Monday, July 16, 2012

Weekend Gate Away

Weekend Gate Away - Ambassador Row Serviced Suites, Lanson Place, Kuala Lumpur

Mom with 3 kids... oh la la.. tengoklah Raisa tu, kemain payah sekarang ni nak suruh possing hiks

Tengok senyum Raisa tu, tunggu masa je nak lenyek adik..hihihihi

kan..? nasib la Kauthar ni Mr. Cool...layan aje apa kakak dia buat hahahah

Kauthar macam biasalah, kalau kenyang kerjanya tidur aje...

Plan asal memang nak bersantai-santai dengan anak-anak kat hotel aje.  Petang tu kononnya nak cari baju raya abang Hadif di SOGO tapi jalan jem tak boleh tahan, lalu je depan SOGO amik bau, lepas tu terus ke KLCC. Ingat nak makan kat Chili's, tapi kena tunggu 1.5 jam, tak de makna mau tunggu, kami makan aje kat food court dia kat tingkat 2.  Lepas makan terus balik hotel, rehat.  

Plan asal juga nak check out lambat, tak yah rushing, tapi Sale kat SOGO memanggil-manggil dan hubby pun melayan kehendak isteri dia yang konon nak cari baju abang je janji pelesu  pasal baju kakak dan adik dah ada end up dapat gelaran 'meroyan' dari hubby tercinta. kah kah kah.. Hubby dah kasi reminder, dia kata tengok pelancong arab pun time bayar paling koman RM400, tak denya sikit-sikit... saya gelak aje, tapi dalam masa yang sama capai aje mana yang sempat, maklumlah bershopping dengan anak-anak mana la best, tapi dalam pada tak boleh shopping banyak tu...ambik ubat, hahahah time nak bayar macam nak terjojol mata tengok jumplah yang patut dibayar kah kah kah... tak apalah, kerja untuk anak-anak, bukan selalu dapat shopping bajet ala-ala pelancong dari Dubai ...hahahaha. Dan, macam biasa, bila sampai rumah, mesti baju Raisa juga yang banyak dair abang dan adik. Tak boleh tahan tengok baju anak perempuan yang comel-comel. tu yang tak sedar bila nak bayar terus rasa nak pengsan..hahahhaa. Aduhai la...hahhaha. Bila balik rumah, hubby cakap, "oklah tu, dulu anak seorang pun sekali beli baju 800 lebih, ni anak tiga..." Iye juga, berbaloi rasanya shopping kat SOGO ni, dapat 20 helai baju yang elok-elok, yang kalau kat Jusco sale pun tak dapat harga mcm yang dapat di SOGO.  Pas tu hubby cakap ... yang balik dari sogo ni karang, bila keluar je jadi sogoi (sugul) hahahhaha maklumlah duit dah habis shopping.... kah kah kah.. Cukuplah shopping baju anak-anak dah.  Saya dah stop shopping online mahu pun shopping kat shopping mall.  Jimat cermat dan berhemah katanya nak simpan duit nak pergi Perh ikut Cik Bunga.

6 comments:

mrs.krie :O) said...

heheheh...shopping sakan yer kak yang.....ida konon dah beli baju uzma ngan muhammad sket2...tapi bila jumpa lagi, beli lagi..almaklum, asik travel johor-kedah-kuantan-seremban.....manjang nak carik baju baru....

niL said...

Motipp!! Perth hanya bakal terlaksana sekiranya GBS Family mahu sponsor sajorkkk! Hahaaa

Asmara said...

Lama x shopping beriyer. Baju ikut musim agak berjimat jugak kat sini. Hehe.. Baru pakai 2 bulan dah kene tukar baju lain. Baju baby lg rugi beli kat sini tp utk 4-6 tahun ok lagi sebb boleh pakai another 2 years. Jimat2.. Hihi..
*Btw sugoi tu kan dlm bhs jepun maksudnya mcm Wah! Kagumnya! Japanese akan ckp sugoi! kalau dengar atau tengok satu benda yg menkjubkan. Hehe..

Intanaziela said...

ida: tershopping sakan dik, tapi tak la sakan mana sebab dapat 20 helai je utk 3 orang..kakakakkaka beli baju anak ni mcm berhantu ida...boleh lupa daratan...biar baju mamanya tak ada..asalkan anak2 punya ada..kan ida? hahahha

Intanaziela said...

Nily: motipp? kan ke janji nak belanja GBS Family raya kat Perth? I'll be there....hikhikhik

Intanaziela said...

Asmara: As, betul juga ye, mcm mana nak beli banyak2 baju, baru pakai sebulan dua je dah tukar musim...tak pe balik malaysia nanti shopping sampai pengsan hikhikhik

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!