Cuti Nuzul Quran bersambung dengan hujung minggu memang la dinanti-nantikan. Shopping? No lah! saya memang tak akan bersesak-sesak nak membeli belah. tak sanggup. Lagi pun kelengkapan anak-anak dah siap, Alhamdulillah.
Aktiviti pertama adalah memantau kontraktor memasang panel tv. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh-tangguh. Kabinet tv yang sedia ada tu habis dikerjakan dek anak-anak sampai tercabut-cabut. hahahah. Dah la sliding doornya Raisa pecahkan. Kira ni kabinet tv raya lah...hahahha.
|
Bangla tengah pasang. Kontraktornya Cina, tapi pekerjanya bangla. Kerja kemas dan saya puas hati. Harganya berpatutan. Lepas ni boleh la hire untuk projek seterusnya...kalau tabung cepat penuhlah..hahahah. Insyaallah nak buat panel tv yang sama di ruang keluarga di tingkat atas. |
|
Dah Siap, tinggal tunggu orang nak pasang casing plug kat sebelah tu... |
|
dah siap semua saya la bibik yang kena mengemas balik rumah. Alhamdulillah, siap juga mengemas hari Jumaat tu walaupun lutut dan gigil..hahahah |
Lepas tu memulakan aktiviti mengemas rumah. Hari pertama saya buat sendiri. Sampai nak cabut sendi-sendi rasanya hahahha. Hari esoknya saya panggil weekly maid datang membantu. Lega la sikit, tetapi saya tak biarkan dia mengemas sendiri...saya buat sama dan saya memantau dan dia dipantau. Eh, ayat apa ni? hahahaha. Alhamdulillah, rumah dah siap kemas, langsir dah siap basuh dan pasang balik, cadar-cadar bilik tidur pun dah siap tukar. Rasa macam baru pindah pula bila saya tengok balik rumah yang dah siap dikemas. Terasa kosong dan tak de barang. Kabinet tv lama dan meja kopi dah saya pos ke rumah mak. hahahha. Nak tunggu hubby balik, nak ajak cari bunga sikit, rasa kosong aje rumah tak berseri tanpa bunga. Dulu rumah penuh bunga, tapi sejak ada anak-anak kecil ni...bunga-bunga semua difaraidkan..hahahaha.
|
dah siap lap cermin, lap meja dan bersihkan fabrik kerusi makan. saya alihkan susun aturnya macam kami mula-mula pindah 5 tahun lalu. Nostalgia sungguh hahahahha |
|
Dah siap semuanya...cuma playpan tu tak dapat nak lipat dulu sebab masih perlu letakkan Kauthar kat dalam tu kalau saya nak buat kerja tertentu contohnya melipat kain. Kalau tidak, jangan haraplah dia akan biarkan kain-kain yang saya lipat tu tersusun cantik... |
|
Frame, jam dan dinding pun dah lap. fuh... tapi yang ni weekly maid yang buat...hihihi. |
|
Pandangan dari belakang. saya hantar gambar ni kat hubby di laut...rasa macam baru pindah aje bila kabinet tv dan coffee table dah tak ada. Untuk waktu ini saya memang tak mahu ada coffee table sebab bila tetamu berkunjung boleh terus ke meja makan kalau nak hidang air ... coffee table tu buat tempat Raisa dan Kauthar memanjat aje. |
|
|
|
Jadilah, rumah ku, syurga ku. Anak-anak kecil ni memang tak boleh rumah nak cantik dan kemas. Baru kemas sekejap, tak sampai 1/2 jam dah bersepah balik. hahahhaa. Asalkan bersih dan selesa sudahlah.
2 comments:
sangat kemas! =)
boleh pm no telefon weekly maid tu
sazzanida@gmail.com
Post a Comment