Wednesday, September 26, 2012

PhotoBook - Hong Kong 2012


Seronok dan suka sangat sebab photobook dah sampai petang semalam.  Saya beli voucher di groupon, lepas tu kena upload dan susun gambar sendiri.  Untuk saya yang kurang kreatif ni, kira boleh la hahahhaha.  Tapi yang best, setiap percutian boleh dibukukan.  Lepas ni nak buat untuk yang lain-lain percutian juga.  Boleh la sandarkan pada kenangan, kan?.

Monday, September 24, 2012

Kauthar dan Makanan Pejal

Ini cerita Ahmad Muhammad lagi.  Semenjak dah diperkenalkan kepada makanan pejal, Incik Ahmad sangat suka makan.  Bila suapkan dia, tak sempat kita nak ambil suapan baru dia dah menjerit nak lagi.  Tergelak-gelak kami yang menengoknya.  Dan, ini bermakna mamanya ini kena lebih rajin la memikirkan menu yang sihat supaya Incik Ahmad akan terus minat makan.

Biasanya weekend saya sediakan semua puri-puri yang kemudian saya frozenkan.  Saya dapat ilmu ni dari blog isteri angkasawan kita.  Sangat-sangat membantu untuk ibu-ibu yang bekerjaya (wah..pinjam ayat tarbiah Raisa dulu).  Saya frozenkan puri epal campur kismi dan aprikot untuk sarapan pagi atau makan petang Kauthar, puri lobak dan puri labu untuk makan tengahari, bubur nasi berserta ikan tenggiri yang dah saya purikan juga.  Senang untuk opah juga, tinggal keluarkan puri-puri yang dah saya sediakan, masukkan dalam periuk dan panaskan.  Setakat ini alhamdulillah Kauthar tak ada masalah sembelit.


 suap kena laju-laju kalau lambat alamat la dia menangis

 dah habis semangkuk puri carrot, semangku puri pumpkin .. teror tak? hiks

 tak puas hati...hahahhaha


Baru rasa kenyang kot, baru muka berseri hahahahha


Friday, September 21, 2012

Buku Merah jangan lupa bawa moga belum tamat tempoh




bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Eh...tak kan pergi tak perlu kembali kan? hiks.  Alhamdulillah, dapat grab 2 tiket untuk tahun depan.  Tahun ni punya bajet dah habis untuk terbang terbang, so kita berjalan ukur jalan dalam negeri pulak.  Berjalan dengan anak-anak kecil ni sebenarnya tak mudah.  Banyak persiapan dan perancangan yang harus dibuat.  Insyaallah tahun depan ada rezeki nak pergi jauh sikit bawa anak-anak berjalan.  Sebenarnya mak paknya yang suka berjalan, jadi anak-anak pun terheret sama kena jadi kaki jalan.

Bila kita sebut berjalan atau bercuti atau melancong, akan ada suara-suara sumbang yang suka mengata kita ni suka menunjuklah, suka berlagak la walhal pada saya, jika saya lihat kawan-kawan pergi bercuti atau melancong, di hati saya ni turut berbunga-bunga tumpang seronok, tak dapat ikut, dapat dengar cerita dan tengok gambar pun hati dah seronok.  Ye la, nak tunggu sampai ke tempat yang orang dah sampai tak tahu bila rezeki kita kan.... paling merobek hati saya, bila ada suara sumbang yang melihat saya dan keluarga pergi bercuti mengeluarkan kata-kata begini " ni mesti banyak hutang!" hairan sungguh saya, duit dalam poket kami suami isteri yang dia sibuk fikirkan.  Patutnya sibuk lah fikirkan duit dia sendirikan.  Berhutag atau tidak itu urusan kami, bukan urusan dia, tapi dek sakit hatinya dia, sampai begitu sekali sanggup mengeluarkan kata-kata pedih.

