Monday, May 31, 2010

Alhamdulillah...syukur pada Allah.

Weekend tempohari saya ke melaka. Melawat adik yang belajar di Utem dan nak ambil barang2 dia, dia dah nak habis belajar. All the way saya drive pasal hubby di offshore. Hari Sabtu dah balik semula ke Shah Alam kes saya tak mahu bersesak-sesak di hiway. Malam tu sampai di rumah tiba-tiba gatal nak buat UPT. Kebetulan pregnancy kit test tu ada je kat umah. Sekali saya tengok 2 line. Terperanjat terus tunjuk kat mak abah yang ada kat umah saya masa tu.


buat test malam2...sekali tengok 2 line...hahaha


Pas tu terus call hubby kat offshore. Hubby suh buat test pagi-pagi pulak. Ni kes tak berapa nak percaya la ni..hahahha. So Ahad pagi saya pi Pharmacy, beli Clear Blue. Ha, amik, sudah terang lagi bersuluh. Syukur, alhamdulillah, penantian yang akhirnya membuahkan khabar gembira.


sudah terang lagi bersuluh..hihihi


Pagi ni saya pi jumpa Dr. Fadilah, di klinik Famili. Masa tunjukkan UPT tu doktor yang menjerit suka. Maklumlah, dia pun tahu dah lama saya tunggu berita ni. Bila dia scan, tengok baby dah lebih dari 10 minggu. Lagi la dia menjerit, "tengok La, dah ada kaki..tangan..tengok dia gerak ni.." saya dok meleleh air mata je la. Boleh saya tak sedar dah ada baby dalam perut ni..hahahah. Lepas ambil surat rujukan dari doktor Fadilah terus gerak ke KPJ Selangor, jumpa Dr. Tan Yeen Inn. Masa jumpa Dr. Yeen ni, perasaan saya sukar nak di gambarkan. Doktor tunjuk baby gerak-gerak, dengar denyutan jantung, dan paling best doktor tanya " tak de muntah-muntah?" "tak ada doktor, kalau ada pun penat sikit-sikit dan nak tidur awal" "baby girl kot ni" hahahah yang tu saya dah gelak. Kalau baby girl alhamdulillah, kalau boy pun tak pe, janji sihat sempurna. Dan paling best bila doktor bagitau, tarikh bersalin bulan 12 tahun ini...hahhaha. Lagi sekali kejutan.



Semoga Allah permudahkan semuanya. Harap-harap kesihatan yang baik dan tak banyak kerenah ini berterusan. Lagi 2 minggu jumpa doktor yeen balik.

Ini cerita abang Hadif. Saya bagitau dia, "Hadif nak dapat adik tau...suka tak?" "suka mama, boleh tak saya nak kasi nama dia Khalesya?" "ala, nama lain la hadif.." saya kata. "ok, kita kasi nama Latha, nak? " "what? Latha? aisey Hadif, tu nama india la sayang..." hahahhaha. suka-suka je abang nak kasi nama adik dia Latha, kes kat Q-Dees ada kawan dia nama Latha la tu..satu malaysia sungguh...hahahah.

Thursday, May 27, 2010

Saya minta maaf...

Semalam saya dan hubby dok memberi nasihat kepada anak bujang nan seorang itu. Maklum sahaja lah anak lelaki, banyak main dari serius. Berselang seli nasihat yang keluar dari mulut saya dan hubby. Sampai keluar cerita zaman kesusahan dan zaman kepayahan hidup mama dan babah dia masa kecil-kecil. Sengih saya bila teringat hubby bercerita tentang kisah dia hanya berbelanja RM0.30 sehari semasa darjah satu. Hadif? pergi sekolah agama bawak duit berdeting-deting bunyi syiling, tetapi bila ditanya apa yang dia beli, jawapannya adalah tak tahu.

Saya ingat lagi bila saya bagitahu bagaimana jika tidak menjadi orang yang berilmu, bukan sahaja orang tidak suka, tetapi hidup akan susah kerana zaman sekarang semuanya memerlukan ilmu. Masa itu anak bujang saya hanya mengangguk-anggukkan kepala, dan mata pun macam nak jatuh. hehehehhe. Sempat juga saya tersengih memandang hubby. Kami gunakan pendekatan nasihat, langsung tak ada unsur-unsur marah. Lepas habis tazkirah hubby bersiap dan bertolak balik ke Kerteh.

