kejap tido kt luar..normad tol,.rasa mcm nk tido dlm toilet je..pssst.. Kali ni mau coti di mane?

NORHAYATI BERAHIM said...

intan..wah nak ke bandung ye bulan june, akak pula ke bali masa tu. Ujung June, bulan April ke Yogjakarta, akak ni memang tak abis2 mengukur jalankan..ha.ha.
nak buat macam mana..kalau tak berjalan, tak ada idea..

Intanaziela said...

ana: umah intan confirm 100++ setiap bulan...musim panas ni harus la lebih...hahahhaah

Rosmona: musim panas ni idea nak tido kat dalam toilet rasanya bernas jugak yek..hahahhaha psst...kali ni nak jalan2 tempat2 yang dah pernah pergi...kira jejak kasih balik la..hahaahaa

kak yatie: best tu pi bali...hubby janji kalau kenaikan gred dia approve bulan 4 nak bawak intan pi Bali jugak..hahhahahah bulan Jun ni pi Bandung kak, kali ni pi dua keluarga... kak yatie kena la pi jalan2 banyak2...baru idea datang..dan cepat intan dapat baca buku baru lagi...hihihhi

p/s: bercuti ni ibarat kita mengembara kan kak...dapat melihat tempat orang cukup menyeronokkan..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!