Friday, December 26, 2008

Suka...suka...suka...

Hari busy buat registration online. Leceh sungguh. Nasib dah settle. Alhamdulillah, nak mula semester baru. Final exam dah selesai. Alhamdulillah. Hantar sms pada lecturer, En. Norsham Firdaus. Dia ajar Photo comm. En. Sham ni baik la sangat. Dia antara lecturer yang pergi lawatan sambil belajar ke New Zealand, yang masuk berita baru2 ni ada seorang pensyarah dan seorang pelajar meninggal dalam kemalangan kat NZ.

I wrote like this "En. Sham, thank you for the grade for photo com and syukur u and others selamat". And he replied me "its u effort, terima kasih atas doa itu. Aku sengih sampai ke telinga. Tak sangka dapat A utk that subject memandangkan aku liat sungguh nak menyiapkan assignment. Ye la, time tu nak pindah umah, dgn hubby jatuh tangga lagi,..dgn kerja opis yg melambak. Ingat lagi, menjelang keesokkan hari dia nak fly ke NZ, dia siap call dan hantar sms suh aku hantar assignment. Aku memang time tu dah nekad apa yang ada je la yang aku hantar, tapi memandangkan En. Sham ni sangat baik, aku gagahkan jugak siapkan assignment tu. Dan, alhamdulillah, dapat gak A. Aku memang minat dgn subject tu. ye la, main dgn dslr. Tapi setakat kelas ujung minggu, tak mampu nak mempelbagaikan skill. Kena attend course dgn Saiful Nang nih. Hihihi

oklah, till we meet again. Jumpa lagi tahun depan yek (macam la tahun depan tu jauh benor lagi yek..?)


Enry sebelum coti..

Cuti xmas ni kami bertiga beranak dok umah saje. Kemas bilik bawah tu. Sumbat segala kotak2 dalam stor. So, petang ni atuk, nenek, dan keluarga alang hadif datang dari Pahang.

Petang semalam gi visit my SIL kat hospital Tengku Ampuan. Dah 4 hari dia kat wad, belum bersalin lagi. Kesian aku tengok dia menahan kesakitan. Tapi nak jadi ibu memanglah susahkan. gitu la mak2 kita dulu bawak kita dalam perut. Time aku pregnantkan hadif pun aku dok ulang alik masuk hospital. SMC tu dah macam umah kedua. Sampai sekarang, kalau nurse tu jumpa aku, pandang ke hadif, diorang akan cakap " ooo..ni la budak yang tak sabar2 nak kuar dari perut mama dia yek?" kuikuikui

Pagi ni hubby nak gi Q-Dees. Nak bayar registration Hadif. Tapi dia buat pelik la pulak..boleh pulak hari ni dia cakap dia tak mo pi Q-Dees. Sakit dada mama dia nih. Babah dia bayar utk first month dulu. Manalah tau, sampai masa dia bantai meraung pulak nak pi Genius Aulad balik. Haru..haru...

oklah, Selamat berhujung minggu. Weekend ni kami balik Pahang kejap kot, andak hadif buat kenduri kesyukuran masuk umah baru. Pas tu aku cooooti... Langkawi ...tunggu....

p/s: nini..jumpa di sana...

oh ya, Ana, seronok dapat jumpa ana online, dan kita dari kejiranan yang sama. Invite la intan utk baca ur blog ya?


Monday, December 22, 2008

Nasi Ayam Hainan

Sabtu aku join gi kelas masak nasik ayam hainan. Best sangat. Banyak teknik yang dapat dipelajari. Sebenarnya, salah satu faktor utama enrol this cooking class sebab hadif sangat suka makan nasik ayam terutama yg kat chicken rice shop. Petang tu jugak pi Tesco beli barang2. Berangan nak buat hari Ahad. Aku beli sekor aje ayam. Ye la, utk aku tiga beranak, plus mak, abah dan dila. Tapi, Ahad tu, Pak anjang and family pun ada kat umah, so suh hubby pi beli lagi sekor ayam. Alhamdulillah, jadi jugak la nasi ayam hainan aku tu. Tengok hadif makan 3 kali tambah, babahnya pun makan bertambah, dan paling aku "kembang" (sila baca comel, okeh?) anak pak anjang aku tu cakap macam makan kat kedai..woohaaa kekekeke. Gambar lupa nak amik. Tapi gambar masa ayam tu digantung hubby ada amik.. nak mintak hubby email la gambar tu.