Saya naik ke bilik tidur dan masa itu saya lihat Hadif melayan perasaannya di atas katil. "Hadif nak tidur kat tilam Hadif ke atau Hadif nak tidur dengan Mama?" "Dengan Mamalah" Laju sahaja dia menjawab. Dia naik ke atas katil dan terus selubung dengan selimut. Mama dia ni pun naik hairanlah sebab anak dia bukannya jenis tidur berselimut walaupun dah tidur dengan aircond dari umur dia 8 bulan kalau tak salah. Saya tengok badan dia terhinggut-hinggut terus saya selak selimut dia. "Eh, kenapa Hadif menangis ni?" Panik saya bila tengok dia menangis teresak-esak tetapi tak berbunyi. Jenuh pujuk dia suruh bagitahu. "Babah...huaaaa" la, pulak. Dah lama dah tak buat perangai dok menangis bila babah nak balik kerja, mama pun jadi sentimental jadinya.

Saya call hubby dan suruh dia bercakap dengan anak. Tapi Hadif tak mahu bercakap, nangis je tak berhenti. Bila saya tanya rupanya dia sedih pasal babah dia marah dia. Maklum sahaja lah, selalu yang kuat berleter dan marah dia mama dia ni, sampai dia dah lali. Dah tak heran..hahahah.

Lepas dia dah cool sikit, saya cakap dengan dia "Hadif, mama minta maaf ye kalau apa yang mama dan babah cakap tadi buat Hadif sedih, tapi mama dan babah nak nasihatkan Hadif aje, bukannya kami marah hadif, kalau hadif salah, mama dan babah kenalah betulkan, itu tandanya kami sayangkan hadif" masa tu air mata saya dah menitik-nitik okeh. Mak memang emo sikit..hahahah. Sekali Hadif sudah datang peluk saya sambil menangis terisak-isak"saya minta maaf mama"...aduh..sudah jadi drama sebabak pula kami dua beranak. Saya peluk dia sampai dia tertidur.

Dah pandai berasa hati anak mama yang seorang ini. Dah pandai beremosi. Alhamdulillah. Semoga nasihat yang telah kami suami isteri berikan mampu menyentuh hati Hadif. Semoga Hadif dapat suntikan semangat dari cerita babah. Saya pun jadi sedih bila hubby cakap begini "Hadif, babah kerja kuat untuk Hadif. Babah cari duit nak bayar fees sekolah Q-Dees Hadif. Babah kena memandu 400 km untuk pergi kerja, lepas tu babah kena naik choper lagi 200 km. Jauhkan babah pergi kerja untuk ceri duit? Babah cuma minta Hadif belajar rajin-rajin, itu aje."

Pagi ni bangun pagi mood Hadif dah ok. alhamdulillah. Semoga terus oklah sampai bila-bila. Bukan mudah rupanya bila anak makin membesar. "Hadif belajar rajin-rajin ye, nanti babah balik babah bawa kita naik airplane" senyum aje dia bila saya cakap macam tu. Hai anak.. kita sebagai ibu bapa memang perlukan ilmu untuk mendidik anak. Macam-macam pendekatan yang perlu kita gunakan. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam membesarkan Hadif. Amin.

Tuesday, May 18, 2010

yang Free itu best?

Hari ni rata-rata orang bising tak boleh masuk web Airasia. Sibuk betul talian bila tiba promosi tempat duduk percuma..hahahah. Dalam hal ini saya bersetuju dgn pendapat kak yatie (NB) orang Malaysia suka barang free. Ye la, tambang jauh lebih murah siapa tak nak kan? Tapi bila berlaku kesesakan talian, menyusahkan orang lain yang memang ingin berurusan dengan Airasia.

Saya? saya belum cuba masuk lagi sebab dua hari lepas hubby dah forward email tentang promosi ini pada saya dengan kata-kata yang berbunyi "tengok-tengok sajer..heheheh". Ye la, masih ada 3 tiket yang belum kami gunakan, nak beli lagi? aje yang giler... maunya kami makan maggee hari-hari. Terima Kasihlah pada hubby yang bermurah hati bawa saya dan Hadif pi bercuti lagi tahun ni. Dah cukup 3 yang, dah mencapai KPI yang awak set tu..hahahah.

