Tuesday, May 4, 2010

Kenduri Kawin Dik Nor

Hujung minggu hari tu dipenuhi dengan aktiviti ke rumah kenduri kawin. Besan mak saya kenduri lagi...hahahah. Jadinya kami pun pergi lamenyibuk-nyibukkan diri. Cuaca yang panas buat saya melepek sakit kepala... balik je kat rumah mak terus terbaring. Tak berdaya sungguh rasanya. Malam tu hubby ke konsert Double Trouble dia Stadium Bukit Kiara bersama anak buahnya. Saya memang tak berhajat bersesak-sesak mengikut dia...hahhaha. Tapi hubby kata. Hari Sabtu tu saya pergi tunjuk muka, sebelum majlis bertunang. Masyaallah, hari yang panas telah membuatkan mujur saya tak pergi. Ada perempuan yang pergi sampai pengsan-pengsan, dan kalau saya pergi mungkin saya pengsan dan orang yang nak mengangkat saya pun pengsan...hahahhaha.

Sabtu malam saya tidur di rumah mak. Sempat menjengah kenduri malam berinai. Saya ni ada perasaan sensitif tak menentu. Dari dulu tak boleh dengar bunyi kompang, kalau dengar hati jadi sayu terus menangis...kah kah kah..nasib pula masa bersanding dulu tak meraung2 atas pelamin, agaknya time tu hati tengah seronok nak kawin..hahahha. Saya bawa Jimmy balik ke rumah mak sebab kesiankan mama dia yang tengah sibuk, maklumlah nak dapat adik ipar baru. Ingatkan Jimmi ni sesenang Hadif yang kalau disuruh tidur, tutup sahaja lampu, zikir2kan mata pun pejam, rupanya anak buah saya yang sorang ni lain peelnya, dia bantai meraung-raung bila saya tutup lampu. Aduh...pening kepala maklong dibuat dek jimmi. Macam nak lepuk-lepuk je dia..hahahahah nasib baik dekat pukul 2 pagi abah dia balik. Kalau tak jenuhlah maklong kena dera dengan jimmi. Abang Hadif dia dah selamat beradu.


dengan satu2nya adik perempuan saya yang gile bergambar kah kah kah


Dengan Jimi yang buat maklong sesak napas di malam hari


pengantin yang comel di malam berinai..

Siang esoknya saya dan keluarga pergi lagi ke majlis perkahwinan anak besan mak saya tu. Hebat betul, kenduri 3 hari 3 malam....siangnya masa majlis bersanding tu siap ada pertunjukan kuda kepang la, silat la, poco-poco lah, ulik mayang la, sampai hubby kata macam persembahan di Istana Budaya pulak...kehkehkeh. Kesian tengok budak-budak tu buat persembahan tengah panas leting. Hadif pun seronok la dapat tengok macam-macam persembahan.


tengok gaya mak lang Hadif yang sebenarnya nak ikut serta dalam tarian kuda kepang..hahahah

Pengantin perempuan yg comel..macam Nora Danish pun ada..


Tarian Kuda Kepang, first time dapat tengok kalau ke kenduri kawin


tarian ulik mayang...Hadif takut tengok puteri bertopeng itu..hahahaha


yang herannya...tarian poco-poco pun ada? hahahaha tak sesuai lah!


yang silat ni saya suka..suka tengok budak2 serentak je bukak bunga silat...


Pasangan pengantin lama yang sentiasa 'in love' keh keh keh..


abang hadif yang menyenangkan, pandai bawak diri.. Mama love u la sayang...


Saya dan Dila, satu2nya adik yang selalu buat saya membebel tak hengat...hahahaha



Bonda terchenta... sayang mak..emmuah..


tengok, betapa kamcengnya dia dengan maklong, orang lain hulur tangan dia buat dekkk aje...


ada gaya tak dukung jimi ni? hahahah

Ada peristiwa yang kurang enak dapat saya lihat dengan mata kepala saya. Keluarga rombongan pengantin lelaki yang datang sudah mengamuk-ngamuk kerana tiada meja kosong. Maklum sahajalah rombongan datang pukul 1 tengahari, sampai masa tu saya, mak, kak yang dan hadif yang tengah makan ni pun jadi tak tentu arah. Mana tidaknya, diorang datang berdiri di belakang kita sampai membebel cakap yang kenduri ni teruk lah, orang kat situ teruklah. Rasa macam tak boleh nak telan nasi yang yang sedang makan dan terus bangun beri tempat pada mereka yang mengaruk itu. Ya Allah, malu betul melihat perangai mereka yang macam tak pernah makan nasi. Tahulah lapar, dan adatlah kalau bertandang ke kenduri kawin, masakan dapat nak penuhi kehendak semua orang, sepatutnya mereka kenalah berlebih kurang. Saya bagitahu mak, kalau beginilah sikap mereka, tak mau saya pergi ke kenduri di sebelah mereka nanti. Takut saya dengan kesombongan mereka tu, biarlah saya makan nasi lauk telur goreng di rumah sahaja...

last buat not least...gambar hubby dgn peminat...asyik suruh amik gambar dia...last sekali dia peluk hubby saya...hish... nasib isteri dia sporting..kah kah kah...

5 comments:

Ana said...

ye laa intan..akhir2 nie panas sgt kann..malam tido bukak ekon n kipas lagi..selimut ntah ke mana dahh..dunia nk kiamat ke?? takutnyaaa...

wahhh hadif pun cam auni yekk..tutup lampu gelap gelita tido laa si kecik tue..alhamdulillah senang..yg ke-2 nie ntah camne laa nanti..hihihi..

NORHAYATI BERAHIM said...

mungkin orang sebelah sana tersalah bawak orang le tu, dia bawak orang yang kuat mengamuk..cuba bawak yang cool..ha.ha, macam-macam hal le pulak ya intan.
Hadif pergi umah kahwin pun masih ada mainan di tangan. ha.ha..
Intan tertanya2 juga siapa peminat shamsul tu? Nampak pelik aje orang tu dan shamsul sengeh pun lain macam aje..ha.ha.

Intanaziela said...

ana: betul ana, sampai migrain intan..hahahhaha...

kak yatie: kurang sungguh kesabaran orang sebelah yang datang tu kak yatie..dek kerana nasi sepinggan mulut macam tak de insuran...hahahah.

hadif mcm tu la, sehari satu mainan di tangan, itu yg buat dia leka, dok diam je kat tepi kita...

kak, yg amik gambar dgn shamsul tu pakcik penanggah kat rumah kenduri..tengok kami usung kamera sibuk suruh ambil gambar dia..kesian tengok, intan pun amiklah..sekali dia peluk hubby intan kak..kemain lagi kan..hahahaha

rosmona said...

ya ampun... ade gak org mcm 2 ekk.. sabo je la kak.. jgn kite jadi mcm diorang sudah.. skang ni dah ok ke sakit kepala?

Intanaziela said...

Ros: iye ros, akak pun terpegun dgn perangai manusia gitu..hahah terpegun lagi...keh keh keh...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!