Kalau baca review memang rata-rata suggest pergi Caversham Wildlife Park ni. Kalau ikutkan hubby dia lagi suka nak pergi Zoo Perth. Apa pun anak-anak memang seronok di sini. Kauthar punya la seronok feeding cik roos sampai masuk mulut makanan cik roos to ke mulut dia. hahahah.
untuk aktivit di Caversham ni eloklah kalau mulakan di pagi hari. Jadinya pukul 9 pagi kami dah ada di situ. Pagi tu saya bawa bekal megie goreng, roti dan buah-buahan. Lepas dah habis lawatan boleh la berkelah di tempat yang disediakan.
Kami sampai awal jadi tidak la risau terlepas show di Molly Farm. Merasalah Raisa dan Abang Hadif susukan kambing biri-biri. Hampir 3 jam juga kami di Caversham ni, sebelum singgah ke kilang coklat di Swan River. Singgah makan coklat free dan beli sedikit coklat nak dibawa balik ke Malaysia sambil belanja anak-anak makan aiskrim.
|
Harga tiket kalau convert dalam Ringgit Malaysia untuk kami sekeluarga lebih kurang RM260. Janji anak-anak happy babah pun bertabah la kan hihihii |
|
Gambar wajib kalau jumpa sedara jauh ni, si wombat. |
|
sebelum memulakan aktiviti kita foto-foto dulu... |
|
jinak aje kangaroo ni, tapi seram la juga takut dia buat side kick tak ke haru |
|
My Ahmad yang sangat berani. Tension aje muka kangaroo tu bila Ahmad jerit-jerit... |
|
si Ahmad yang terlebih sudah |
|
dik...nanti kita bela seekor buat kawan adik yek! |
|
sabar je binatang ni, kunyah satu-satu, tak tamak. ke jenis slow? patut la banyak yang terkubur dia jalan raya hihihihi |
|
rezeki jumpa koala masa depa tengah aktif dan tak tidur. |
|
Babah dan si pemalas. Tido aje kejenya |
|
gambar romancinta adalah perlu untuk tatapan anak cucu wan mama dan tok babah. ehhh hahahaha |
|
show di Molly Farm. |
No comments:
Post a Comment