Rasa syok pulak masuk kelas ni. Cumanya selalu clash dgn kelas aku ujung minggu. Aku rasa salah satu minat aku dah ke arah masak memasak pulak. tee heee...kakakakak kak sya, boleh tak buat kelas utk intan, nak belajar buat chicken pie la...pleaseehhhhh?

Ujung tahun ni musim orang bercuti bagai. Kat department aku ni pun berlomba2 orang hantar leave application. Aku? lagi la awal, nak cuti ujung bulan, awal bulan dah submit application. Rasa cam tak sabar je nak jalan2 dgn family. Tapi dalam pada tu, sebenarnya dok tertunggu2 bila la my SIL nak bersalin. Tak sabar nak ada ada sedara belah aku pulak. Lagi pun dah lama kuarga kami tak dengan kenyaringan suara baby menyanyi. (menangis la tu). Hadif dulu pun bukan jenih penangis. Nak susu merengek sikit2 je. nak tido pun tak meragam. How I wish ada lagi sorang adik hadif macam abang hadif dia. Malam tadi, dia dah tido, aku sakat2 dia pun dia leh senyum2. Tak marah pun. Kagum sungguh aku. Sampai kena marah dgn hubby sebab kacau anak dia tido.

Ni kisah semalam, masa anak2 pak anjang aku ada kat umah. Hadif main la dgn sepupu aku yang 6 tahun tu. Sekali aku dengar dialog gini:

"honey, nanti lah, abang nak pergi work nih" - hadif la cakap tu.

aku ternganga jap.

Pas tu mak lang dia gelak besar...

"long, ko dengar tak anak ko cakap apa?"

honey? aisyemen..manalah dia dengar ni? aku dan hubby tak pernah la pulak guna nick name manja2 geli segitu. Mak lang dia pun aku dgr cam brutal je..saya awak je dia bantai bila dgn boyfriend dia. Ni mesti dok dengar ayah ngah dgn mak ngah dia atau pun ayah su dia bercakap dgn aweknya. Kureng betul la. Bila aku usik2 dia, dia cabut lari..malu la tu. Ish anak mama ni, baru 4 tahun. Bahaya betul la. Bila citer kat babah dia, babah dia gelak je. Mewarisi gen siapakah? apakah? kekekekek


soksek: cepat lah aku terima menantu!

Friday, December 19, 2008

Rumah Ku Syurga Ku - Utk Kak Puteri Satu

Sebagai memenuhi permintaan akak puteri satu, aku upload gambar sedikit gambar2 rumah ku syurga ku itu. Kak, ini aje yang ada, umah intan biasa2 saje. Manalah tau gambar2 ni leh inspire akak utk hias rumah baru nanti.. mesti tak sabar kan nak tunggu umah siap. Sementara umah belum siap ni, boleh la simpan duit dulu. Lepas tu jenuhlah nak perabih duit pulak. Tapi kami tak de la berhabis2an kak, memadai mengikut budged dalam poket yang ada. Itu pun masih banyak yang tak complete lagi, pelan2... hihihi dah namanya umah sendiri, mestilah nak duduk lama, so perlahan2 la nak completekan wish list. Bak kata hubby "bukannya nak duduk setahun dua tahun, paling tidak sementara nak beli semi D mengadap padang golf pulak... (babah: amin..amin ya Allah, perkenankanlah niat suci suami ku itu..)

Tapikan, dah dapat dok umah sekarang pun dah puas hati, lebih dari itu. Tak perlu menyewa, dan boleh deco ikut citarasa sendiri. Dan, sebenarnya aku tak larat nak pindah2 lagi. Nak mengemasnya..adoilah penat. Sampai tido pengsan depan tangga. kuikuikui.

