Thursday, July 12, 2012

Keluarga Ku Syurga Ku

Lamanya saya tak menulis.  Masa memang membataskan aktiviti menulis, tambahan mood untuk menulis juga tidak muncul-muncul.  Alhamdulillah, hari ini, Ahmad Muhammad Kauthar saya sudah berusia 4 bulan, sudah pandai bersembang, senyumannya boleh buat hati saya cair secair cairnya...hiks. Paling terkini, sudah meniarap sekali.  Terjerit-jerit Abang Hadif panggil mama yang sibuk di dapur suruh tengok adik dia dah meniarap. 

Kehidupan seperti biasa, kalau saya rasa saya susah, pastinya ada orang lain yang lebih susah dan sukar.  Sebenarnya ok sahaja hidup saya, sibuk dan penat menguruskan keluarga, saya cuba untuk tidak mengeluh.  Semalam saya rasa badan saya macam nak tercabut skru-skru dan tulang-tulang badan. Eh? badan ada skru kah? hahahahah.  Baru saya sedar, tidak mudah sebenarnya menguruskan keluarga, suami, 3 orang anak dan dalam masa yang sama seorang ibu yang berkerjaya.  Wah, bekerjaa gitu.  hahahahha. 

Bermula dari bangun pagi, mula mengempam stok susu untuk Kauthar, kemudian menyediakan persedian Abang hadif nak ke KAFA, uruskan Raisa dan Kauthar untuk di hantar ke rumah opah, dan jika sempat akan sidai kain baju kalau hubby tak ada di darat, sambil masukkan juga barang-barang anak-anak ke dalam kereta, dan bergerak menghantar Abang Hadif ke KAFA.  Hantar Raisa dan Kauthar ke rumah mak, sempat babai-babai anak-anak, lepas tu terus ke pejabat.  Mengharungi jem di KESAS highway ya;ng entah bila akan ada kesudahannya dan sampai ke pejabat dengan muka berpeluh-peluh, sah-sah make up simply Siti pun cair, lepas tu mengadap pulak kerja di pejabat yang entah bila akan ada habisnya. 

Dalam pada sibuk dengan kerja kena cari masa untuk pam susu buat Kauthar.  Petang balik kerja terus ambil anak-anak di rumah mak, ada masa kena singgah Carefour sebab nak beli barang-barang dapur atau apa yang abang Hadif pesan, hiks.  Sampai rumah turunkan barang-barang dari kereta, itu pun saya dah latih abang Hadif untuk bantu bawa turun barang-barang yang ada, saya turunkan Raisa, kemudian turunkan Kauthar.  Buat kerja rumah mana yang terdaya, sambil layan anak-anak.  Masa tu badan memang rasa lenguh, penat dan mengantuk, tetapi biasanya saya akan tidur pukul 12 malam selepas melayan anak dara yang seorang itu aktif macam atlit olahraga tidur.

Bila ada Hubby di darat, alhamdulillah tugas saya sedikit ringan sebab tak perlu bergegas nak menghantar abang Hadif ke KAFA dan hubby akan tolong sidai dan angkat kain.  Buang sampah pun sama hihihihi. 
Itu semua cara Allah nak beri pahala pada saya kan, insyaallah saya semakin boleh menerima kehidupan tanpa pembantu rumah, rasa tak perlu pun ada tapi masa tak banyak kerja la dan saya pasti akan merindui saat bergelut dengan anak-anak dan kehidupan yang sibuk, rumah yang tak sekemas seperti dahulu.  Saya cakap pada diri saya, tak apa, biarlah rumah dah macam tadika (hahahhaha mak saya gelak ok tengok rumah saya..nanti nak tepek gambar...) Kalau dulu nampak tersusun dan kemas, sekarang jangan diharap padi seberang.  Tak mengapalah, asalkan anak-anak saya boleh membesar dengan selesa, saya pula mudah memantau anak-anak, tak mengapalah rumah tak secantik rumah orang lain, yang penting rumah ku syurga ku gitu. 

