Semalam dok umah je..bersantai tiga beranak. Take a nap kejap. Bangun2 hadif dah pujuk babah dia.."babah, jom jalan2 cari makan" Babah dia tanya aku..aku ke ajar anak, hiks..tak denye..hadif pun tau boring dok umah sajer.
So petang tu we heading to Bukit Tinggi, Klang. Hadif nak tengok wayang. Mamanya pun sama, tapi mama kalau boleh nak la tengok citer Dunia Baru tu..tapi tak de main lak kat Bukit Tinggi. So kami tengok filem CUCI sajer la. Layan.
hari ni pun dok kat umah saje. Sambil tu intai2 gak paper hari ni..boring tul la..tak habis2 citer nak election ni. Time dekat pilihanraya ni mula la berita subsidi diberi di sana sini.. kebajikan sesebuah negeri di jaga...heh! geli pulak usus dalaman aku membacanya. Naperlah kena perbanyakkan berita gitu disaat nak pilihanraya ni kan..lepas tu senyap...tunggulah dekat2 nak pilihanraya pat atau lima tahun lagi..kuar balik la berita cam gini... Cam gini lah, kita ada mata, kita nilai sendirik. Don't worry la..kalau tukar pun pucuk pemerintahan..tak kan kita makan ubi kayu balik... bak kata pak pandir moden satu ketika dulu; ada mata padang, ada telinga dengar, ada mulut diam...apa pun,undi adalah rahsia, betul tak?
Bangun pagi ni hadif demam la pulak. Alahai siannya anak mama tu... tambahan bila nengok dia tu demam dgn tak demam sama saja..jenih yang tak pandai nak merengek. So hari ni pun kami habiskan masa dok umah je la. Hadif layan PS2 dia, babah layan internet dan aku? layan kain yang berbakul2 nak dilipat tu la...huaaaaa..time gini mula la terfikir, kalau la ada maid, senang sikit. Tapi bila ingat balik pengalaman member2 yang ada maid ni, banyak yang tak best dari best..aku rela lipat kain sendirik!
Dulu masa pi BTN kat Kem Ulu Sepri, Rembau N. Sembilan, kena nyanyi lagu kat bawah ni. Time ni haram aku tak paham apa maksud lagu ni..cuma suka iramanya yang mendayu2..tapi sekarang..aku dah mula boleh fikir apa maksud lagu ni. Korang penah dgr tak lagu ni?
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
soksek: Gagah ke Melayu kalau hanya selalu layu? Gagah ke melayu kalau sekadar jadi penurut? Aku bukanlah extrime sangat bab2 politik ni, tapi itulah hakikatnya..Melayu selalu layu! ( sori la entry kali ni sungguh patriotik...sempena bulan pilihanraya gitu..kekekekek )