Monday, May 28, 2012

Tak ada tajuk

Kesian betul tengok blog ni, dah macam rumah tinggal. Cerita banyak, yang manis, yang masam, yang masin, tapi bila nak menulis rasa mood macam lari ke laut. tambah pulak sejak bergelar ibu beranak tiga ni masa macam mencemburui aje bila nak tulis blog, ambil gambar...baik masa yang ada tu digunakan untuk sapu rumah ke, mop lantai ke, lipat kain ke maklumlah sayakan rajin pemalas.

Nampak gayanya pembantu rumah yang dijanjikan tak kunjung tiba, jadinya berubahlah status saya kepada ibu beranak tiga cum bibik. Kalau saya kata saya susah, saya penat, saya banyak kerja nanti ada suara-suara yang akan kata..eh... ada orang tu lagi la... suami tak ada, kena handle anak-anak, semua kena buat sendiri mujur boleh memandu. Ko boleh? tak ada masa untuk diri sendiri, tapi kang kalau kita cakap orang kata takat pi jumpa kawan, takat pi bercuti dgn kawan2 bukan luak pun kasih sayang pada anak bini. Kan? tapi kalau bini pulak pergi, luak agaknya kasih sayang pada suami dan anak...eh tak pun nanti cakap balas dendam pulak.. kan? tapi percayalah, kalau dah tengok macam mana kehidupan saya, hati yang tak berapa nak kesian pun akan kesian, abis kain berlonggok nak kena lipat, baju sekolah anak ada 10 pasang nak dibasuh dan digosok, kasut sekolah nak diberus walaupun abang hadif dah berus, tapi mama dia tetap kena berus balik sebab abang hadif gunakan pendekatan berus lemah lembut! Tak termasuk lagi kena sapu sampah, vacum rumah, mop lantai, basuh bilik air, basuh kain, sidai kain, tengok anak buat homework, hantar anak tuisyen, Tak lagi cerita rutin harian dari pagi sampai malam, jaga anak, siapkan keperluan anak, tak termasuk anak-anak meragam, dengan kerja kat pejabat...kerja ok..kerja.  Bekerja.

Bila kita cakap kita penat, letih, tak sihat, nanti orang akan cakap eh..pahala...pahala.  Siapa yang tak nak pahala? tapi kalau dah memang kita tak sihat, kita ni tak larat, ada ke orang lain yang akan ambil tahu.  Saya sangat benci dengan orang yang hanya tahu cari salah kita tapi tak pernah fikir dan hargai apa yang kita buat untuk dia. Dah la tak ada terima kasih, dituduh yang bukan-bukan. Teringat cakap mak saya, saya ni kalau orang tengok memang tak akan kesian, sebab saya akan tunjukkan yang saya boleh buat je, yang susahnya, yang payahnya saya telan. Nampak saya ni gagah, kuat tapi yang ketikanya saya tak sihat, yang saya tak larat orang tak hirau pun.  

Stress kan baca cerita yang gaya penulisannya sangat negatif. Tapi serius, saya rasa perasaan benci dah mula menular dalam hati saya.   Benci dengan persekitaran yang tak sihat, dan orang yang tak pernah  berubah untuk jadikan hatinya sihat. Susah rupanya nak bersihkan hati. Lepas ni saya tak akan bercerita apa2 cerita yang saya rasa patut untuk dikongsi, tapi bila dikongsi dimanipulasikan disalah tafsirkan diputar belitkan OK Bye!  

14 comments:

Ibu Darwisy said...

alahai..kesian kakak cayang saye ni..sabar la kak, org mcm tu pung pang pung pang, pasti nnti dh penat mulut die, maka baru la diam..nyway i'm proud of u..supermom.. kalau sy ditempat akk entah la boleh bertahan atau idak..

PM said...

sabar banyak2 k.intan....

niL said...

Kak, sabo kak..pahala akak dapat banyak lagi dari yang pakai bibik taw!!

Btw..part time Weekend without basuh ber*k ada ka??