Tapi.... Ada saya kesah? hahahhaha.Pada saya, orang sebegini hatinya sakit.  Tak boleh tengok orang lebih dari dia.  Dah tentu hidup dia dan saya berbeza-beza.  Memang kami suka berjalan, tapi tak la sampai bergadai bergolok, biasanya kami berjalan dengan penuh perancangan.  Contohnya untuk tahun depan, bila tiket sudah dibeli, simpanan untuk percutian akan dimulakkan.  Dan, biasanya bila pergi bercuti, kami bukan pergi bershopping, kami pergi mencari pengalaman dan pergi melihat tempat orang.  Jadi tak perlu buat personal loan, atau pinjam along untuk pergi bercuti ye  Janganlah kehidupan dia nak disamakan dengan kehidupan saya.  Saya ini biasa-biasa sahaja.  Saya rela tak ganti baju janji dapat pergi berjalan.  Saya rela tak berbarang kemas sarat dibadan janji dapat melihat tempat orang.  Dan, jika saya nak pergi ke mana-mana destinasi, ianya mesti dengan pakej.  Mesti ada hubby dan anak-anak.  Kalau tidak, jawabnya memang la tak pergi.  Teringat perbualan saya dan kak shilla, kalau la kami travel bawa diri kami sahaja, dah tentu boleh sampai ke London, Paris bagai, tapinya kami travel dengan anak-anak.  Bila bawa anak-anak maknanya perbelanjaan bukan sedikit kan.  Tapi hati puas, sebab we spet quality time together.  Tak perlulah kalau kita tak boleh sampai ke tempat itu, kita assume orang lain pun tak boleh sampai, atau kalau kita pergi ke tempat itu kita rasa tak seronok, kita assume orang lain pun tidak akan seronok.  Saya selalu didik hati saya supaya hormat perasaan orang, hormat cara orang lain.  Kita manusia ada pelbagai-bagai citarasa.  So, tepuk dada, tanyalah selera! Ada juga yang bila tengok orang lain pi berjalan tempat orang, keluarlah ayat bisa dia "umrah tak pergi ke?" hello, kemonlah, perancangan kita adalah berbeza-beza.  Cer diri sendiri pi umrah bawa anak together-gether...? diri sendiri tak buat, tapi mulut sedap aje menyindir orang.  Oh My English betul la kan. Insyaallah, bila anak-anak dah boleh urus diri sendiri, kami memang bercadang nak bawa mereka menunaikan umrah tetapi bukanlah masa umur Kauthar baru 6 bulan!

Eh, panjang pula entry ni.  Sebenarnya nak share berita happy sebab dapat juga 2 tiket untuk tahun depan walaupun macam-macam kerenah Airasia kena layan hahahaha.  Ok anak-anak mama, lepas ni boleh nyanyi gini pulak 

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Semoga Allah beri kami kesihatan yang baik untuk melihat tempat orang, dan murahkan rezeki kami.  Teringat nasihat dan kata-kata hubby bila saya cerita tentang kata-kata orang pd kami yang suka berjalan ini "eh, lantak la, bukan minta dana kat sesiapa pun kita nak berjalan" keh keh keh..  Orang yang gagal menjaga hati lama kelamaan hatinya akan mati.  Kalau dia nak hatinya mati, terserah, tapi saya tak nak, ada banyak lagi nikmat hidup yang saya nak lalui.  Ok, pinjam kata kak shilla "kita jangan rosakkan hati kita" yeehaaa.


Thursday, September 20, 2012

Majlis Rumah Terbuka Gas Malaysia Berhad

Gambar-gambar ni semua masa Majlis Rumah Terbuka Gas Malaysia.  Dah lebih 5 tahun jadi commitee sampai dah naik jemu kakakkakaka.  Cerita menarik tak ada mari kita jamu mata ye.












Kami yang menurut perintah, setiap tahun kamilah yang tak makan apa2 sebab sibuk urus majlis...jadinya hanya kenyang jamu mata je...huahuahua

Wednesday, September 19, 2012

Bila Raisa Tidur

Bila Raisa tidur, mama ni kejenye menyusun dan sorting mainan dia.  Bila dia bangun dia sepahkan balik.  Mujur diusia sekarang kesabaran mama dia dan semakin menggunung.  Kalau dulu masa zaman abang Hadif, rumah kena teratur, kemas dan berkilat, tapi sekarang...huhuhuhu lupakanlah...selagi anak-anak kecil nampak gayanya kena lupakan minat nak mencantikkan dan menghias rumah.  Anak-anak perlukan mainan dalam proses pembesaran.  Jadi biar diorang enjoy zaman kanak-kanak diorang, sementara itu mama bersabar untuk enjoy menghias rumah.  

Ini yang Raisa punya, abang Hadif ada dua bekas kat atas.  Si bujang tu cermat orangnya, tak hairan kalau maina dia dari umur 3 tahun cantik aje lagi, jangankan anak dara ni, habis anak patung dia cabut kaki tangan dan kepala...

Aktiviti Hari Malaysia

 Aktiviti Hari Malaysia - menambahkan sesak di IKEA.  Rancangan awal nak bawak anak-anak pergi beli mainan yang diorang nak menggunakan duit raya tetapi bila tiba masanya Babah dengan murah hati sudah belanja abang dan kakak mainan yang boleh dapat handbag mama sebiji..ish ish ish... sambil tu kononnya nak beli rak kasut, nak tambah rak kasut di rumah yang dah tak muat nak menampung kasut-kasut kami anak beranak, tapinya tahu sahajalah kalau dah sampai IKEA, akan terjadi perbelanjaan di luar sedar (ala-ala kena pukau gayanya) dan nasib la kali ini kami masih mampu mengawal nafsu nak membeli hahahhaa.





