Cuti panjang okeh. Kebetulan hari Selasa negeri Selangor cuti. Mama pun apply la cuti hari Isnin. Ikut babah gi kursus kat Kerteh, tapi mama dgn hadif dok lepak kat umah abang ipar kat Kuantan. Musim tengkujuh datang lagi. Dari pagi hujan turun tak berhenti. Sepanjang hari. Kain baju menimbum tak kering. Akhirnya aku balik ke KL pakai baju kurung. Hehehehe baik sangat hari ni okeh? Kononnya on the way balik Shah Alam nak singgah kedai lampu kat sg. besi. jem berat. Sana sini pak polisi buat road-block. Nyampah giler. Nak visit kawan kat HUKM pun tak sempat. Sampai kat depan HUKM dah kol 2:25 pm, waktu melawat 12:30 tghari sampai kol 2 ptg. sakit ati ku..huhuhu, pas tu konon nak gi makan kat Anuar Tomyam kg. Baru, sampai2 tutup, hubby terus lajak ke keramat, layan nasik ayam own. Nak tau kol berapa kami makan tengahari? pukul 4:30 petang!! Lepas makan mood jadi mondom. Ada letak kas2 kot dalam nasik tu? hehehehhe. Esok dah kena keje mcm biasa. Bestnya kalau cuti je memanjangkan. Rasa tak puas cuti. Esok Hubby dah nak balik offshore. Tinggal la kami dua beranak balik. Sure pening kepala aku layan hadif main PS2.
Soksek: Masik teringat muka polis trafik yang saman kami malam Sabtu yang lalu...huhuhu.. cerita tu nantilah, masuk entry esok aje la...sedih...huhuhu... * first time in my life tengok hubby tenyeh autograph dgn polis trafik...kekekkekek
No comments:
Post a Comment