Thursday, December 18, 2008

tipon buat hadif

This morning, while I am driving heading to office, kat sinar fm main lagi Billie Jane. Terus cakap tipon, dial hubby kat offshore. Dia suka lagu ni. Kalau dalam kete tu, bila dengar lagu Billie Jane ni, dia nyanyi cam kat karaoke. Aci gitu?

Dah seminggu rupanya dia kat offshore. Patutlah dah mula rasa rindu. ei..gatal ek? tapi normal la kan, rindu pada hubby. Hubby cakap bila la dapat nak bercuti berdua2an kami nih. tunggu hadif masuk sekolah kot. Bila dia tanya aku, nak pi mana, aku cakap London. Lagi la boring che abang tu. Nak yang jauh je. Dia kata pi la Thailand ka, Indon ka..ni terus nak gi London. Ye la, dgn Airasia, everybody can fly eh? Projek tahun depan la kot kalau nak pi cuti jauh2 ni. Tahun ni kena settlekan dulu melengkapkan kelengkapan istana kami tu (sila baca rumah ku syurga ku). auto gate tak pasang lagi, alarm system pun tak buh lagi. masih banyak nak kena spend. Matilah. kekekekekek

Hajatnya nak jalan berdua together2. Tapi bila tiba masa, believe me, mesti bertiga jugak. Hari tu time aku kursus kat KL, dah siap bayar dah hotel online, nak pi berdua, nak tinggalkan hadif dgn opah dia. Tapinya, tak sampai hati, balik jugak tido kat umah. Membazir jek bayar duit hotel. Nak pi Penang hari tu pun, plannya nak ber'honeymoon' tapi tetap jugak kelek hadif. Mana boleh tinggal che abang kecik tu. Kalau tak de dia cam rasa tak bermaya jek. Tapi kalau ada, mula la berperang sokmo. hiks

Hari ni dapat handphone yang aku order kat hubby kak shilla. LG phone. Untuk sape yek? utk budak yang asyik cakap "tapi, hadif tak de handphone!" bila babah dia nak pi keje, pujuk dia kata nanti babah call dari offshore. So, harap2 lepas ni dia tak de la cakap gitu. sedih dengornye. Ada satu hari tu, dia main handphone mak lang dia, mak lang dia bising. Dia cakap gini "nanti hadif nak suruh mama beli handphone utk hadif la". Aiyo anak...umur baru 4 tahun. Mama dia ni dulu, umur 17 tahun baru kenal erti handphone. Lepas ni senang sikit nak tanya khabar dia time aku kat opis. Tentu ada yang kata, anak kecik lagi dah bagi handphone. Ala basic phone aje. Reganya pun tak mahal mana, janji hadif happy dan senang dia nak terima call dari babah dia. Aiyak, lepas ni babah dah tak dapat cakap dgn mama lagi la...?

oklah, nak pi solat dulu. till then..

2 comments:

PuteriSatu said...

mama dif...dah lama tak update gambar rumahku syurga ku itu kan....teringin nak tengok...

Intanaziela said...

puteri satu: akak, sebenarnya malu nak tepek, takut orang kata riak pulak, tapi akak punya pasal nanti intan tepek yek..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!