Friday, September 24, 2010

Update tentang perempuan mengandung :)

Lamanya tidak menulis, rindu! macam mana nak menulis, kalau siangnya sibuk di ofis, malam pula dah mula makan ubat untuk menguatkan rahim. Lepas makan ubat, tak sampai 1/2 jam kesannya dah muncul..hahahahah.

Alhamdulillah, kandungan sudah memasuki minggu yang ke 29. Maknanya lebih kurang 8 minggu insyaallah baby dah boleh keluar. Cumanya saya dah mula rasa kontraksi nak bersalin, tu yang risau baby keluar tak cukup bulan. Sebolehnya tak mahulah adik keluar awal macam abang hadif dia, biarlah kali ni sampai cukup bulan...amin.

Ini kisah abang Hadif pula. Sekarang ni terasa cepat betul anak bujang saya tu besar. Segala perlakuannya buat saya rasa macam berat hati nak dia cepat-cepat besar. Rasa tak puas nak kelek-kelek, peluk cium dia, gomol-gomol dia. Kalau sekarang kita cium depan kawan-kawan atau cikgu dia, dia akan cakap "malulah mama" hahahaha. Sekarang ni dok bising ajak beli baju untuk adik. Saya ni satu apa pun persiapan untuk baby tak buat lagi. Memang kalau boleh tak nak over excited. Biar slow and steady. Baju-baju zaman Hadif memang dah tak nampak bayang, hahahah. Dah habis saya agih-agihkan pada anak-anak buah. Jadinya macam nak dapat anak sulung balik preparation untuk adik ni. Tunggu Hubby balik la nanti nak ajak beli serba sedikit. Plannya nak pi tido hotel. Nak rehat-rehat, tapi dalam town sahaja. Kehkehkeh..teringat masa mengandungkan Hadif, punyalah angin tinggi, nak tidur hotel,...layan la hubby saya dok bawak isteri dia yang mengandung ni dok hotel kat dalam KL... hahahha.

Saya baca dalam buku, time-time begini memang masa yang sesuai untuk pergi bercuti, pergi berehat. Jadi kalau sempat masa tu nanti mungkin nak cari kelengkapan adik sikit-sikit. Sabar no adik, jangan keluar dulu, mama ni satu persiapan pun tak buat lagi..kekekek.

Semenjak dua menjak ni kesihatan dah mula merosot, dah dekat2 EDD ni mula la badan rasa berat semacam, harap dipermudahkan semua urusan. Semalam hadif gelakkan saya bila saya nak bangun dari duduk bersila..hai anak..gelakkan mama dia...sabar aje la.. hari ni dapat MC, tapi tak boleh nak MC sebab keje banyak. Bertabahlah wahai hati...esok kalau masih ada kontraksi, nampak gayanya saya kena pergi hospital la jugak..dan itulah yang melemahkan semangat tu, rasa malas nak bercuti-cuti malaysia di hospital. Kalau duduk hotel tu lain cerita kan..


Friday, September 17, 2010

Entry panaskan badan

Saya dah mula bekerja. Sunyi sahaja ofis hari ni. Sebenarnya hari Rabu lagi saya dah kembali ke pejabat. Jadi penunggu pejabat...hahahahah. Untuk hari raya kali ini, segalanya serba sederhana. Saya baru je keluar hospital kerana mengalami kontraksi kelahiran pra-matang. Memang beginilah saya kalau mengandung. Masa Hadif dulu pun berhadapan dengan masalah begitu, rahim saya tak begitu kuat, kata doktor. Alhamdulillah, selepas diberi ubat untuk menghentikan kontraksi, saya dah beransur pulih tetapi kena banyakkan berehat dan tak boleh buat kerja berat-berat.

Jadinya raya kali ini begitu sederhana (memang selalu pun biasa je..kekekek) sahaja. Berhari raya di rumah mak abah saya di taman bukit kemuning dan kemudiannya berkunjung ke rumah saudara mara. Lepas maghrib bertolak balik ke Lanchang, Pahang. Tahun ni seronok sikit, walau pun mengandung, tapi rata-rata orang yang berjumpa saya menegur saya yg kelihatan kurus...kurus ke? hahahaha. Memang bulan puasa tempohari saya kurang berselera nak makan. Berat pun turun. Harap-harap lepas raya ni tidak lah mencanak-canak naiknya berat badan saya, maklumlah, hidangan dihari raya yang lazat-lazat bisa membuat berat yang turun naik sekali ganda!


Tahun lepas...


tahun ini...

Friday, September 10, 2010

Salam Aidil Fitri



Salam Aidil Fitri Dari kami sekeluarga : Shamsul,Intanaziela & Hadif Khawarizmi

Wednesday, September 1, 2010

My Chicken Soup for Today...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!