Ni aje la gambar yang ada, sekarang ni dah malas nak amik gambar. M besar dah mari ooo.. nanti kalau sempat intan amik gambar bilik hadif okeh?

Thursday, December 18, 2008

tipon buat hadif

This morning, while I am driving heading to office, kat sinar fm main lagi Billie Jane. Terus cakap tipon, dial hubby kat offshore. Dia suka lagu ni. Kalau dalam kete tu, bila dengar lagu Billie Jane ni, dia nyanyi cam kat karaoke. Aci gitu?

Dah seminggu rupanya dia kat offshore. Patutlah dah mula rasa rindu. ei..gatal ek? tapi normal la kan, rindu pada hubby. Hubby cakap bila la dapat nak bercuti berdua2an kami nih. tunggu hadif masuk sekolah kot. Bila dia tanya aku, nak pi mana, aku cakap London. Lagi la boring che abang tu. Nak yang jauh je. Dia kata pi la Thailand ka, Indon ka..ni terus nak gi London. Ye la, dgn Airasia, everybody can fly eh? Projek tahun depan la kot kalau nak pi cuti jauh2 ni. Tahun ni kena settlekan dulu melengkapkan kelengkapan istana kami tu (sila baca rumah ku syurga ku). auto gate tak pasang lagi, alarm system pun tak buh lagi. masih banyak nak kena spend. Matilah. kekekekekek

Hajatnya nak jalan berdua together2. Tapi bila tiba masa, believe me, mesti bertiga jugak. Hari tu time aku kursus kat KL, dah siap bayar dah hotel online, nak pi berdua, nak tinggalkan hadif dgn opah dia. Tapinya, tak sampai hati, balik jugak tido kat umah. Membazir jek bayar duit hotel. Nak pi Penang hari tu pun, plannya nak ber'honeymoon' tapi tetap jugak kelek hadif. Mana boleh tinggal che abang kecik tu. Kalau tak de dia cam rasa tak bermaya jek. Tapi kalau ada, mula la berperang sokmo. hiks

Hari ni dapat handphone yang aku order kat hubby kak shilla. LG phone. Untuk sape yek? utk budak yang asyik cakap "tapi, hadif tak de handphone!" bila babah dia nak pi keje, pujuk dia kata nanti babah call dari offshore. So, harap2 lepas ni dia tak de la cakap gitu. sedih dengornye. Ada satu hari tu, dia main handphone mak lang dia, mak lang dia bising. Dia cakap gini "nanti hadif nak suruh mama beli handphone utk hadif la". Aiyo anak...umur baru 4 tahun. Mama dia ni dulu, umur 17 tahun baru kenal erti handphone. Lepas ni senang sikit nak tanya khabar dia time aku kat opis. Tentu ada yang kata, anak kecik lagi dah bagi handphone. Ala basic phone aje. Reganya pun tak mahal mana, janji hadif happy dan senang dia nak terima call dari babah dia. Aiyak, lepas ni babah dah tak dapat cakap dgn mama lagi la...?

oklah, nak pi solat dulu. till then..

Monday, December 15, 2008

click..click

Baru sempat nak tengok semula semua gambar masa little ihtifal hari tu. Dan, tak sangka ada gambar yang ini...agak2nya, ada sape boleh teka tak sapa yang kena candid nih? :P



p/s: kepada yang gambarnya tertera di skrin, sila email alamat anda kepada saya. :P err..lariks...

Cerita Biasa

Lama jugak tak up date blog. Rasa malas yang amat. Tak tahu kenapa. Banyak juga citer yang terlepas nak diceritakan.

Hubby dah naik offshore. Kali ni Hadif penyedih sikit bila nak berpisah dgn babah dia. Siap nangis lagi. Naik itu babah. Sedih pulak bila bangun pagi2 dia tanya babah dia mana, bila babah nak balik, tak nak gi amik babah kat airport ke... adoi lah.

