Tuesday, October 28, 2008

Kehilangan

Last Friday aku kehilangan opah pahang. Serasa tak percaya sebab baru je hari raya keempat hari tu aku balik ke Kg. ketapang Tengah, Pekan. Masih terasa dan tergiang2 suara arwah waktu aku peluk nak balik ke Lanchang tempohari. Aku sempat pelawa arwah opah ke rumah aku. Rumah baru yang belum pun sempat opah kunjungi. Arwah dgn ketawa bagitau aku yang dia nak datang umah aku ramai2...cuti sekolah nanti.

Hari Jumaat tu aku bertugas utk Open House GMSB. Dalam pukul 4.15 tu hubby datang, bawak Hadif, mak dan abah. Time Pak andak call bagitau tu aku baru nak suap makanan dalam mulut. Terus terkedu dan patah selera. Lepas inform boss dan kawan2 aku terus balik umah, kemas2 dan lepas maghrib tu bertolak balik.

Ceritanya arwah opah on the way nak balik ke Pekan bersama2 makcik yati aku. Dalam pukul 2 petang waktu mereka sampai ke Kota Tinggi, sempat arwah menelefon mak long aku yang dia nak singgah ke rumah mak long keesokkan harinya selepas balik dari kenduri kawin di keratong. Dalam pukul 4 ptg kereta myvi yang dipandu oleh makcik yati dilanggar dari depan oleh sebuah kereta wira yang gagal mengawal kereta selepas memotong di double line. Arwah opah meninggal di tempat kejadian, patang leher dan tulang belakang. Makcik Yati aku masih di Kuantan Specialist Hospital, baru lepas masuk besi kat tulang peha.

Arwah opah tinggalkan kenangan yang indah2 sebelum dia pergi. Mak usu cerita, 2 minggu opah di Batu Pahat opah masak macam2 masakan. Tahun ni jugak arwah ikutkan aje apa yang anak2 suruh, contohnya bila mak usu nak belikan handbag baru dan kasut baru, arwah terima aje tanpa banyak cerita, selalunya arwah ni payah nak terima, tak mahu susahkan anak2...dan sebelum hari kejadian, arwah beli cadar dan telekung baru.

Waktu aku kucup dahi opah, walaupun terasa sejuk tapi wajahnya sungguh tenang, tersenyum.

Alhamdulillah, Arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan Ketapang Hilir, Pekan, Pahang. Bersebelahan dengan kubur arwah atuk. Semoga Arwah opah diletakkan dikalangan orang yang beriman... Al-Fatihah.

12 comments:

Sya said...

Yang pergi tetap akan pergi bila tiba waktunya
Yang tinggal perlu tabah menghadapinya

Al Fatihah utk arwah opah Intan dan muga Yati cepat sembuh

kekadang kecuaian orang lain memandu membuatkan kita kehilabgan org tersayang

nn said...

salam takziah buat intan sekeluarga.
semoga roh opah intan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
semoga cik yati intan akan cepat sembuh..

Intanaziela said...

kak sya: terima kasih kak, tapi memang sedih kerana pemandu kereta tu cuai, memotong ditempat yg tak sepatutnya..tapi Allah maha mengetahui setiap kejadian kan kak...

nn: tima kasih atas sokongan dan doa...

citra rasa said...

takziah buat akak sekeluarga...kak, saya phm perasaan akak & saya pernah mengalaminya...kita mampu merancang tp Allah S.W.T yg menentukan...semoga roh opah akak dirahmati & ditempatkan di kalangan org yg beriman...
Al-Fatihah...

aku said...

inalillah..
semoga rohnye berada bersama-sama insan yg beriman

o..memula baca ingatkan sebab sakit tua
rupenye kemalangan
malang x berbau...d mana berada pasti ajal akan menjemput bile sudah tiba masa nye

semoga intan & family
tabah...

Mommy Lyna said...

innalillahi wa inna ilahi rajiuun..

yg pegi tetap pegi tapi saya mcm intan, terkilan dengan sikap pemandu yang cuai, orang lain jadi mangsa.

sesungguhnya Allah dah suratkan, tapi semoga yg lain ambillah pengajaran.

aNIe said...

Intan...kalau orang yang kita sayang pergi secara tiba2...memang kita terasa amat kehilangan...(macam arwah mak akak..)

Al-Fatihah buat opah Intah...semoga rohnya di cucuri rahmat dan semoga Yati akan segera sembuh...

Intanaziela said...

heda: memang sukar nak cakap,baru je akak peluk cium opah pada raya ke4 hari tu..

farah: accident dek kecuaian orang lain..baru dpt info yg pemandu yang melanggar opah dan makcik intan tu mabuk...orang islam pulak tu..

mommy lyna: terima kasih atas sokongan..insyaallah kami sekeluarga redha dengan pemergian opah...

kak anie: tq banyak2 kak...insyaallah kami terima dan redha dgn pemergian opah...

Effyliani's Life said...

salam takziah untuk kak intan sekeluarga.

Ibu Double Q said...

al-fatihah..
dariNya kita datang,
kepadaNya kita kembali..

mc ta said...

intan,
takziah.

@hasney^-^ said...

Intan..takziah Intan dan keluarga.hr ni br menyempat..rempit kt blog intan ni..lama tk rempit kt sini....

Kitaorang pun baru kehilangan orang tersayang 3hari lalu (atok husband)meninggal sakit tua.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!