Mak dan Mak Lang Hadif nak buat open house 24 Ogos lepas. Saya pula dah ada rancangan nak ikut suami yang nak menonton konsert Metallica di Singapura. Jadinya, mak minta saya buatkan kek mentega 2 butter cake. Hajatnya nak la buat banyak sikit tetapi kekangan masa memang tak mengizinkan. Jadinya dapatlah sebiji kek sebagai pengganti diri hiks.
Ramai nak nak resepi, ada yang saya dah email, jadi saya tepek resepi kek butter saya yang simple sahaja. Insyaallah sedap sebab bila tanya hubby...dia cakap sedap sangat hahahahha.
|
Masih Panas lagi..terbalikkan dulu...letak atas loyang... |
|
potong kecik-kecik nak hantar rumah mak |
|
makan panas-panas dengan hubby...heaven tau... |
|
dah siap nak delivery to my mom's house... |
Resepi Butter Cake.
Bahan-bahan
:
5
biji telur saiz A
180
gram gula kastor - saya kurangkan jadi 150 gram.
200
gram tepung naik sendiri - saya gantikan dengan tepung gandum + 3/4 sudu makan
rata baking powder. Ayak ya tepung dengan baking powder.
250
gram butter -
1/2
sudu teh esen vanilla.- boleh juga guna orange oil. macam yang Mama Fami guna.
Tambahan-
Chocolate
rice untuk ditabur. Takde chocolate rice boleh ganti dengan kismis, badam,
chocolate chip. Takde semua ni pun boleh. Tak yah letak apa. Sempoi kan. Yang
penting rasa. Saya tak letak pun.
Cara-cara :
Mulakan
dengan Bismillahirrahmanirrahim....
Leserkan
loyang dengan saki baki butter yang ada pada pembalut. Kemudian alaskan
permukaan dasar loyang dengan kertas minyak.
Panaskan
oven pada suhu 170' C selama 15 minit atau lebih. Oven yang cukup panas lagi
memudahkan kek untuk naik semasa tempoh pembakaran.
Dalam
satu bekas, satukan butter dengan gula. Putar dengan kelajuan perlahan selama 2
minit. Bila nampak dah sebati. Naikkan kelajuan mixer. Sampai habis tinggi.
Putar sampai adunan bertukar warna krim dan sebati/ringan. Biasanya saya pukul
dalam masa 4-5 minit. Bergantung pada mixer masing-masing.
Pastikan
gula dah hancur baru masukkan telur ya.
Bila
butter dan gula dah hancur/sebati. Masukkan telur SATU PERSATU. Masa masukkan
telur satu persatu saya perlahankan mixer pada kelajuan sederhana. Dah habis 5
biji saya masukkan satu persatu, baru saya naikkan kelajuan dan putar telur
sampai sebati selama 2-3 minit.
Sambil
putar, kaup bahagian tepi dinding supaya mereka jugak mendapat kasih sayang
mixer yang cukup. :P
Kalau
tak leh nak buat 2 kerja sekali gus. Berhentikan mixer. Kaup bahagian tepi.
Sambung balik putar.
Masukkan
esen vanilla atau jika suka gantikan esen vanilla dengan orange oil. Terpulang.
Pilih salah satu. Putar lagi 1-2 minit.
Masukkan
tepung yang telah diayak. Sikit demi sedikit. Guna kelajuan perlahan sehingga tepung
habis. Kemudian naikkan kelajuan. Putar selama 2 minit.
Masukkan
adunan dalam bekas. Jika mahu taburkan chocolate rice (contoh). Tabur masa ni.
Sebelum dimasukkan dalam oven untuk dibakar.
Masukkan
adunan dalam oven. Bakar selama 45-50 minit bergantung pada oven masing-masing.
Satu tips untuk tahu kek dah masak ialah bila adunan dah mula merenggang dari
tepi loyang. Jika sudah, boleh keluarkan loyang dan tutup api oven. Jika belum
renggang, tambah masa membakar 5-10 minit.
Sejukkan
selama 30 minit. Kemudian boleh keluarkan kek dari loyang.
Butter
Cake sedap dimakan sehari selepas dibakar. Masa ni kek akan menjadi lebih gebu
dan lembab.