Dan, macam aku pernah cakap sebelum ni, perkara2 yang tak diingini akan berlaku bila hubby dah ada kat offshore. Pagi Khamis, (selangor cuti, sultan's birthday) aku nak pi amik cleaner, nak bersihkan apartment kami yang dah dikosongkan. Hadif aku tinggalkan dengan maklang dia kat umah. On the way ke rumah mak, sebab nak singgah amik abah, nak betulkan paip sekali, aku rasa lain macam. rasa cam goyang je. aku berhentikan kete, tengok2 tayar belakang tu pancit. Adoi lah. Tapi dek sebabkan aku ni isteri orang offshore, aku maitain cun aje la. Nak sedih buat apa. Nak marah buat apa kan. Walaupun hati aku bengang giler. Ye la, bulan ni aje habuan tayar dah beratus2. Aku cuba nak tukar sendiri, tapi malangnya kederat aku ni tak sekuat perasaan dan semangat aku. Sekali lagi abah jadi penyelamat.

Sebelum trip ni, hari yang hubby nak balik darat, tayar kete belah belakang pancit. Dah la petang tu nak jemput hubby kat airport. Bila hubby balik, dia tukar keempat2 biji tayar kete. Bila balik kampung, hubby terlanggar lubang, tayar kete tu pecah. Selamat ler tayar yang umurnya baru je seminggu tu. hihihi.

Semalam pulak, suis kipas kat umah tu rosak. Again. Jadik time hubby kat offshore. Aku gelak aje la time ni. Eh, ada tak kawan2 yang ceritanya serupa dgn aku? Cepatlah masa berlalu. Cepat la hubby balik. Rasa pendek sangat kami spend masa sama2. Banyak sangat xtvt menjadikan masa dok umah tiga beranak jadi kurang.
oklah, nak kuar cari suis lampu kat area Kota Kemuning. Anybody kat kota kemuning? moh ler kita lunch together2...

Thursday, December 4, 2008

Sharing is caring...

Cerita dibawah ada cerita seorang teman. Dan, aku telah berjanji utk merahsiakan siapakah dia, di manakah lokasinya.


Si B, menceritakan kepada aku tentang perasaan kurang enak yang dia alami apabila berjauhan dgn suami. Suami si B ni baru sahaja mula bertugas di sebuah negeri. Jadiknya, kawan aku ni menggalas jawatan "akulah ibu, akulah bapa" sepanjang suaminya bertugas di daerah lain itu. Bagaimana dia terpaksa bergegas menghantar dan mengambil anak, menguruskan hal ehwal rumah, dan rasa tidak puas hatinya mula menghantui diri bila si suami yang bertugas di luar daerah itu masih boleh keluar menonton wayang bersama teman2nya.

Lebih kurang gini pendapat yang aku beri pada teman ku itu

" Dear B,

hihihihi. Jeles tu tandanya sayang kan? Perasaan tu normal. Tambahan pulak bila dah hidup berjauhan. yang pasti, ko bukan akan berjauhan dgn hubby ko sebulan atau dua, tapi selagi dia bekerja di sana. Nak jadi ibu, and in the same time nak kena jadi bapa, memang memenatkan. Mana nak siapkan barang2 nak hantar ke rumah pengasuh, atau nak siapkan barang sekolah anak, baju sekolah nak kena gosok, kasi anak breakfast, nak buat susu anak, pas tu hantar anak, pas tu pergi keje. Ada masa, bila sampai opis kita rasa kita ni dah macam sadin lunyai. hahahahah. Itu tak termasuk lagi nak kena kemas umah, mop lantai, vacum umah, basuh baju yada..yada... lagi la penat. Dah la kat opis keja banyak. Maunya tak melepek bila balik, betul tak? tapi jangan fikir2 sangat. Jangan susahkan hati ko dengan hasutan syaitan. Kita terima aje semua tu as ibadah. Pas tu happy2kan diri. Enjoiiiii. kalau ikutkan penat, aku ni rasa cam nak pengsan jek.

