Thursday, April 18, 2013

Cuti-cuti Malaysia: A Famosa Resort, Melaka

Alhamdulillah, selepas episod anak-anak sakit, saya sangat memerlukan percutian melapangkan minda.  Mulanya memang hanya nak ke A Famosa Resort di Melaka, nak bawa atuk dan opah sekali. Nak layan Abang Hadif yang super teruja dengan Cowboy Town show macam yang dia tonton dalam filem Ajiboy.  Tetapi bila fikirkan ada lagi satu lagi pakej percutian nak bawa anak-anak ke LEGOLAND, saya cadangkan pada hubby supaya dirangkumkan sahaja cuti-cuti Malaysia kami jadi 2 dalam 1.

Mula-mula kami ke A Famosa Resort, di Melaka.  Saya beli voucher masa Matta Fair hari tu, dapat kondo 2 bilik, dan pada saya sangat selesa.  Anak-anak pun seronok sebab dapat duduk sekali dengan opah dan atuk.  Kauthar pula tak henti-henti berjalan, mundar mandir..hahahah.

Lepas maghrib kami terus ke cowboy town.  Abang Hadif sangat happy.  Mulut tak henti-henti sebut "best kan mama..best kan mama"...

Selamat sampai di A Famosa pukul 3 petang.  Alhamdulillah boleh check in awal sebab bilik dah siap.

Kauthar yang cool disepanjang perjalanan...ada makanan dia ok je hahahaha
kami di Cowboy Town

mama dan kakak.  Kakak yang sibuk kunyah jagung rebus. Peminat jagung anak dara ni...

 Ternganga abang hadif tengok red indian ni boleh keluarkan api dari mulut hahahha

 Babah with the kids...

 Abang and mama... abang poyo bila bergambar hahaha

 Abang yang sengih lebar... 




 lepas breakfast...kakak tak mandi lagi..hahahha

 Babai A Famosa...till we meet again.  Abang kata "boleh kita pergi lagi minggu depan mama?" hahahhaha

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!