Buat masa ini, saya sedang menghitung hari untuk kembali ke daerah yang pernah kami kunjungi tahun lepas. Ternyata janji hubby utk membawa saya semula ke Daerah itu memang dia kotakan. Tak sabar rasanya untuk mengukur jalan-jalan ke tempat-tempat yang kami tak sempat sampai tahun lepas. Bercuti dalam erti kata mengembara. Biasanya bila bercuti saya tidak shopping. Saya akan gunakan waktu yang ada dgn melihat tempat orang. Kali ini sudah merancang untuk ke kedai buku, ke kedai CD dan beberapa kedai kain. Opss... mesti dah dapat agak ke mana destinasi kami nanti....hahahhaha.

Hubby saya jenisnya suka buat suprise. Baru-baru ini dia email pada saya e-tiket bercuti berdua. Terjerit saya dibuatnya. Tak de angin, tak de apa, tau-tau dapat tiket. Kejutan. Tapi saya suka..hahaha. Kali ni kali pertama kami tinggalkan Hadif. Tak pernah buat lagi, tapi pada saya apa salahnya kan, esok-esok bila dia dah dewasa, dia pun akan ada hidup dia sendiri, tak kan masa tu baru kita nak merasa berdua-duaan suami isteri kan? :) Tapi tak pe, Babah Hadif pandai pujuk anak dia...hujung tahun nanti bawak anak pi sekali... kehkehkeh..

tapi kan...kalau la boleh bolos web airasia, nak juga cari kot-kot lah...(kot-kot konon...) ada tambang murah nak pi Yogjakarta...gara-gara teruja baca blog kak yatie tentang kembaranya ke Yogja hari tu..hihihi...

Apalah yang saya merepek petang-petang ni. Sebenarnya rindu nak menulis, tapi idea tak ada. layan aje la yek...kah kah kah..

Wednesday, May 12, 2010

Al-fatihah

Hari Ahad hari tu boss saya sms saya bgtau ibu mertua dia meninggal dunia dan dia akan masuk ke pejabat hari Rabu yakni hari ini. Masa tu saya terfikir bagaimana agaknya keadaan anak-anak boss saya kerana boss saya merupakan bapa tunggal, isterinya meninggal dunia 12 tahun yang lalu dan sejak itu anak-anaknya dijaga oleh ibu mertua beliau. Terkenang saya kepada anak kembar beliau yang hanya sempat bersama-sama ibunya selama 6 bulan. Dan, selepas itu, neneklah seperti ibu kepada mereka. Saya tanya boss pagi ini "anak-anak ok boss?" dan bila boss saya jawab "anak-anak sedih, sebab arwah tu dah macam mak pada mereka". terus air mata saya bergenang, keluar dari bilik boss. huaaaa... sedih.

Boss saya dah 12 tahun sigle. Jarang-jarangkan berlaku pada orang lelaki yang kematian isteri. Saya selalu cakap pada hubby, kalau saya meninggal dunia...agaknya dia akan kawin semula tak? ada masa dia jawab tak nak..nak hidup dgn Hadif sahaja, ada masa gatal dia jawab nak..hahaha. Tapi macam mana pula ye tak? yang mati dah tentu mati, yang hidup mesti teruskan hidup. Cumanya seandai ditakdirkan saya yang pergi dulu, harap-harapnya hubby akan cari pengganti yang lebih baik, dan yang lebih penyayang dari saya untuk kebaikan Hadif. Tapikan..ada masa hangin saya, saya cakap dengan hubby, kalau dia kawin lain..saya balik umah..jadi hantu. hahaha.

Tuesday, May 4, 2010

Kenduri Kawin Dik Nor

Hujung minggu hari tu dipenuhi dengan aktiviti ke rumah kenduri kawin. Besan mak saya kenduri lagi...hahahah. Jadinya kami pun pergi lamenyibuk-nyibukkan diri. Cuaca yang panas buat saya melepek sakit kepala... balik je kat rumah mak terus terbaring. Tak berdaya sungguh rasanya. Malam tu hubby ke konsert Double Trouble dia Stadium Bukit Kiara bersama anak buahnya. Saya memang tak berhajat bersesak-sesak mengikut dia...hahhaha. Tapi hubby kata. Hari Sabtu tu saya pergi tunjuk muka, sebelum majlis bertunang. Masyaallah, hari yang panas telah membuatkan mujur saya tak pergi. Ada perempuan yang pergi sampai pengsan-pengsan, dan kalau saya pergi mungkin saya pengsan dan orang yang nak mengangkat saya pun pengsan...hahahhaha.