Intanaziela said...

siti: dik, kalau kita dah buat apa yang terdaya, lepas tu org hargai rasanya penat letih tu pun tak terasakan...cer dia buat semua yang akak buat..baru la tahu mcm mana rasanya bila kena handle anak2 sorang2 time tu la macam2 hal terjadi..yang dia tau...marah dan cakap je...kita yang tanggung?

Intanaziela said...

Nani: sabar memang sabar, tapi akak pun manusia juga, macam mana orang lain boleh hilang sabar dan tuduh kita ni sewenang2nya, akak pun boleh! ohhh...oh my english! grrrr...

Intanaziela said...

Nil: dlm masa hati tengah panas ni, pahala pun memang dah tak dapat, tapi orang yang buat tu pun tak dapat pahala juga..akak tanya ustazah, dia kata dosa sesama manusia kalau akak tak maafkan perbuatan tu tetap ada dosanya..

mai la datang umah, jadi bibik on weekend...hahahha oh my english! (tengok ke rancangan tuh? release tension akak...hahhaha) can i borrow u? hahahhaa

whiteroses said...

kesian intan...boleh paham untuk ibu2 yg takde bibik n nak kena handle 3 orang anak...yg ada hubby depan mata pun rasa penat..ye la org lelaki sikit2 tolong boleh lah..kadang2 pk ada ngan takde cam sama je sebab serba serbi kita nak buat...tapi at least dr takde langsung lagi susah at least boleh gak minta tolong yg sikit2 hehe.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul...suasah tak puaskan hati semua org sebab ramai yg bercakap tanpa melihat dengan mata hati..

niL said...

Can..can..anytime anywhere!!

shuweet said...

kak intan yang super mom :)

Intanaziela said...

eda: percaya tak, bila tinggal dgn anak2 pukul 11 baru perasan, eh belum makan la..patut la perut lapar..pandang kain sebakul terus hilang lapar...tak masuk lagi time anak2 meragam..dua sekali menangis, satu nak susu, satu nak dipeluk...Allah aje yang tahu...baju utk hari keesokkan harinya, bubur anak, baju dan buku2 abang..semua tu kita nak kena fikir kan? betul la, orang ni sedap mulut aje bercakap, ada masa tu langsung tak fikirkan hati dan perasaan orang lain...takat sekali sekala tak buat bubur anak pun kita dah dicakap pemalas...padahal dia bukan tak tengok tangan kita ni dua je, bukan tangan sotong pun ada banyak...entahlah Eda, sekarang ni intan doa je, pada suara2 sumbang tu, biar Allah aje yang balas, kalau kita ni membalas nanti buruknya pada kita juga...

Intanaziela said...

nily: i want you to chop all these people yang jahat mulut, boleh? oh my english...hahahahah

Intanaziela said...

mimi: jauh lagi nak dapat title supermom dik, buat semua tu demi tuntutan hidup, jadi gelaran atau pun yg sewaktu dgnnya bukanlah satu kebanggaan, cukuplah semuanya tersusun dan teratur, cukuplah orang2 yg wajar menghargai dan memahami paham erti apa yang akak cuba berikan, tentunya nak berikan yang terbaik, jadi jgn sewenang2nya menuduh dan mencerca, ada masa rasa sedih sangat, ye la kita ni manusia, bukan robot, ada masa kalau badan ni bekerja tak de rehat jawapnya sakitlah, bila dah sakit pun jadi bahan jugak, kita ni manusia, bukan robot, ada perasaan, janganlah fikir dia aje ada nafsu nak mengamuk, nak marah, nak menuduh itu ini...akak ni cuba didik hati tak mahulah rosakkan hati dgn perkara negatif...tapi dah orang kasi contoh gitu..kepimpinan melalui teladan la kan? hahahah

whiteroses said...

Intan, pedulikan je apa org cakap..pasal bubur tu..masuk dalam slow cooker..waktu malam..biarje sampai pagi dah sedang elok je siap..tapi kena try 2-3 kali untuk dapatkan tekstur bubur yg sepatutnya..

Intanaziela said...

Eda: thanks, raisa ni kena pelbagaikan menu, kalau sama je dia jemu, ni tengh fikir mcm mana nak pelbagai kan menu dia...tak la hari2 bubur..bubur..bubur hari2 hahaha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!