Wednesday, March 17, 2010

Hadif dah balik rumah..

Alhamdulillah, selamat pulang ke rumah. Rumah ku syurga ku..tak tahan saya duduk di wad, jenuh nak pejam mata, kena kongsi katil dgn Hadif, sakit tulang belakang saya..hahahah dah la anak saya tu tidurnya lasak. Dia bukan main seronok duduk hospital, makan selera, dapat tengok kartun je sepanjang masa.

Mulanya masa nak admitted tu saya minta single room, tapi tak de, semua penuh. Yang dua katil pula ada di wad bersalin, tak de tv, maunya anak teruna saya boring dan buat lawatan ke bilik-bilik lain nanti, jadi yg ada 4 katil satu bilik, hentam sahaja la sebab satu malam, saya gagahi jua..hahhaha,

Babah Hadif pun dah sampai rumah, tak lama lepas kami anak beranak sampai di rumah. Anak kesayangan demam, nak keje pun hati tak senangkan, hiks. Babah dia dah pergi belikan mainan doktor-doktor yang Hadif dok merengek minta. Bila dah dapat tu, jenuhlah saya dan hubby jadi pesakit dia.

Mula-mula dia tunjuk skrin monitor kat babah lepas tu cakap "oooo, awak hisap rokok ye?" hahahaha. Lepas tu check mama dan cakap "oooo tonsil awak ni besar, makan antibiotik ni.." hahhahaha. Lepas tu pegang telefon cakap gini " ye, saya cakap...apa? awak sakit jantung? tak pe kejap lagi saya datang.." hahahhaha saya gelak tak ingat. "Hadif, orang kalau dah kena serangan jantung, usahkan nak telefon, nak cakap dia sakit jantung pun tak boleh" saya cakap kat dia.

Bila panggil dia suruh makan ubat, dia cakap gini "panggil saya doktor lah..." apa-apa saja lah anak,.,,asalkan awak dah kembali ceria, kembali petah berkata-kata, mama dah bersyukur benar. Susah hati kalau dia sakit. Rasa mahu bertukar tempat dengan dia...dan..saya dah demam pun malam ni...hahahhaa,

2 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Alhamdulilah dah keluar orang bujang tu ya. Ha.ha.ha..paling kelakar pasal part hisap rokok tu? Abah dia hisap rokok ke? ha.ha.ha.budak-budak tak sukakan orang hisap rokok?

Su Hana said...

l-hamdulillah hadif dah sihat... tkejut baca n3 bwh tu.. ish...


hehehe hadif2... intan kita serupa la..asyik jd pesakit je ngan anak2...maryam pun sama tau.. tp dia lg dasyat..jap2 jd dr. jap2 jd tukang masak.... asyik paksa mama + ayah dia order makanan...hahaha..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!