Thursday, December 11, 2014

Namdaemun Market

Dari hotel penginapan cuma perlu melintas jalan atau turun melalui subway untuk ke Namdaemun Market.  Jika mahu membeli cenderahati, rasanya harga di sini agak murah kalau nak dibandingkan di Doota.  Untuk saya tak tak berapa minat nak bershopping, apabila melalui Namdaemun Market ini hanya "window shopping" sahaja la jawabnya.  Sempat singah di E-Lendang untuk beli kerongsang buat cenderahati dan sedikit keychain dan fridge magnet untuk di bawa balik.

Raisa sempatlah cairkan hati babah dia dengan buat muka kering nak juga winter boots Frozen yang kalau di convertkan ke MYR RM120. hahhahaa.  Tahniahlah kakak sebab akan selalu menang dalam usaha mencairkan hati babah ye.




urusan tawar menawar di Namdaemun ni tak la rancak sangat sebab saya pun macam tak berminat nak membeli sebab tukaran duit malaysia teruk sangat...hahahahha





street food.  tapi kat sini kami tak cuba pun sebab tak rasa teringin.  Sempat makan churros di Myeongdong.

sweet aje tengok adik ni.  dia kalau berjalan tak banyak kerenah melainkan lapar. hahahah.  ada makan semua settle.




kedai ahjumma garang hahaha. muka ketat aje walaupn ramai orang dok beli barang kat kedai dia...

bukan main oppa ni berpossing dengan abang Hadif.  bila dia tanya saya minat siapa pelakon Korea, saya cakap la saya minat Rain (walhal sebab masa tu saya tengah layan My lovely Girl, jadi Rain sahaja yang sangat ingat kakakakk) dia cakap Rain tu gay...hahahah jahat tau oppa!








Saturday, December 6, 2014

Children's Grand Park, Seoul

kali pertama kami nak ke Children's Grand Park ni boleh pulak tak jumpa exit yang sepatutnya.  Demi anak-anak, keesokkan hari kami kembali mencari jalan nak ke sini. Sebenarnya sistem subway di Korea tak la susah mana, bak kata hubby, kalau lagi seminggu kami di Korea, mesti kami akan fasih bergerak dengan subway hahahah.  











Soul in Seoul 2014: Autumn in my heart

Tahun lepas ke Korea sonata musim salju.  Syahdu aje mama kat sana sebab anak-anak tinggal di Malaysia.  Dah la kena tinggal, depa demam la pulak.  Sebelum tinggalkan bumi Korea hubby cakap kat saya, ada rezeki kita datang lagi Korea dengan anak-anak, Time daun merah katanya!

Dan Alhamdulillah, ada rezeki dan kelapangan dapat bawa anak-anak ke bercuti ke Korea, di musim daun merah.  Syukur Alhamdulillah.

Seronoknya tak terkata sampai ketika entri ini ditulis saya masih dilanda sindrom rindukan Korea. hahhahaa.  Tambahan sejak rajin layan cerita Korea, rasa macam bahagia semacam aje. hahaha.  Berkelana dengan anak-anak memang tak mudah.  Sekejap diorang ok sekejap diorang tak ok. Ada masa tengok urat leher hubby tegang semacam bila anak-bergaduh dan buat perangai.

Layan gambar aje la dulu ye.  Nanti kalau ada kelapangan saya tulis ceritanya.



m
Tengok Kauthar tu, tidur aje kejenya hahahahah




kau kunci cinta ku di dalam hati mu! kreatif orang Korea ni. 




Di Deoksugung Palace daun merah dah mula keluar....suka sangat rasanya!




beriya aje kakak dok tunjuk ke adik.






Hollywood Hotel, Disneyland

Bukan anak-anak sahaja yang teruja, mama pun sama aje jakunnya...hahhahaa














Friday, September 19, 2014

Hong Kong, May 2014

Tiba-tiba terasa rindu nak menulis.  Lama sungguh tak update blog.  Sebenarnya kehidupan macam biasa, cuma masa nak menulis tu memang tak ada.  Balik rumah memang tak mengadap notebook la, faktor usia, malas. hahahhaha.