Sabtu malam saya tidur di rumah mak. Sempat menjengah kenduri malam berinai. Saya ni ada perasaan sensitif tak menentu. Dari dulu tak boleh dengar bunyi kompang, kalau dengar hati jadi sayu terus menangis...kah kah kah..nasib pula masa bersanding dulu tak meraung2 atas pelamin, agaknya time tu hati tengah seronok nak kawin..hahahha. Saya bawa Jimmy balik ke rumah mak sebab kesiankan mama dia yang tengah sibuk, maklumlah nak dapat adik ipar baru. Ingatkan Jimmi ni sesenang Hadif yang kalau disuruh tidur, tutup sahaja lampu, zikir2kan mata pun pejam, rupanya anak buah saya yang sorang ni lain peelnya, dia bantai meraung-raung bila saya tutup lampu. Aduh...pening kepala maklong dibuat dek jimmi. Macam nak lepuk-lepuk je dia..hahahahah nasib baik dekat pukul 2 pagi abah dia balik. Kalau tak jenuhlah maklong kena dera dengan jimmi. Abang Hadif dia dah selamat beradu.


dengan satu2nya adik perempuan saya yang gile bergambar kah kah kah


Dengan Jimi yang buat maklong sesak napas di malam hari


pengantin yang comel di malam berinai..

Siang esoknya saya dan keluarga pergi lagi ke majlis perkahwinan anak besan mak saya tu. Hebat betul, kenduri 3 hari 3 malam....siangnya masa majlis bersanding tu siap ada pertunjukan kuda kepang la, silat la, poco-poco lah, ulik mayang la, sampai hubby kata macam persembahan di Istana Budaya pulak...kehkehkeh. Kesian tengok budak-budak tu buat persembahan tengah panas leting. Hadif pun seronok la dapat tengok macam-macam persembahan.


tengok gaya mak lang Hadif yang sebenarnya nak ikut serta dalam tarian kuda kepang..hahahah

Pengantin perempuan yg comel..macam Nora Danish pun ada..


Tarian Kuda Kepang, first time dapat tengok kalau ke kenduri kawin


tarian ulik mayang...Hadif takut tengok puteri bertopeng itu..hahahaha


yang herannya...tarian poco-poco pun ada? hahahaha tak sesuai lah!


yang silat ni saya suka..suka tengok budak2 serentak je bukak bunga silat...


Pasangan pengantin lama yang sentiasa 'in love' keh keh keh..


abang hadif yang menyenangkan, pandai bawak diri.. Mama love u la sayang...


Saya dan Dila, satu2nya adik yang selalu buat saya membebel tak hengat...hahahaha



Bonda terchenta... sayang mak..emmuah..


tengok, betapa kamcengnya dia dengan maklong, orang lain hulur tangan dia buat dekkk aje...


ada gaya tak dukung jimi ni? hahahah

Ada peristiwa yang kurang enak dapat saya lihat dengan mata kepala saya. Keluarga rombongan pengantin lelaki yang datang sudah mengamuk-ngamuk kerana tiada meja kosong. Maklum sahajalah rombongan datang pukul 1 tengahari, sampai masa tu saya, mak, kak yang dan hadif yang tengah makan ni pun jadi tak tentu arah. Mana tidaknya, diorang datang berdiri di belakang kita sampai membebel cakap yang kenduri ni teruk lah, orang kat situ teruklah. Rasa macam tak boleh nak telan nasi yang yang sedang makan dan terus bangun beri tempat pada mereka yang mengaruk itu. Ya Allah, malu betul melihat perangai mereka yang macam tak pernah makan nasi. Tahulah lapar, dan adatlah kalau bertandang ke kenduri kawin, masakan dapat nak penuhi kehendak semua orang, sepatutnya mereka kenalah berlebih kurang. Saya bagitahu mak, kalau beginilah sikap mereka, tak mau saya pergi ke kenduri di sebelah mereka nanti. Takut saya dengan kesombongan mereka tu, biarlah saya makan nasi lauk telur goreng di rumah sahaja...

last buat not least...gambar hubby dgn peminat...asyik suruh amik gambar dia...last sekali dia peluk hubby saya...hish... nasib isteri dia sporting..kah kah kah...
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!