Ko doa aje banyak2 supaya tak de perkara buruk terjadi. Kalau suami ko kat sana tu niat dia nak bekerja, biar dia bekerja. Setkan dalam fikiran ko tu, yang dia pergi bekerja. Ko tak yah berat2kan kepala nak fikir. Syaitan ni suka la jadi batu api, buat kita susah hati. :)

But, in the same time, u must have a two way communication between u and ur hubby. Sharelah kepenatan ko tu dgn dia. Walaupun dia tak dapat tolong, at least dia leh la mengerti akan kepenatan yang ko alami.


regards,
aku yang comel. (aci tulih gitu? aku tambah aje daaaa)

Seriously, memang tak senang bila kena handle semuanya sendiri. Macam aku, time hubby ke offshore merupakan satu keadaan yang sukar. Mana taknya, bateri kete kong, paip bocor, anak demam, semuanya berlaku time hubby tak ada. Ada masanya, Hadif buat kerenah. Banyak ragam. Masa tu, air mata memang jadi teman. Tapi, aku bahagia melakukan semua amanah yang tergalas dibahu. Ada masa, waktu nak menghadapi peperiksaan, aku nak baca buku, hadif nak itu..nak ini. konflik sungguh. Time tu la dia nak makan, nak minum susu, nak suh peluk sebab dia nak tido. But, I have this as reminder " Love is nothing to do with what u expecting to get, it's what u are expecting to give..which is everything."

saya bukan superwomen or ultimate mother. I am learning everyday and making mistakes every moments. My life takdelah extraordinary sangat. I think common macam other household aje. But, will try to minimize things to break the routine. Still kena buat kerja2 rumah, but dalam sebulan tu, i get a cleaning lady to come to our house. She will vacum, mop, cuci tandas, lap2 habuk, lap tingkap. So, see..kena kuar duit sikitlah in order to get some quality lifesyle kot. hihihi. Dan, paling penting, bila hubby balik, he will help me. A lot. Do a laundry, cuci pinggan, sometimes bersila che abang tu lipat kain. p/s: thanks yang!


pose istimewa dari Hadif & Mama..peewit

soksek:
sharing is caring

Monday, December 1, 2008

Sweet Memory yang masam

Hari sabtu lepas, kami sekeluarga ke Bird Park, KL. Saje bawak hadif berkenalan dgn burung2 sebab dia berlakon sebagai burung masa little ihtifal tempohari. Sampai lenguh2 cik abang tu kena dera berjalan dalam taman burung tu. Last sekali, dia merengek suh babah dia dukung. Banyak handsome muka dia ek, dia ingat dia baby lagi kot, nak berdukung. 20 kg, sengal pinggang babah dia.

Masa nak keluar, dia siap paw mama dia kepala parrot. Lapan belas hengget tu. Sabor aje la anak...pujuk beli yang lain pun tak mo, nak yang itu jugak..


tengoklah, dgn bangganya berpossing dgn kepala parrot.


Sebelum nak citer kenapa entry ni dinamakan sweet memory yang masam, mari kita tengok sikit gambar2 yang ada. Yang lain insyaallah akan diupload dalam fotopages mama yek.



citer yang masamnya pulak plan asal kami nak bawak hadif tengok teater kat ASWARA, titlenya: Bila zoo di tutup. Sebelum tu pergi isi minyak. Pas tu hubby lalu kat dataran merdeka, tiba2 kete punya power stering dah ilang kuasanya. Rupanya salah satu hosenya pecah. huhuhu. takut nak drive balik shah alam, takut penyakit lain pulak yang tiba. Maklum saje la kete kan, kalau ada penyakit, penyakitnya berjangkit2! Mujurlah masa kami dok kat stesen minyak depan HKL tu, ada sorang adik dgn wife dia berhenti kat situ, datang tolong2. Mulia sungguh hati adik tu, siap berminyak2 baju dia tau. Jarang ada budak2 muda yang baik hati gitu. kebanyakkannya, lalu dan pandang saje. Apa pun, kami selamat sampai umah pukul 12 tgh malam okeh. Tak kisahlah tak dapat tengok teater tu, dan tak kisahlah hose tu pecah. Janji kami dah spent quality time bersama2 hari tu. Cumanya, dok mengisahkan kete tu, lebih kurang 3 jam okeh. sampai masam2 badan ni. Tu la sebabnya entry kali ni diberi nama sweet memory yg masam. :P

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!