Bila sebut birthday aje, Abang Hadif request nak kek coklat, krim warna putih dan ada gambar Ben 10 kat atas. Mama pujuk beli kek Secret Recipe pun dia tak nak. Nak yang mama buat jugak. Semalam balik dari opis pun dah pukul 6.30 nasib baik lalu depan Bakery shop tu buka lagi kedainya, sempat la beli edible image Ben 10...maka mama pun hentamlah buat kek seperti yang Abang Hadif impikan. Masa kek siap abang Hadif dah tidur, so pagi-pagi mama letak kek atas meja dalam bilik dia. Punyalah seronok tak berhenti cakap terima kasih mama :)
sedia nak dibakar... seram sejuk sebab takut tak jadi hahahaha |
dah siap...kita terbalikkan sebab senang nak ratakan nak letak icing |
Jadi la ye nak...janji ikut tema yang diminta kuang kuang kuang |
subuh tadi, mama letak dalam bilik abang... |
muka happy cik Abang Hadif...siap makan kek dan cakap hmmm sedap...hahahahah |
Selamat Hari Lahir anak mama tersayang. Semoga perjalanan hidup mu dipermudahkan dan diberkati. Walaupun Abang mungkin tidak sempurna, tetapi pada mama abang lah hadiah yang paling bermakna dalam hidup mama. Membesarkan Abang mengajar mama dan babah erti kesabaran, ketabahan dan membuatkan kami lebih bersyukur dengan nilai-nilai kehidupan.
Abang,
Mungkin dalam membesarkan abang mama dan babah ada masanya hilang kesabaran, tetapi mama nak abang tahu...marah mama, bising mama bukan kerana mama tak sayang, bukan kerana mama benci dengan kekurangan abang. Mama nak abang belajar berdikari supaya jika kelak mama dah tak ada didunia ini abang mampu uruskan diri sendiri... abang lah harapan mama dan babah untuk menjaga adik-adik.
Abang,
Mungkin abang selalu dengar orang panggil abang dengan panggilan anak disleksia. Ada masa abang tanya mama "abang tak boleh nak ingat kan mama? sebab abang disleksia" dan mama selalu pesan pada abang...abang kena cuba dan mesti sentiasa mencuba walaupun susah untuk abang ingat. Mama paham, jiwa dan perasaan abang menderita dan mama harap abang anggap kekurangan abang ini adalah anugerah dari Allah. Dan abang dah pun buktikan, hidup tak la terlalu sukar seperti yang disangkakan. Mama bangga dengan abang. Abang mampu bersaing dan sentiasa mencuba nak berikan yang terbaik.
Setiap kali tiba hari jadi Hadif saya lah orangnya yang akan paling emosi. Lagi dua atau tiga hari menjelang hari lahir abang Hadif saya dan sebak sebek. Anak ini terlalu istimewa di mata saya. TERLALU. 10 tahun yang lalu, waktu-waktu begini saya sedang bertarung nyawa di bilik bersalin, menantikan kelahiran cahayamata kami yang pertama, yang kami tunggu-tunggu. Bukan sahaja kami tapi seluruh keluaarga dan kenalan rapat. Apabila Hadif lahir, doktor meramalkan hayatnya tidak lama, dan...anak kesayangan saya ini sangat berjuang untuk hidupnya. Jika saya kenangkan bagaimana dia terpaksa menggunakan mesin untuk mengepam paru-parunya...bagaimana dia diberi konsentrasi oksigen...ditidurkan..diambil darah pagi petang malam... Allahuakbar....bertapa anak ini sangat kuat semangatnya...dan ketika itu saya serahkan diri bulat-bulat pada Allah... memohon jika mahu anak ini saya jaga dan pelihara...saya mohon supaya diberi kesihatan yang baik buatnya... syukur alhamdulillah...Allah memperkenankan doa saya..dan...bermula la episod memelihara anak sulung saya ini dengan penuh kasih dan sayang....
Bila kami dapat mengesan Abang Hadif adalah anak disleksia, kami tak putus semangat. Pelbagai usaha kami lakukan. Kami cuba beri yang terbaik mengikut keupayaan kami. Semoga Allah permudahkan jalan, memberikan kami terus kekuatan dan kesabaran. Walaupun anak saya itu tidak cemerlang, saya tidak pernah kisah. Saya tidak pernah merasakan itu adalah suatu kesedihan, kerana...walaupun abang Hadif tidak cemerlang dalam pelajarannya, dia masih lagi mampu menguruskan diri dia...dia masih lagi anak yang baik kepada saya... dia masih lagi sentiasa membuatkan saya tersenyum apabila mendengar jenakanya. Ada masa kesabaran saya diuji dengan sikap dan kekurangan Hadif, tetapi saya terima ianya sebagai salah satu cara Allah mahu menambah pahala...
untuk 10 tahun yang membahagiakan ini, sebenarnya saya sudah boleh tesenyum bahagia, anak saya yang doktor ramalkan cacat otaknya sudah boleh berdikari, sudah boleh menyusun bukunya sendiri, sudah boleh mengingati hari walaupun ada masanya lupa juga, sudah boleh bersaing dengan anak-anak yang normal, walaupun tidak cemerlang..tetapi anak saya sentiasa mencuba. Saya tidak mahu kufur nikmat. Inilah nikmat yang Allah beri buat saya... Abang Hadif yang sentiasa membahagiakan. Sebab itu apabila Hadif pulang dengan markah yang tidak cemerlang, saya selalu katakan "tak apa abang...janji abang dah cuba sedaya upaya abang..mama terima aje apa pun keputusannya".
Semoga Abang Hadif terus berjuang dan sebagai mama, saya tak akan berhenti berjuang demi Abang Hadif!
3 comments:
Wah panjang sekali cetusan hati nurani mama dihari lahir putera kesayangannya..
itulah istimewanya seorang ibu mampu menzahirkan apa saja keinginan si anak..
Selamat hari lahir sayang..
Acik zu yg tercebek cebek baca nukilan mama kamu ni.kerana apa..kerana acik zu juga seorang ibu..hanya yg bergelar ibu sahaja memahami apa yg mama kamu rasa kan....
wah,,,,,,,potong dalam bilik gitu..hheeeee
mama intan..nak RV..
my kolin is turning 34 hookay hahha
Post a Comment