Hari ni terasa rindu dengan suasana nak bercuti sekeluarga. Selalunya bila waktu-waktu beginilah kami berkumpul dan spent quality time together.  Layankan kerenah anak-anak, walaupun penat tapi memang sesuatu yang membahagiakan.  Saya ni jenis yang tak boleh berpisah dengan anak-anak.  Mungkin sebab waktu babah diorang tak ada, diorang dengan saya.  Cukuplah pengalaman bercuti ke Korea tanpa anak-anak tahun lepas.  Hubby pun letih kena layan isteri yang asyik menangis aje hahahaa.

Percutian ke Hong Kong kali ini memang nak melayan anak-anak.  Walaupun pernah ke Hong Kong 2 tahun lepas, tetapi bagi kami Hong Kong tetap best untuk dikunjungi.  Ada rezeki, Alhamdulillah kali ni dapat bawa anak-anak menginap di dalam Disneyland, kami menginap di Holloywood Hotel.  Tempah awal untuk dapat harga yang berpatutan.

Kali ini kami ambil 2 days entry ticket to Disneyland. Jadinya tak terkejar-kejar dan anak-anak lebih enjoy.  Sempat pusing bandar naik tram dan bawa anak-anak pilih toys yang mereka nak di Tai Yuen Street, tak jauh dari Stesen Wan Chai.

Oklah, layan gambar-gambar sikit.  Kalau rajin nanti update lagi.  Nak tunggu rajin tu makan bulan la kot.  Silap-silap makan tahun, tapi di sebabkan mood nak pergi bercuti dah datang tu yang tiba-tiba rasa nak menulis kah kah kah.


My small family.  Tengok anak-anak ni rasa cepatnya mereka membesar

Makin besar makin susah nak suruh bergambar hahahaha


Buah hati mama dan babah. 



sebelum mula menjelajah Disneyland kita bergambar dulu....


time ni Kauthar tidur, tengok Raisa yang takut tu hahahaha
Ok, pose wajib depan istana kekekekeke

Abang yang seronok, tapi ramai umat masa ni


Pengalaman seronok (mama yang over) bila dapat tidur dalam fantasi kekekekek


Thursday, January 30, 2014

Januari...Bulan Cinta

Banyaknya cerita yang tak sempat dikongsi dek kerana kekangan masa.  Sibuk mengalahkan PM.  hahahha.  Bulan Januari merupakan bulan cinta.  Bulan yang penuh sambutan.  Sambutan Hari Lahir Abang Hadif, Sambutan Hari Lahir saya sendiri dan sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11.  Sekejap sahaja masa berlalu.  Sudah 11 tahun usia perkahwinan kami.  Kalau ikut umur 11 tahun sebenarnya masih mentah dan masih baru, banyak lagi cabaran dan kehidupan yang bakal ditempuhi dan harus disusuri.  Alhamdulillah, 11 tahun yang membahagiakan.  Ada pasang surutnya, tetapi banyak yang bahagia dari yang tak bahagia rasanya..hahahaha.

Untuk Hubby,

Selamat Ulang tahun perkahwinan.  Terima kasih di atas kasih sayang.  Terima kasih kerana masih menyayangi isteri mu ini walaupun badan dah berubah kuasa dua...hahahaha.  Apa pun..saya sayang awak kerana Allah.


You are my best mate
For your presence in my life, I thank fate
I couldn’t have done anything without you by my side
You are the reason my face bears a smile so wide
As we celebrate one more year of being cute and cozy
I wish you, my dear husband a happy anniversary
Kebetulan masa anniversary dapat jemputan kenduri kawin... so kami pun sambutlah anniversary di Kuala Terengganu.  Terima Kasih pada GBS yang belanja makan di gerai Pak Nong, siap ada pakej sarapan, makan pizza...hish... terharu rasanya.  Ukhwah yang terjalin memang membahagiakan.  Semoga ikatan kekeluargaan kita sampai bila-bila ye... bak kata seorang teman saya "persaudaraan tak pernah mati"... seronok sangat rasanya macam ada keluarga lain bila sampai Terengganu.
Ini juga merupakan reunion sebelum Nani berlepas ke UK. (huaaaa) tapi rasanya sebelum tiba masa tu nak ajak makan-makan pulak kat Berjaya Park, ok tak GBS??
kami sekeluarga dengan pengantin yang share tarikh anniversary hihihi
GBS

gambar favorite saya..hahahaha

 Gambar Ihsan dari Pencerita Maya :)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!