Tuesday, May 21, 2013

Bila lama tak update...tadaaaa

Lamanya lah tak menulis.  Ada yang ditaip tapi terperap di dalam draft.  Lemau betul sebab hubby akan naik kerja hari ni..maknanya cuti sekolah kami akan bercuti di rumah aje. Eh iye ke? tak de maknanya...hahahah.  Tunggu minggu kedua hubby balik insyaallah nak bawa anak-anak bercuti.  Mama nak berehat.  Nak balik kampung yang dah lama tak balik ni.



Anak-anak alhamdulillah sihat-sihat belaka.  Mudah-mudahan terus la sihat sebab kalau anak-anak tak sihat mamanya ni mula la jadi tak sihat perasaan.  Raisa lately ni suka sangat buli adik Kauthar.  Kejap-kejap dah menangis adik dibuatnya.  Nak di marah Raisa tu bukannya cerdik lagi jadinya mama dan babah urut dada dan istigfar panjang-panjang aje la.

Sekejap sahaja rasanya anak-anak sudah besar.  Kauthar sudah 1 tahun 2 Bulan, Raisa sudah 2 Tahun 5 bulan...abang Hadif dah 9 tahun...mesti saya rindukan telatah anak-anak bila mereka semakin dewasa.  Dalam pada tu tak sabar juga nak tunggu diorang besar sebab rumah saya dah macam tongkang pecah dikerjakan dek depa..hahahah.

Baru-baru ni hubby dan saya buat make over sikit kat bilik bawah tu.  Kami bawa masuk semua permainan anak-anak ke dalam bilik.  Kalau nak bersepah pun biar di dalam bilik.  Rasa lapang perasaan bila tengok rumah kembali kemas kah kah kah.  Hadif tanya...kenapa babah dan mama sibuk-sibuk nak cantikkan rumah..saya jawab "sebab nak sambut puasa..dan lepas tu nak sambut hari  raya.  Nampak sangat rumah memang lah bersepah.  Baru kemas di ruang tamu, di bilik pula tak sempat kemas, basuh kain memang lah rajin...bila nak melipat tu rasa macam nak nangis.  Tak pe..Insyaallah keadaan akan semakin teratur bila anak-anak semakin besar. Sedapkan hati sendiri hahahahha.

 Semua toys dah saya asing-asingkan.  Selalunya kejap sangat ikut pengelasan, selebihnya bertaburan..hahaha

Seplastik besar mainan yang tak cukup sifat saya buang.  Kalau zaman Abang Hadif, mainan dia dari usia 3 tahun pun ada lagi...sampai pada Kakak Raisa...habis tercabut kepala robot dikerjakan..ahhahaha


UPDATED

 saya tempah signage ini untuk diletakkan di pintu bilik, tetapi bila dah dapat, rasa sayang nak buat signage, jadi saya framekan, dan jadikan wall deco.  Suka anak-anak melihatnya.  kalau nak tempah boleh la hubungi kawan saya ni http://sekocinorlie.com


 inilah rupanya bila dah digantungkan di dinding.  Terima kasih pada hubby yang sentiasa melayan isterinya yang sibuk suh tebuk sana, tebuk sini hahahhaha.

 ini rupa bilik mainan anak-anak di bawah.  Sekarang lapang dada saya sebab kalau berselerak pun cuma dalam bilik ni.  tetapi ada masa Kauthar bawa keluar juga mainan dia, tak apalah, masih terkawal keadaannya..hahahhaa.

Selain dari itu beberapa make over yang tidaklah over sangat dapat dibuat dan saya sangat happy.  Salah satunya dapat make over pagar rumah.  Tambah besi kat bawah tu.  Buat dengan suami kawan sekolah.  Harganya sangat patut.  Cuma cat pakat powder coated dan tambah besi, kosnya tak sampai RM2K.  Murah kalau nak dibandingkan dengan harga yang saya survey sebelum ini.

Saya memang tak minat nak tambah bunga-bunga bagai.  Sampai kontraktor yang buat tu cakap "oh akak ni tak jiwang langsung" kakakakak.  Tujuan utama nak tutup pagar tu sebab daun-daun kering sangatlah banyak masuk ke dalam rumah dan saya tak larat nak menyapu hari-hari.  Selain dari itu anak-anak kucing selalu masuk dan saya ni sebenarnya penakut kucing..anak kucing je..kalau kucing tua tu akak tak heran dik non..hahahah.

 Alhamdulillah, satu wishlist dah dapat dilaksankan.  Berkat menabung macam Datin Seri Rosmah Mansor

 Ok, sangat puas hati ...senyum lebar mama, tidur pun boleh senyum hahahaha
Gambar sebelum dan selepas.  Tak banyak beza pun, tapi pagar lama tu dah pudar warnanya, maklumlah sudah 5 tahun kami pindah ke Berjaya Park ni. 


Selalu letak frame kat situ dengan pasu bunga...nampaknya sementara anak-anak kecil ni kena lupakan minat nak letak hiasan bunga bagai..tak mahu perangkap habuk.  Saya lekatkan wall art yang saya order online.  Baru ada 6, Insyaallah lagi 8 akan menyusul nanti.  Ingat nak buat macam family photo gallery kat situ.  Nak abadikan gambar-gambar kenangan kami sekeluarga.  Hubby saya setuju dengan cadangan saya, and..of course I am a happy mother.  Eh tetiba..hahaha


UPDATED

pertambahan gambar.  Saya framekan gambar yang saya print dari photobook.  not bad.  tak sabar nak tunggu gambar yang seterusnya tiba.



 FM saya ni sebenarnya baru disusun semula.  Sebelum ni saya simpan dalam kotak sebab anak dara saya yang sangatlah berkenan dengan FM saya.  Dah 3 hari saya tengok Raisa dan semakin memahami minat mama dia ni...hahahhaa.  Alhamdulillah...

DAN

Satu lagi aktiviti yang saya suka...buat koleksi photobook...rasanya yang ini photobook yang ke 6, ada lagi 3 yang menanti...Ada yang tegur..eh sempat ye buat semua ni walaupun anak kecil...jawapannya....hendak seribu daya ye... hahahhaha.








6 comments:

Fizah said...

http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/sticky-post-giveaway-istimewa-mei-jom.html

jom join =)

ronna said...

wah... mama happy.. anak2 pun happy.. eh.. ke anak2 happy mama pun happy?

apapapun... cantek jer.. walopun ianya simple

celah mana intan oder itu photobook? cam menarik la pulak...

Intanaziela said...

fizah: thank you..

nini: intan beli ikut groupon ataupun living social dear...cubalah..mesti suka..hihihi

Fizah said...

eheh...tahniah sbb join!! =)

tenkiu2

eh, pagar tu cantiklaa...suka!!

Diana said...

Kak intan!!!!!!!!!!! Rindunyerrr...kenal saya?

Intanaziela said...

Diana: allah..allah...tak sangka jumpa di medan blog ini..apa khabar dik? rindunya....apa khabar Eusoff....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!