Wednesday, July 30, 2008

Garang kah?

Hubby dah balik offshore. Naik seminggu jek. Senang betul jadik dia, gi keje seminggu pas tu cuti 3 minggu...how I wish to be like him..kekekekek And, as usuall, routine hidup pun berubah. Pagi2 dah pokpekpokpek kat hadif suh bangun tido, suh mandi, suh pakai baju... paksa makan breakfast. Mamat tu pulak, pagi2 kalau nganga mulut kecik jek... mula la mama dia ni bising. Ye la, lepas hantar hadif gi Aulad nak kena kejar ke ofis, lalu jem lagi...adoi la


Hari ni my boss start bercuti. Tadi pagi ada lagi, need to settle a few thing for Board Meeting next week. La ni dah gelap dah bilik dia. Lunch hour tadi gi bank in duit kat Maybank. Insurance dan roadtax "meninggal" 19 hb August ni. Selalu aku bank in je duit, nanti diorang courierkan je ke ofis. Tak yah la nak pi sampai ke Jalan Klang Lama tu. Tadi, before hubby naik chopper dia ada call. Aku up date dia pasal nak renew road tax kete tu, kejap je dah 5 tahun kete tu, dah tak lama nak habis bayar... time tu hubby suh aku gi usya kete Vios. Ajak pakai Vios. Maklumlah, kete sekarang ni telan minyak cam haper jek..Korean car kan..tapi aku rasa tak perlu lagi kot tukar kete. Tunggulah sikit masa lagi...anak pun masih seorang, tak nampak keperluan nak tukar kete. (dalam hati tu..biarlah sempat kumpul duit..nak beli Nissan Sylphy idaman.. kehkehkeh)

Dalam hal kereta ni, rasanya aku dan hubby sependapat. Tak guna bayar kete sampai beribu2, towards the end, nak bercuti pun tak de budget. Kami lebih suka spend money dgn bercuti. No wonder my hubby akan bawak kami gi holiday 3 times a year. Tak kiralah ke mana pun destinasi, but I think it is a good theraphy. Dan, rasanya dalam ekonomi yang tengah teruk ni, lebih baik banyakkan saving dari keluarkan saving. Betul tak?

Sebut pasal jimat cermat ni, teringat pulak kisah aku gi kerja hubby hantar naik motor. Hairan sungguh aku dgn beberapa manusia yang memandang cam la aku ni miskin benar. Macam la kami ni nak cut cost sangat. Sebenarnya, the purpose of buying that motorcyle is nak lari dari jem berat kat kesas tu, and a week after motor hubby kuar minyak pulak naik. Bonus la untuk kami, kan? tapi tak de la sampai nak cut cost benar... ada sekali tu, hubby and I gi tengok kete Nissan Sylphy kat show room dia, mentang2 la aku dan hubby just wearing a t-shirt and jeans, naik motor pulak tu, salesman tu boleh tanya "cari siapa?" Aku gelak dah..hubby bengang habis. Bila la bukak mulut, baru la salesman tu layan baiiiikkk punya (sila ikut cara Dafi ye tuan puan..) I told hubby that I don't bother about that langsung. Aku tak rasa malu pun usung helmet. Langsung tidak. Duit kita, pilihan kita. So, peduli apa orang nak kata. Orang yang banyak cakap ni, belum tentu ringgit malaysia dalam poketnya pun banyak, betul tak? apa la yang nak di belagakkan di atas dunia ni...kita hidup bukan nak menongkat dunia pun.

Oklah, need to finish some other matter before off back to see Si Cheen Chai. Mengada betul la Cina sorang tu, dah kasi cheque atas nama company pas tu nak tukar la pulak. Siap la dia. Hubby kata dia sound si Ah Chai tu, "kalau u buat silap, I marah sikit jek, tapi kakak marah banyak" hiks, aku memang garang pun dgn dia. Kalau aku datang tengok umah, mesti dia pening. Banyak songeh. Ye la, hak kita, bayar dia untuk buat kerja, kalau keje main cincai je, memanglah nak kena. Kalau hubby tu, nak marah ke, nak suh cakap dgn si Ah Chai tu, mesti dia suh aku. Naper ntah. Aku garang kot? ye ke? wakakakakkaka

6 comments:

Puteri Satu said...

betul..akak setuju sangat ngan intan...biar papa asal bergaya ni....memang buat perit hidup je kan...biar kita tak bergaya...tapi hati senang..kan...peduli la orang nak kata apa....kan..

p/s ~ hubby orang jengka pahang ke? akak orang temerloh pahang....weekend ni balik temerloh...yihuuu...

aNIe said...

Intan...naik motor lagik best tau...dpt duduk rapat...hehehe...dpt menikmati angin sepoi2 bahasa di wajah kita...yang tak best...kalau hujan...habis lecun...hahahha

Intanaziela said...

puteri satu: ye la kak, janji kita tak kacau orang kan...

kak lady: betul sangat tu kak lady..romantik gitu..tapi kalau hari ujan bawak ler kete sendiri jawapnya..heheheh

Su Hana said...

saya sgt2 setuju..betoi tu.. tu cara kite save duit.. eh sama la kite km dl masa nak siapkan kabinet umah sy yg selalu komplen ngan tukang tu.. hahaha pasal kite tegas kot..

sy klu dekat mmg naik motor..ni nak ke pjaya..hubby kt glenmarie..bahaya plak sowang2 ..dah la jauh.. sy yg bw viva ni pun rasa tau minyak naik..dkt rm100 gak smmgu utk minyak je belum lg tol..klu bw keta hasben..lg kopakk..huhuhu

Intanaziela said...

sue@mamamaryam: agaknya orang pompuan lagi tegas kot bab2 gini..

sue, minyak punya isu ni boleh buat kita yang tak de darah tinggi pun naik darah...huhuhu

Led said...

i am totally agree with u, as a whole picture.Kekadang manusia terlalu stereotype.

sib baik le rezeki sy dtg dari satu sumber di mana transport tidak diperlukan.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!