Wajah puas hati sebab berjaya mendapatkan apa yang dihajati.. Balik rumah, bila dah pasang lego abang, mama macam nak pengsan tengok dapat 3 ketul je, hahahha

6 Bulan

Ahmad Muhammad Kauthar sudah 6 bulan.  Saya dah mula perkenalkan makanan pejal untuk dia memandangkan Encik Ahmad Muhammad ini nampaknya sangat suka makan.jadi mamanya kenalah rajin lebih sikit memikirkan dan mempelbagaikan menu untuk Encik Ahmad Muhammad. Untuk permulaan ini saya buat pelbagai jenis puri. Puri...puri...puri... hiks.  Nampaknya favorite Kauthar adalah puri lobak dan puri labu.  Yang lain-lain tu dia hentam aje tapi nampaklah kalau yang dua jenis ni laju je dia makan.  Dan paling tak tahan, kakak Raisa pun tumpang sekali kalau adik makan.  Tak puas jadi baby la tu..hikhikhik






 Tengoklah Kauthar meraung sebab mama lambat suap makan kat dia....


 Mama lambat sebab suap cik Kakak sama...hahahaha




comel pulak botol ni, ingatkan nak bagi Kauthar pakai, tapi kakak yang rasmikan dulu

Ahmad Muhammad Kauthar 6 bulan.  Alhamdulillah, dalam proses berlatih nak merangkak dah.  Muka pun dah calar balas sebab cakar muka sendiri (kuku pendek tapi tajam...so how? ) Semoga Adik terus membesar jadi anak yang menyenangkan, yang mudah di bawa ke mana-mana (jauh sikit kita dapat jalan dik...) dan yang sabar dengan kerenah kakak yang suka buli adik ye.  Adik yang cool, senyum aje walaupun kakak tonyoh muka hahahahhaha. Sayang adik..emmmuah.

Thursday, September 13, 2012

Ke Makam Bonda



Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~ Usman Awang ~

Al Fatihah buat sahabat baik saya Nurahayu Iswati Ishak.

Alhamdulillah, rasa tak dapat jumpa orangnya nampak nisannya pun buat hati rasa seronok.  Terubat rindu.  Baru-baru ini Najib bawa Afif, Mama, Haikal dan Ija datang bertandang ke rumah.  Berair mata bila memeluk makcik, erat dan sarat dengan kerinduan.  Jika saya seorang sahabat terasa kehilangan, mereka apatah lagi.  Saya pandang wajah Afif, saya kilas ke wajah Hadif.  Rasa belas dan rasa kasihan yang membuak-buak.  Bagaimana agaknya kalau Hadif di tempat Afif.  Semoga Allah berkati dan limpahkan rahmat ke atas roh sahabat baik saya ini.  Tak pernah sekelumit pun saya dapat membuang rasa rindu terhadap dia, tetapi sebanyak mana pun rindu saya, Allah lebih menyayangi dirinya.  Najib hantar dua tiga keping gambar pusara Ayu, tak sedar saya tersenyum.  Tentu Ayu bahagia sekarang, inilah destinasi abadi yang selalu Ayu dambakan, yang selalu ayu cerita sewaktu kami berbual ditelefon.  Saya lihat wajah Afif di pusara Ayu, saya dedikasikan sajak tersebut untuk anakand Afif.  Semoga dia menjadi anak yang soleh, yang sentiasa mendoakan mamanya, dan insyaallah saya akan sentiasa mengingatkan Afif bahawa dia punya seorang mama yang kuat semangat, yang baik hati, yang mulut budinya dan tabah serta cekal mengharungi hidupnya.  Semoga suntikan semangat Ayu meresap ke jiwa Muhammad Afif Imran.  Amin.

Wednesday, September 12, 2012

6 Bulan



Alhamdulillah, saudara Ahmad Muhammad Kauthar ini sudah berusia 6 bulan.  Syukur, setakat ini rekodnya bersih, hahahhaha.  sakitnya cuma batuk selsema itupun sebab kakak suka cium dia.  Mr. Cool ini sangat senang orangnya, tak banyak kisah.  Akan bersuara kalau lapar dan mengantuk.  Selain dari itu dia ok aje memanjang.  Sejuk perut mama mengandungkan Kauthar, Alhamdulillah. Semoga terus membesar menjadi anak yang soleh, yang membahagiakan mama, babah dan keluarga.  Sayang adik..emmuah.

Monday, September 10, 2012

Makan..makn...dan makan...

Alhamdulillah, acara makan-makan di rumah dah selesai.  Sebenarnya tak buat open house pun, hanya berhajat menjamu rakan keluarga sempena hari raya, tetapi memang telah tersirat memang ramai yang berkunjung ke rumah pada hari Sabtu yang lepas.  Alhamdulillah, bak kata hubby, setiap yang datang ke rumah itu membawa rezeki..mak pula cakap, tak apa..penat tapi tetamu yang datang itu bawa rezeki, rumah berseri kalau selalu dijenguk tetamu...amin..amin... 

