Thursday, April 18, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: LEGOLAND MALAYSIA

Sebenarnya dah lama plan nak bawa anak-anak ke legoland tetapi masa memang tak mengizinkan.  Kalau ikutkan kami plan nak ke legoland bulan 5 nanti, tetapi alang-alang dah ke Melaka, lajakkan terus ke Johor Baharu.  Opah dan atuk pun ikut sama.  Bila ada opah dan atuk, dapatlah mama dan babah bertogether-gether buat macam-macam activiti. Bila saya dan hubby enjoy the ride, opah dan atuk tolong tengok-tengokkan Raisa dan Kauthar. Jangan tak caya, mak abah saya pun naik je ride yang kecut perut tu...tak sangka pasangan umur 56 dan 61 tahun ni sporting habis.. hahahah


Oleh kerana kami pergi bukan hujung minggu, parking di Medini Mall, tak perlu berpanas nak sampai depan pintu masuk Legoland. 3K dah excited nak explore legoland kononnya tu..hahahhaa

 abang ni, takat naik benda pusing2 ni dia boleh la senyum lagi...tapi yang tak best kat legoland ni banyak yang Raisa tak boleh naik.  Kalau kat Disneyland tu ok je, lepas aje kalau takat tinggi Raisa tu.  sampai Raisa sendiri cakap "siannn kakak ..." ahahhaha.


muka sebelum pening sebab pening giler naik benda alah ni..hahahhaa

ni nama dia Technic twister. Muka saya memang la nampak kecut tapi mak maintain sebenarnya uolls..hahahah,  Tengoklah babah yang hover tu...hahahhaha

berpeluh-peluh abang.  Cuaca adalah panas dan kering.  Rasa macam duduk dalam oven. kesian anak-anak.  Mujurlah anak-anak saya dah biasa lasak..tak ada yang merengek atau menangis pun...alhamdulillah.


kauthar pun excited nak join...

mama layankan aje la anak dara ni nak naik train..hahahah

Adik Kauthar yang pandai main...tak banyak ragam..kekalkan prestasi dik..nanti boleh pi lebih jauh..hihihi

Kakak Raisa biasalah, apa yang adik nak main, yang itulah dia nak juga...

yang ni saya tak naik, tapi Hadif, babah dan atuk naik...Abang Hadif kata ok je mama..hahahaha

atuk layan Raisa jadi pilot.  2 kali okeh Raisa naik hahahha

Dalam keretapi pusing2 legoland...

Panas terik.  Hubby saya kata kalau kat umah ni confirm kita tak keluar pi mana-mana...hahahaha


Mek Raisa yang dah kepenatan...

yang sorang ni sibuk ajak pi beli lego...

muka mama yang dah tak berapa manis sebab abang kacau daun nak gambar lomantik2 dengan babah...hahaha

opah yang sporting...lepas naik technic twister terus cakap ish...tobat mak nak naik dah..hahahah


babah yang dah kepanasan...layan aje la si Raisa tu kan..hahahah

 anak dara yang sangat ligat...berani mengalahkan abang, tapi kesian tak cukup ketinggian..hahaha

 dari lego...terpegun saya dibuatnya




Bukti atuk dan opah yang sporting...

 adik kauthar isi minyak...

 Opah, atuk dan cucu dengan replika KLCC dari lego...

 mama pun nak enterprem..

 abang Hadif dah mula menmbuat tinjauan dan pemilihan...adoi pening kepala babah ...hahaha


ok, jom balik....

Pada saya, legoland Malaysia ni ok, cuma pihak pengurusan sepatutnya lebih peka dengan cuaca yang terlampau panas.  Letak lah mist fan ke, kalau saya pun rasa tak tahan dengan kepanasan, apa lagi budak-budak, kan.  Untuk tempat yang bertaraf antarabangsa, rasanya banyak lagi pembaikan dan penambahan yang perlu di buat. Kalau nak dibandingkan dengan Universal Studio dan Disneyland, nampaknya Legoland perlu menaik tarafkan lagi servis untuk setaraf dengan theme park yang bertaraf antarabangsa.

Untuk bersolat, ada surau yang selesa, makanan pada saya ok sangatlah, kami makan di Pizza Mania, dan harganya amat berpatutan, makan untuk 5 orang RM75.  

p/s: gambar-gambar semuanya dari kamera telefon, tak sempat nak transfer gambar-gambar dari DSLR lagi. 




5 comments:

zulaikha megat said...

seronoknya satu family ni cuti cuti mesia

bila memikirkan kepanasan tu tangguh dululah hasrat nk kesana..tunggu banyak pokok pokok dulu..

alialisa said...

ooo ko berjalan aje keje eh~

missCHOKODOX said...

salam sis, saya mastura wartawan majalah baru - majalah ibu & anak di bawah syarikat utusan karya..puan saya nak interview puan utk topik anak ku disleksia..sy perlu buat interview ni segera..tlg maklumkan pada saya di emel saya..


chokodoxchumel@gmail.com

Diana said...

Wah...hadif, raisa dan Khausar dah pegi Legoland ye...

Kami tak berkesempatan lagi..
Hajat memang nak pg..

Tunggu cukup duitnya..
Ongkos nak guna banyak jugak kan masuk sini kak?

Intanaziela said...

Diana: akak beli pakej masa Matta Fair dik, penginapan sekali dengan tiket. Berbaloi rasanya. Bulan 9 ni ada matta fair lagi..nanti cuba pi usya yek..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!