Lamanya blog ini bersawang! sebenarnya banyak dah ada dalam draft, tapi tak pernah habis bila menulis. Berita terkini, Abang Hadif admitted di KPJ Selangor. Mula-mula muntah-muntah dan cirit birit, lepas tu demam panas. Dan sekarang tengah completekan antibiotik. Jenuh berkampung di hospital.
Seminggu sebelum, Adik Kauthar demam dan purging, diikuti dengan Kakak Raisa dan Abang Hadif. Bergilir-gilir anak-anak sakit buat saya jadi nanar. Sedih apabila melihat wajah mereka. Kasihan melihat mereka menahan sakit.
Buat masa ini, saya hanya mahu anak-anak kembali sihat seperti biasa. Dapat berkumpul di rumah dan melihat mereka gelak ketawa.
No comments:
Post a Comment