lamanya tak update blog. Kekangan masa membataskan aktivit memblog. Kerja kat ofis memang menimbun. Tak pernah habis dan saya rasa sangat penat. Balik rumah badan rasa lunyai. Dalam bulan puasa ni tak semua hari saya dapat memasak. Kehendak ada, kudrat tak ada. Penat yang ada masa tu rasa macam nak baring je sepanjang masa.
|
Berposing dalam kereta ... kami tinggal kereta kat LCCT jek, senang bila balik tak payah nak ambil teksi, terus balik je... |
Dua minggu lepas saya dan suami ke Jakarta dengan misi nak cari baju raya dan baju basahan anak-anak. Ada yang tanya "eh, murah sangat ke?" sebenarnya bukanlah nak cari yang terlampau murah, cumanya sambil menyelam sambil minum air la...tapi bulan puasa sila la minum air waktu malam. Pencarian bermula dari Mall dan diteruskan ke Tanah Abang dan Thamrin City. Lepas dapat apa yang dihajati saya terus stop shopping. Dari Jutawan menjadi papaan hahahahha. Selamba kodok je 6 juta rupiah itu saya belajakan...bak kata hubby..tang shopping mama memanglah pandai. Ala, bukan untuk siapa pun, untuk anak-anak je. Tapi memang puas hati sebab selain dari baju-baju raya, saya dapat beli baju basahan anak-anak, material kain cotton, memang selesa anak-anak pakai. Siap baju tidur yang kena beli secara grosir kata orang indonesia...belasah la..janji puas hati..hahahaha.
|
Jakarta dan macet (jem) tak dapat dipisahkan, cumakan saya rasa tidaklah teruk sangat macetnya, terkawal gitu. |
Saya dan hubby ke Jakarta pada 19 Julai. Pergi kami naik Mandala Air. Adik beradik tiger airways. Balik naik Airasia, everybody can fly gitu. hahahah. Tambang pergi balik untuk dua orang termasuk bagasi dalam RM500++. Kami menginap dia Mega Anggrek Hotel, untuk dua malam RM300. Sampai di Airport Jakarta kami naik Damri nama glamournya, nama biasanya bas. hahahah. Best giler naik damri ni sebab dalam bas ada wifi yang membolehkan saya berwhatapps, ber IG dan berfacebook sentiasa. Kelas kan? hahahha. Tambang dari airport ke Slipi adalah 20,000 rupiah seorang. Bas berhawa dingin, dan bersih. Oleh kerana travel berdua, memanglah senang dan jimat untuk kami. Dari Slipi pula, kami naik bajaj. Memang thrill...saya sangat suka cumanya kondisi bajaj yang kami naiki tu rasanya agak teruk dan uzur..nasiblah selamat sampai ke hotel hahahha.
|
Model Bajaj ku :) |
Selepas berehat, kami memulakan jalaan hari pertama dengan mencari baju raya anak-anak di Aggrek Mall. Jalan kaki sahaja dan lebar jugalah tapak kaki ku hahahah. Ada ojek (lelaki bermotosikal) tetapi idaklah saya sanggup nak naik..nanti saya dibawa ke mana.. hubby dibawa ke mana. Anggrek Mall katanya Gedung terbesar di Jakarta. Di situ ada Metrojaya. Jenama yang berkualiti seperti Osh kosh dan Guess ada kat situ. Disney baby pun ada juga. Lepas puas menjala, kami berjalan kaki meneruskan misi ke Plaza sebelah, Central Park namanya. Berbuka puasa di food court. Tak kisah tentang makan apa, tetapi mencari pisang keju adalah kemestian bagi saya. Lepas berbuka kami sempat beli sedikit lagi baju anak-anak di SOGO. Lepas tu duduk berehat di Coffee Bean mengenangkan nasib duit juta rupiah dan susut. sambil telefon keluarga di Malaysia tanya perihal anak-anak yang ditinggalkan.
|
berposing sebelum operasi menjala kuikuiku |
|
saya kalau tengok baju anak perempuan memang mudah hilang akal hahahahah |
|
Dalam metrojaya, jumpa cermin wajib ambil gambar..kakakakka |
|
My SK at SK hahahhah |
|
Juada berbuka..tak lupa pisang keju fav saya. Sedap sangat!! |
|
Sebelum.... |
|
Selepas di makan...aduh..kecur air liur mengingatkan pisang keju ini.... |
|
cheese cake pun tak boleh tanding kesedapan pisang keju..huhuhu |
|
muka keletihan yang cuma untuk tersenyum..chewah..hahahah |
|
Bapak SK udah bersila yaa...hahahha |
|
|
|
|
Kami balik ke hotel naik teksi sahaja. Tak sampai RM10 pun tambangnya. Sampai bilik belek-belek baju anak-anak. Oklah, saya puas hati. Kami bukan mencari yang murah sangat. Saya memang cerewet bab kain baju anak-anak. Nak yang berkualiti tetapi harganya berpatutan, dan di Jakarta boleh dapat mengikut piawaian saya.
Bersambung dalam entry seterusnya....
1 comment:
wahhhh seronoknya kak yang...sopping sampai ke jakarta.....lain kali sopping lebih2...mesti ramai nak jadi pembeli kat sini...*especially orang dalam pantang yang tak sempat nak beli baju raya anak2 ni* :O)
Post a Comment