Tuesday, March 12, 2013

Selamat Hari Jadi yang Pertama Anakanda Ahmad Muhammad Kauthar

Rasanya baru aje melalui saat-saat getir mengandung dan melahirkan Ahmad Muhammad Kauthar.  Hari ini genap setahun usia anak bongsu saya.  Bongsu sungguh-sungguh.  Ish..sedih pula sebab cuma 3 aje cahayamata.  Semalam cakap dengan hubby...ish..menyesal la bongsukan si Kauthar ni.  hahhahaha.  Saya rindu bau baby..saya rindu nak mengandung.  Memang la naluri seorang wanita ye. Hubby memang tak mau saya mengandung lagi.  Katanya kesian tengok isterinya yang kalau mengandung teruk sangat.  Lagi pun atas faktor keselamatan, Doktor pun setuju yang saya tak boleh mengandung lagi.  Masa keluarkan Kauthar dari perut, doktor siap cakap rahim saya dah nipis.  Bersyukurlah kerana Allah beri 3 orang cahaya mata buat saya dan suami.  Jangan lepas ni Abang Shamsul buat dialog macam Abang Jamil dalam cerita Madu 3 dah lah ye.. "butang baju melayu aku mana pahhhh" hahahahhaa.

Selamat Hari Lahir Adik Ahmad sayang,
Semoga yang baik-baik sahaja yang mengiringi hidup mu anak ku,
Semoga Sifat dan sahsiah mu sejajar dengan makna nama mu, nikmat yang banyak...
Semoga terus menyenangkan perasaan mama..seperti sekarang. 
I love u Adik... Semoga membesar menjadi anak yang soleh, yang baik budi pekerti, dan diberi kesihatan yang baik...

 Senyum simpul pagi ni ...siap pakai baju baru tu..hiks

alhamdulillah, dah berjalan dengan jayanya diusia 11 bulan..sekarang ni tengah mabuk stereng kata babah..hahahah

dapat kepandaian baru sempena hari jadi...pandai nak ikut mama pi opis...adik...adik..

dan...bersabarlah ye adik dengan kakak baby mu itu....


Thursday, March 7, 2013

Mak Lang & Wedding



Sebulan dua ini sebenarnya sangat sibuk dengan urusan persediaan majlis walimatul urus adik perempuan saya yang seorang itu. Itulah satu-satunya adik perempuan saya, dialah kawan bergaduh, dialah kawan bersembang dan dialah my baby sister forever. Sobs.  Perasaan bercampur baur melepaskan adik yang selama ini banyak perkara kita uruskan kepada suaminya.  Namun begitu, rasa segala tanggungjawab sebagai seorang kakak sulung sudah saya laksanakan.  Saya sedaya upaya berusaha menjadikan majlis perkahwinannya sempurna dan mengikut kemahuannya.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.  

Pernikahan Mak Lang Hadif pada 2.3.2013 berjalan dengan penuh sederhana.  Alhamdulillah, abah nikahkan dan Kamarul selamat menjadi suami kepada adinda tersayang saya dengan sekali lafaz.  Bergenang air mata saya, sudah jadi milik orang Dila.  Semoga menjadi isteri yang solehah, yang sentiasa patuh dengan suami.  Semoga berbahagia hingga ke jannah. Amin.

Masa hari nikah sempat la juga saya snap gambar walaupun dengan handphone aje.  Tapi bila majlis di dewan..hahahah harap maaflah mak lang...tak sempat sungguh. Maklumlah Floor Manager, kejap ke sana..kejap ke sini...demi kerana mu maklang...huhuhu.  

Kepada tetamu yang hadif, harap maaf sekiranya ada kekurangan layanan.  Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis.  Kononya saya nak buat birthday untuk 3K saya, tapi anak-anak tertidur di bilik VIP dek kepenatan.  




tu diaaa..pengantin lama nak ambil feel nak bersanding..hikhikhik





Kek Hari Lahir untuk Hadif, Raisa & Kauthar, tapi tak sempat potong masa orang ramai-ramai...depa tidur la pulak..hahahahha


Last but not least.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tada....Pengantin Lama....hahahahha

"Past Perfect Ten" Years...Alhamdulillah.




My sweetie Ichaija

Friday, March 1, 2013

Kek Dlm Botol

Buat aqiqah Ahmad Muhammad kauthar sekali dengan majlis Pernikahan Maklang dia. Alhamdulillah tercapai juga niat nak buat kek dlm botol hahhaha. Sampai pukul 4 pagi menyudahkan kerja2 pembakaran. Mujur ada Aidha dan Bye datang menolong. Rasa nak tercabut kaki tangan membakar 9 kali bancuhan red velvet. Lepas siap bakar kek siap hulur minyak kat hubby mintak tolong urutkan kaki hahhaha.

Malam ni nak sambung membakar utk Majlis Hari jadi 3K pula. Wish me luck!




Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!