Waktu kenduri kawin Mak Lang Hadif hari tu, mixer saya bekerja keras. Bermula dengan bakar kek Red Velvet untuk kek dalam botol akikah Ahmad Muhammad Kauthar, lepas tu terus membakar dan terus membakar untuk candy buffet kononnya. Mujur masa proses pembakaran tu mixer tu masih bertahan. Lepas majlis kenduri kononya nak membakarlah balik..sekali mixer dah mogok. Nak menangis akak. Mana taknya..lama betul mixer comel saya tu bersama saya. Dah la dapat free hubby redeem bonus link. Hahahahah. Dah la sekarang ni kalau tension saya suka banking. Huaaaa.
Rentetan itu, bermulalah aktiviti mencari mixer baru. Sebenarnya hati berkenan sangat jenama kenwood la, kitchen Aid la...macam lah pandai sangat nak pakai kan. hahahah nafsu serakah tak padan sungguh. Tengok poket bocor pulak hahahah. Lepas tu kononnya nak sambar yang biasa-biasa aje la...untuk orang yang amatur ini..sekali hubby cakap, tak payahlah sibuk nak kan kenwood la.. (saya suka kenwood sebab mak saya pun pakai mixer kenwood...tahan lama tu..kakakakaka) dia dah survey nak belikan saya industrial mixer...motor besar...kuat sikit bekerja katanya.
Alhamdulillah...saya ok je, asalkan boleh teruskan minat saya nak membakar kek untuk keluarga...alhamdulillah. Hubby ni jenis laju. Kalau kita cakap iye je...dia terus buat. Terus beli online. Hari Ahaad dia balik kerja, hari Selasa mixer baru saya sampai kat ofis. Termalu-malu akak sebab mixer tu tak dibalut pun. Cis...janganlah ada yang nampak nak kata saya nak menunjuk-nunjuk ye. Tu laki mak belikan tau..tak sangka pula dia hantar tak dibalutnya.
Untuk hubby,
Terima Kasih daun keladi. I love you. Nanti saya buat kek coklat kegemaran awak tu. Ke kek butter? ke kek red velvet? hahahahah. Tapi serius sayang... you make my day. Senyum sepanjang hari. punya la seronok dapat hadiah mixer dari suami tercinta..rasa nak tidur peluk mixer. hahahahha.
UPDATED
akhirnya mixer saya sudah keluar kotak. Semalam juga kemaskan dapur yang patutnya janji dengan hubby nak make over sama-sama bila dia balik nanti. hahahah. Tak sabar. Tergelak saya bila hubby kata dia nak sangat tengok dapur kami tu macam kami mula-mula pindah 5 tahun lepas. Lapang aje. Sekarang? mana maunya. Periuk Nasi ada dua. Blender ada 2. Ye la satu untuk bubur anak-anak. adoi lah..hahahaha
Ok, weekend ni kalau sempat kita mulakan operasi pembakaran secara tertutup. hahahaha
Sambil-sambil kemas tu, teruslah make over sendiri apa yang patut. Babah...balik nanti belanja ketam gemuk tau..hahahhaa. Mana lah tak gemuk, request nak makan pun ketam gemuk.
hahaahah nak pengsan tengok Tupperware dan tipuware. So alang-alang mengemas, semalam abis saya campaknya yang mana tak berkenaan.
Nampak lebih tersusun tak? hihihi ada lagi beberapa pintu nak dikemas ni...adoi.
macam mana nak kosongkan tempat ni? saya bagitahu hubby..kena juga beli display cabinet untuk mugs kesayangan dia tu...asal pergi bercuti je akan beli mug. Itu tak tengok dalam kabinet lagi..penuh mug.
Yang atas tu lopong2 sebab saya pendek..hahahah. Tunggu Babah balik la kemas ni kabinet kita ni..
8 comments:
akak....
Teringin nak merasa air tangan kak intan..
Red,velvet adalah my favourite saya..mmmmmmm...bestnyerr....
Kalo pg rumah jalan raya nanti ada tak red velvet agaknyer...? Kikiiiiiiiii
Nak masak tak reti....=p
Diana: hahahha boleh aje takat nak bakar red velvet..cuma rasanya tak tau la sedap ke tidak.. nanti kalau nak datang rumah bgtau awal..akak bakarkan khas utk diana ye...
wah..mixer baru..
kita perasan frame blkg tu..fridge magnet eh? kreatip! ;)
ps hi diana..kikiki
Fizah: hahaha alhamdulillah suami bermurah hati mahu melabur untuk minat isteri. Iye fizah, kat frame tu saya letak fidge magnet,dek kerana anak dara saya suka cabut2 dari fridge, saya tempah frame dan letakkan di situ koleksi FM saya hihihi.
nyumnyum...bila nak rasa red velvet kak yang ni...
ida: alahai siannya ida...kalau dekat akak godek juga mixer baru ni hantar ke mak buyung...insyaallah panjang umur merasalah red velvet yang tak tau rasa apa air tangan akak ni nanti ye...
Cokelat indulgent ye..
eh eh..ada update ke..tak perasan pasal tak masuk dlm feed..huhu tp takpe i like update kemas2 cenggini..! hehe
Post a Comment