Fuh...sila sapu-sapu sawang sikit ye. Perasaan hati memang nak menulis blog, tapi taip sikit pas tu terperap la jawabnya kat dalam draft folder.
baca blog kengkawan baru balik berjalan, hati terus melonjak-lonjak tak berjalan tanpa menyedari cuti pun tak berapa nak ada. hahahah.
Layan cerita Perth lagi ye. Kali ni nak cerita tentang betapa terpegunnya kami apabila menyaksikan ada gurun di depan mata. Sambil menikmati pemandangan yang cantik, sambil kami bertepuk tampar dengan lalat yang mesraaaaa sangat dengan kami. Layan gambar aje la dulu yek. Perjalanan dari bandar Perth ke Nambung National Park mengikut speed limit lebih kurang 3 jam. Cuaca masa kami ke sana mendung dan ada kalanya hujan renyai. Alhamdulillah semasa aktiviti foto-foto cuaca jadi terang menderang...alhamdulillah, cuaca seakan memahami gelodak rasa kami yang datang dari jauh. heh, ayat tak menahan.
Dan boleh baca cerita tentang Pinnacle Desert di
SINI