Monday, April 29, 2013

Entry tak ada cerita tapi nak juga bercerita...

Sudah lama teringin nak berselendang bagai, pernah beli, tetapi kesungguhan tak ada,  bila pakai asyik tak menjadi, dan bila usia dah bertambah ni terasa nak cuba sesuatu yang baru, salah satunya nak tukar penampilan, saya pun cuba lah pakai shawl bagai... hentam aje lilit..lilit dan lilit.  pernah suatu ketika sedang melilit tudung nak keluar, hubby cakap "pakai tudung yang sarung je tu tak boleh ke?" hahahah. akak bulatkan mata je hahahhaa

 comel tak kak Ton? kah kah kah...


 susah betul nak cari shawl yang plain dan labuh, yang memenuhi tuntutan syarak...tutup dada... yang ini jumpa di Giant Putra Height, pun tak labuh sangat.

 pagi ni nak keluar dari rumah, abang Hadif tegur "amboi mama...macam remaja!" hahahahah remaja katanya? walaupun muka kembang setaman..tapi nak juga pakai...hahahha

 posing dengan Raisa pagi tadi...tengoklah bibir anak dara saya yang merah menyala mengalahkan mama yang nak pergi kerja...

Raisa memang suka makan sayur dan buah.  Biar tak ada nasi anak dara seorang ni... semoga sampai besarlah dia suka makan sayur dan buah..

Adik Kauthar yang dah pandai panggil maaaamma... mula-mula dulu dia panggil saya kakak...eh, lagi la elok panggil kakak kan, terasa muda belia mama ni dik..hahahah

Gambar Abang? tak ada...insyaallah nak buat satu entry khas untuk abang Hadif bila lapang nanti.



5 comments:

PM said...

lentiknya kaki kak ton... hehe

Intanaziela said...

Nani: hahhaha lentik katanya? kak ton memang jenis kaki kecik badan besar kah kah kah

niL said...

Anak K.Ton pun lentik gak..sama mcm K.Ton!

alialisa said...

ooo nak lawan aku ler tu..hahahha

Diana said...

Akak maintain comel.... =)
Macam dulu..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!