Pada saya, apa yang penting bila dapat habiskan masa yang berkualiti bersama keluarga. (dalam hati cakap kuat-kuat tak sabar nak habiskan hujung minggu ini bersama-sama keluarga bercuti keluar negeri Selangor kah kah kah) Ada masa terasa juga hendak ada masa untuk diri sendiri contohnya ke spa memanjakan diri tetapi bila tiba masa untuk membuat keputusan, jawapannya pasti anak lebih terarah kepada anak-anak.  Memang saya tak boleh agaknya; hati tidak kental.  Tetapi saya redha dan bahagia walaupun kepenatan itu bisa membuat saya mengalirkan air mata.  Tegok orang lain yang ada anak-anak kecil masih boleh keluar bersosial bersama teman-teman, masih boleh bercuti bersama kawan-kawan, tinggal anak...tinggal suami... ternyata saya masih belum boleh esok lusa belum tahu lagi hahahaha Sekarang kalau keluar sendirian waima ke Carefour (rumah saya dekat dengan Carefour okeh..itu sebab contohnya adalah carefour, kang kata saya riak pulak sebab asyik pi Carefour!) hati sudah rindu dan teringat pada anak-anak. 

Bila dah penat dan sibuk, saya pasti tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia perasan awet  muda hahahha jadi saya pun mula minum innershine prune & berry bajet lepas ni akan lebih segar dan cantik seperti Maya Karin sila mutah yek hahahahah.  Tak lupa amalkan jus delima dan makan habatus sauda.  Minyak zaiton pun saya makan. itu makanan kesihatan, makanan yang buat saya bertambah sihat pun saya makan.  Hubby kata lepas Kauthar dah tamat tempoh menyusu badan nak ajak saya diet, saya kata...belanja la saya ke London Weight Management! Oh My English! hahahaha

10 comments:

mamazana said...

babe... u're not alone...

aku pun dah lama xde masa utk diri sendiri. apatah lagi nak gi kuar n bercuti ngn kwn2. dunia aku sekrg is my famili. even kalau aku gi beli groceries kat Tesco (umah aku dekat dgn tesco okeh, hahahaha) ngan pak habibi, sure aku rindu dgn kekecohan suara anak2 n suara aku sekali sbb aku dah biasa dgn hiruk pikuk mereka.

mrs.krie :O) said...

kak yang....almost the same story between us..cuma ida baru ada dua anak... kadang2 kak yang, bila balik keje, lepas ambik anak2..ada masa nak g taman mainan, ada masa nak g giant... ikut rasa badan memang tak daya...tapi bila kenangkan lama mana sangat la diorang nak kecik macam ni..gagahkan jugak badan ni hangkut dak dua orang tu kemana nak pergi.... hmmm, ida menolak segala macam jenis kursus yang perlu meninggalkan anak2...satu stock frozen ebm dah takde langsung, dua, takda sapa nak jaga anak2, tiga tak sanggup nak tido malam tanpa anak2... ada jugaklah yang kata sampai bila taknak belajar tinggalkan anak...tak kira, katalah apa nak kata selagi anak menyusu badan ni akan diusahakan angkut ke mana saja....

niL said...

owh..pakai simply ct...patutlaa kental! Syabas mama! Nnt blanje red Velvet lagi...matilaaaaaaaaa!

Intanaziela said...

mamazana: babe...kan? together we strive for the best hahahhaha

moga2 bila anak2 dah besar nanti kita akan ada masa buat diri kita dan dapat berdua2an dgn cik abang kita...dan sudah pasti kita akan rindu saat anak2 kita kecil ni kan...

Intanaziela said...

ida: ye ida...insyaallah bila diorang dah besar nanti kita akan ada banyak masa untuk diri kita dan pasti kita akan rindukan suasana bergelut dgn diorang tu kan...

Intanaziela said...

Nilly: kita mesti support barangan orang Islam, simply siti memang best..dh rasa gaya artis ala2 Kpop akak ni..kah kah kah...

aNIe said...

Salam Intan...semoga apa jua perancangan Intan dipermudahkan...

Untuk tampil sentiasa sihat dan ceria...kena amalkan pemakanan sihat... ambillah apa juga makanan kesihatan yang baik...

Sekarang tak nampak...tapi makin berusia..insyaallah kesihatan dalam akan menyerlah...Insyaallah..

aNIe said...

Salam Intan...semoga apa jua perancangan Intan dipermudahkan...

Untuk tampil sentiasa sihat dan ceria...kena amalkan pemakanan sihat... ambillah apa juga makanan kesihatan yang baik...

Sekarang tak nampak...tapi makin berusia..insyaallah kesihatan dalam akan menyerlah...Insyaallah..

Intanaziela said...
This comment has been removed by the author.
Intanaziela said...

kak anie: terima kasih kak anie... skrg ni memang kena ambil pemakanan tambahan, makin meningkat usia rasa makin perlu ambil supplement kekekekke

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!