Tuesday, May 18, 2010

yang Free itu best?

Hari ni rata-rata orang bising tak boleh masuk web Airasia. Sibuk betul talian bila tiba promosi tempat duduk percuma..hahahah. Dalam hal ini saya bersetuju dgn pendapat kak yatie (NB) orang Malaysia suka barang free. Ye la, tambang jauh lebih murah siapa tak nak kan? Tapi bila berlaku kesesakan talian, menyusahkan orang lain yang memang ingin berurusan dengan Airasia.

Saya? saya belum cuba masuk lagi sebab dua hari lepas hubby dah forward email tentang promosi ini pada saya dengan kata-kata yang berbunyi "tengok-tengok sajer..heheheh". Ye la, masih ada 3 tiket yang belum kami gunakan, nak beli lagi? aje yang giler... maunya kami makan maggee hari-hari. Terima Kasihlah pada hubby yang bermurah hati bawa saya dan Hadif pi bercuti lagi tahun ni. Dah cukup 3 yang, dah mencapai KPI yang awak set tu..hahahah.

Buat masa ini, saya sedang menghitung hari untuk kembali ke daerah yang pernah kami kunjungi tahun lepas. Ternyata janji hubby utk membawa saya semula ke Daerah itu memang dia kotakan. Tak sabar rasanya untuk mengukur jalan-jalan ke tempat-tempat yang kami tak sempat sampai tahun lepas. Bercuti dalam erti kata mengembara. Biasanya bila bercuti saya tidak shopping. Saya akan gunakan waktu yang ada dgn melihat tempat orang. Kali ini sudah merancang untuk ke kedai buku, ke kedai CD dan beberapa kedai kain. Opss... mesti dah dapat agak ke mana destinasi kami nanti....hahahhaha.

Hubby saya jenisnya suka buat suprise. Baru-baru ini dia email pada saya e-tiket bercuti berdua. Terjerit saya dibuatnya. Tak de angin, tak de apa, tau-tau dapat tiket. Kejutan. Tapi saya suka..hahaha. Kali ni kali pertama kami tinggalkan Hadif. Tak pernah buat lagi, tapi pada saya apa salahnya kan, esok-esok bila dia dah dewasa, dia pun akan ada hidup dia sendiri, tak kan masa tu baru kita nak merasa berdua-duaan suami isteri kan? :) Tapi tak pe, Babah Hadif pandai pujuk anak dia...hujung tahun nanti bawak anak pi sekali... kehkehkeh..

tapi kan...kalau la boleh bolos web airasia, nak juga cari kot-kot lah...(kot-kot konon...) ada tambang murah nak pi Yogjakarta...gara-gara teruja baca blog kak yatie tentang kembaranya ke Yogja hari tu..hihihi...

Apalah yang saya merepek petang-petang ni. Sebenarnya rindu nak menulis, tapi idea tak ada. layan aje la yek...kah kah kah..

2 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

ha.ha.intan, skrg akak menanti MAS buat tambang murah pula lagi, MAS dengan air asia ni berlumba2, salah satunya akak suka naik MAS skrg sbb dia dapat 20-25kg, lepas tu dapat makan, nasi lemak best..ha.ha
Cuba bayangkan akak ke Yogjakarta hari tu 6 orang cuma 1k dgn MAS Murahkan?
Sampai skrg akak buka web Airasia tak dapat2..sbb nak beli tiket utk bibik balik raya ke Solo,
MAS tak ada pulak terus ke SOLO..itu masalahnya..
Sianya Hadif kena tinggal, jangan intan menangis nanti ingat dia sudah..ha.ha

Intanaziela said...

kak, kami kalau tunggu MAS tak pernah dapat..hahahha...

Intan pun tak tau la kak, rasanya menangis jugak tinggal anak, semalam lambat amik pun rasa mcm separuh jiwa pergi...hahahaha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!