Minta maaf andai terkurang layanan, saya sebenarnya buat semuanya seorang.  Memasak, menyaji semua sendiri, ingatkan anggaran dalam 20 orang je yang akan hadir, rupanya dekat 70 orang yang hadir, Allah mengetahui sebaik2 kejadian..hahahah.  Aduhai la, saya masak asam pedas ikan tenggiri seekor, kononnya nak buat ikan siakap sweet n sour tapi toward the end buh sekali dalam asam pedas sebab tak cukup. Masak sambal sotong, kemudian goreng sayur sikit.  Terung pula saya goreng campur bawang dan cili api tak lupa ayam goreng yang digoreng oleh cik Bunga Perth..oh Perth..  Sempat tempah kek Red velvet dan brownies.  Harap-harap tetamu yang datang kenyang la menjamu selera.  Sesungguhnya kehadiran anda membawa barakah dan rahmat Allah, kepulangan anda mengeluarkan dan mensucikan dosa-dosa kami.  Kerana itu kita diwajibkan memuliakan para tetamu yang berkunjung ke rumah kita, mohon maaf di atas kekurangan, insyaallah bertemu di lain kali.  

Tak sempat nak ambil gambar waima menggunakan kamera telefon.  Punyalah sibuk rasanya berjalan sudah sampai ke Pantai Timur kah kah kah.   Tapi saya gembira kerana dapat bertemu dgn rakan keluarga dan paling tak sangka dapat bertemu rakan satu tadika yang rasanya sudah puluhan tahun kami tidak bertemu, di facebook telah menemukan kami kembali, dan geli hati saya bila dia masih ingat kegarangan saya sewaktu saya menjadi ketua darjah dulu...kah kah kah..

Semalam gantung periuk dan cuba memenuhi undangan rumah terbuka dari sarapan pagi sampai makan malam hahahah, itu pun ada yang tak sempat nak pergi, minta maaf zahir batin, tak tak terdaya mengharuk jem.  Insyaallah lain kali kami terjah pulak ye. 

Hari ni pergi kerja kaki masih lagi sakit, badan dah mula rasa seram sejuk...mudah-mudahan tidak melarat sampai demam-demam sebab hubby dah nak naik kerja hari Rabu nanti.  Amin.

Thursday, September 6, 2012

Memberi lebih baik dari menerima

Hati tersentuh apabila membaca blok kak NB pagi ini.  Semoga Allah murahkan lagi rezeki dan lapangkan kehidupannya.  Banyak yang saya belajar dari kak yati.  Ya, saya yakin dan percaya jika kita ikhlas bersedekah Allah akan murahkan lagi rezeki kita.  Sedaya upaya saya didik hati saya supaya latih diri suka bersedekah, dan Alhamdulillah, saya bahagia sebab Allah berikan ganjaran kegembiraan setiap kali berjaya melakukan ibadah itu.  Sedekah bukan untuk menunjuk.  Bila kita kata atau kita ajak orang lain bersedekah, kebanyakkannya akan mengeluarkan kata-kata sinis kononnya kita ini suka menunjuk-nunjuk, sukar benar hendak menerima sesuatu yang dinamakan kebaikan, betul tak? Ada orang, bila kita ajak bersedekah, takut sungguh duitnya habis.  Ada yang cakap begini "eh...RM50 tu boleh buat belanja seminggu" Allah..Allah...Allah... sebegitu sekali pandangan orang itu ye.  Ada juga yang terlampau berkira soal duit, duit...duit...duit...dan duit yang tak pernah cukup..sampai ada ketika saya terfikir, duit itu boleh di bawa ke kubur kah? 

Saya pernah baca buku yang di tulis oleh Muhammad Muhyidin yang bertajuk "Ajaibnya Sedekah" yang lebih kurang isi patinya memberitahu bahawa sedekah itu semakin kita bersedekah, semakin kaya. Pada saya, kaya bukanlah diukur hanya dengan duit, tetapi dari segi kebahagiaan hati.  Memang susah nak didik hati untuk konsisten dan istiqamah apabila bersedekah, tetapi percayalah, jika dijadikan amalan, kita tidak akan rasa ralat pun dengan apa yang kita sumbangankan, kerana ganjaran yang datang sangat banyak.  

TIDAK SAMA PERIBADI ORANG YANG SUKA BERSEDEKAH DENGAN ORANG YANG KEDEKUT.

itu kata Nabi, bukan kata saya.  Nabi kata, sedekah tidak akan meluakkan harta sama sekali, bahkan dijanjikan ganjaran di dunia dan diakhirat.

Wallahuaklam.  Yang Baik dari Allah, Yang Buruk itu dari saya.

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday






It doesn't matter where we go as long as we are together...
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!