Tuesday, August 13, 2013

Aidil Fitri 1434

Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua.  Tentu meriah hari raya  masing-masing kan? Saya dan keluarga meraikan dengan penuh kesederhanaan sahaja.  Tahun ini beraya di Lanchang, Pahang.  Kampung Babah.  Anak-anak memang seronok lah dapat berkumpul dan berjumpa dengan sepupu sepapat diorang.  Raisalah yang paling hebat sebab berjaya membuatkan semua orang pening kepala...hahahah ligat betul anak dara saya yang seorang itu...

Kami pulang ke Lanchang pada hari Rabu, sebab saya masih lagi bekerja sebelah paginya.  Alhamdulillah, trafik lalu lintas berjalan lancar. 

Seperti biasa 1 Syawal memang tak daapatlah nak keluar ke mana-mana kerana rumah mertua memang menjadi rumah tumpuan di hari raya, maklumlah, rumah orang tua, pastinya yang muda mengunjungi yang tua kan...rasanya lebih 100 orang yang datang...mujur tahun ini kami siap-siap beli cawan dan pinggan pakai buang.  Tak larat nak memcuci pinggan mangkuk dah..hihihii.

Hari Raya kedua baru sempat beraya ke rumah saudara mara sebelah Babah.  malamnya sibuk-sibuk mengemas sebab esok paginya nak ke Pekan, menghadiri majlis pernikahan Makcik Yati, adik emak saya.  Semoga jodoh berkekalan sampai ke Jannah.

Dari Pekan kami bertolak balik ke Shah Alam.  Jalan raya jem di Bentong dan di Karak.  Standard la kalau di musim perayaan ni, kalau tak tempuh jem bukan raya la namanya kan...Selamat sampai di Shah Alam dalam pukul 9 malam, singgah berhari raya di rumah Opah Hadif.  Balik rumah rasa nak pengsan kepenatan.  Mujur ada satu hari untuk rehat sebelum memulakan tugas pada hari Isnin.

Gitulah serba sedikit cerita tentang raya kami.  

3 comments:

PM said...

selamat hari raya k.intan

bila nak buka rumah utk GBS? heee

niL said...

yess...

Open house...bile kah??

Jgn lupa ang pau skali naaa!

Ibu Double Q said...

Slmt hari raya maaf zahir batin kakak....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!