Monday, December 1, 2008

Sweet Memory yang masam

Hari sabtu lepas, kami sekeluarga ke Bird Park, KL. Saje bawak hadif berkenalan dgn burung2 sebab dia berlakon sebagai burung masa little ihtifal tempohari. Sampai lenguh2 cik abang tu kena dera berjalan dalam taman burung tu. Last sekali, dia merengek suh babah dia dukung. Banyak handsome muka dia ek, dia ingat dia baby lagi kot, nak berdukung. 20 kg, sengal pinggang babah dia.

Masa nak keluar, dia siap paw mama dia kepala parrot. Lapan belas hengget tu. Sabor aje la anak...pujuk beli yang lain pun tak mo, nak yang itu jugak..


tengoklah, dgn bangganya berpossing dgn kepala parrot.


Sebelum nak citer kenapa entry ni dinamakan sweet memory yang masam, mari kita tengok sikit gambar2 yang ada. Yang lain insyaallah akan diupload dalam fotopages mama yek.



citer yang masamnya pulak plan asal kami nak bawak hadif tengok teater kat ASWARA, titlenya: Bila zoo di tutup. Sebelum tu pergi isi minyak. Pas tu hubby lalu kat dataran merdeka, tiba2 kete punya power stering dah ilang kuasanya. Rupanya salah satu hosenya pecah. huhuhu. takut nak drive balik shah alam, takut penyakit lain pulak yang tiba. Maklum saje la kete kan, kalau ada penyakit, penyakitnya berjangkit2! Mujurlah masa kami dok kat stesen minyak depan HKL tu, ada sorang adik dgn wife dia berhenti kat situ, datang tolong2. Mulia sungguh hati adik tu, siap berminyak2 baju dia tau. Jarang ada budak2 muda yang baik hati gitu. kebanyakkannya, lalu dan pandang saje. Apa pun, kami selamat sampai umah pukul 12 tgh malam okeh. Tak kisahlah tak dapat tengok teater tu, dan tak kisahlah hose tu pecah. Janji kami dah spent quality time bersama2 hari tu. Cumanya, dok mengisahkan kete tu, lebih kurang 3 jam okeh. sampai masam2 badan ni. Tu la sebabnya entry kali ni diberi nama sweet memory yg masam. :P

7 comments:

sya said...

Dalam manis tu ada jugak dugaannya ek

Intanaziela said...

kak sya: tak pe la kak sya..redha aje..hihihi... tapi best jugak, dapat kenal dgn cucu pelakon yg jadi anjang aki tu..baik budaknya...

farah amoi said...

hehhee...kira dpt spend time bersama gak kan
ye la...sapai 12tghmalam tu

mulia sungguh hati anak muda yg tolong tu
kami pon penah alami intan
siap tolong tolak keta lagi
nak belanja minum x mau
nak kasi duit pon x mau
dia just kasi biznes card dia... nak contact balik...card tu dah ilang....camne ntah nak balas budi dak tu...

mc ta said...

apasal tak tembak gambar budak tuh masuk dlm nih. Nak gak tgk muka mudak yg baik hati tuh. mmm..zaman skrg..susah dah nak cari org cam tuh. Dah makin pupus..sepupus dinasour..he..he..

Sue@MamaMaryam said...

syoknya hadif p taman burung... seronokkan dpt jalan2 ngan family...

Intanaziela said...

farah: betul tu, sukar sekali nak jumpa orang muda yang baik hati macam tu...

mc ta: masa tu darurat, tak terfikir nak amik gambo hihihi...

sue@mamamaryam: seronok walaupun penat..:P

aNIe said...

Intan...alhamdulillah ada yang tolong...dulu masa kreta akak rosak tepi jalan bebudak motor dok gelakkan kami...tak baik betul tau...

Taman burung tu memang best...berapa harga nak masuk sekarang...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!