Thursday, December 31, 2009

Deco..deco..deco..

Semalam dapat sms dari shikin, kawan serumah semasa di UiTM Manjung, minta saya kongsikan deco rumah yang terkini. Rasanya ikin..rumah kak intan tak de deco yang terbaru pun..kalau ada pun sikit sangat, masih lagi tengah cari idea nak mencantikkan rumah, bak kata orang..pelan-pelan kayuh..hahah.

so, kak intan share kan sedikit gambar yang sempat diambil menggunakan kamera telefon. Untuk bahagian atas terlupa nak ambil..nantilah ye, insyaallah bila kak intan ingat kak intan ambil gambar yang ikin minta.

Shikin ni baru pindah rumah baru di Ipoh. Cantik rumahnya, saya dapat lihat melalui gambar yang ikin hantar pada saya. Tahniah ikin, dapat masuk rumah baru..mari deco..deco..deco... :)

Dulu kat tempat lukisan tu letak jam, tapi dah di alihkan ke sebelah.. :)

ruang tamu ni kami cabut satu rak, letak ayat seribu dinnar. Hubby jemu, so tukar2 sikit

Dulu wall deco sikit sangatkan..so letak satu lukisan yang dibeli semasa kami ke Indonesia. Saya sangat sayang lukisan ni. Gambar dah terdelete..hihihi malam nanti la letak balik..

Bunga kat sudut tu dah tukar bunga lain tapi masih lagi konsep yang sama seperti dulu..


Lukisan dah tukar jadi cermin...taddaaa...thanks Mr. Hubby..
Consul table yang dah dialih ke tengah..tak lama lagi alih keluar ler jawabnya..saya tak suka barang banyak2 kat rumah...tapi nak buang rasa sayang pulak...hihihi

kat sebelah lampu tu saya lekat stiker..huhuhu nanti nak kena remove..hubby tak soka...hahhahah


itu je la gambar buat masa ni...nanti kalau ada lagi akan di up date ye kin.. daaaa

Shah Alam-Senawang-Kuala Pilah-PD-Shah Alam

Lamanya tak update blog. Sibuk memanjang. Selain dari sibuk, faktor kesihatan yang selalu terganggu membataskan aktiviti memblog ini.

Last weekend kami ke Kuala Pilah, menghadiri majlis perkahwinan Ashafiza atau yang hadif panggil Ibu; kawan saya semasa di sekolah SMDAS, Tg. Ipoh, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, Asha selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Rizal. Semoga rumahtangga yang dibina berlandaskan cinta membawa kebahagiaan hingga ke akhir nyawa. Meleleh air mata saya melihat sahabat saya bersanding di atas perlamin.






Semasa di Negeri Sembilan kami menginap di Spanish Villa, Senawang. Maklang Hadif dari Melaka juga turut serta dalam kembara ke Kuala Pilah. Mengimbau kenangan semasa saya bersekolah Menengah. Apabila melalui jalan-jalan dan kampung-kampung yang pernah saya jejaki mengikut kawan-kawan balik semasa cuti hujung minggu membuatkan saya tersenyum dan bertanya sendiri " manalah agaknya kawan-kawan yang suatu masa dahulu pernah memanjang pokok rambutan bersama-sama?"

Harus ada gambar orang pangkal...bak kata orang Negeri Sembilan.. :)




Sempat juga bertemu Zahrah, Shidi dan Irwan di kenduri Asha. Saiz badan masing-masing tak usah cerita lah, agaknya zaman sekolah nak makan pun susah, jadi masing-masing slim saje..bila dah bekerja, dan berkeluarga, masing-masing "BERTUKAR...." apapun sangat happy bila dapat berjumpa setelah berbelas-belas tahun tak berjumpa.


Balik dari kenduri Asha kami ke Port Dickson. Babah dan Hadif sempat singgah di Teluk kemang beli seluar nak mandi laut dan Hadif kononnya nak main pasir di pantai. Sampai sahaja di Mayang Sari Resort hujan turun membantutkan hasrat anak beranak nak mandi laut. Jadinya masa terluang dipenuhi dengan aktiviti bergambar. Saya berangan nak ambil gambar pre-Anniversary ke 7 kami di gigi air...sambil berpegangan tangan, oleh kerana hujan, ambil aje la gambar di atas daratan. Hubby dgn seluar bermudanya..hikhikhik..layan...

Penarik Becha...hahahah senget beca jadiknya..akkaka




Tuesday, December 22, 2009

Kenduri kawin sana sini

Lama tak menulis. Sampai hubby pun komplen kata saya malas update blog. Cerita sebenarnya berbunyi begini " intan adalah tidak sihat " hahahhaha. Semenjak dua menjak saya selalu dilanda sakit kepala. Risau juga, maklumlah bila dah masuk usia 30-an ini, pelbagai penyakit selalu nak menjengah. Insyaallah esok nak pi jumpa doktor kat SMC. Harap2nya tak de yang seriuslah. Sehingga entri ini ditulis, saya sudah batuk, selsema dan sakit tekak beserta sakit kepala. Harap-harap penyakit2 yang ada ini akan segera pergi sebelum subuh..hihihi.

Bulan 12 merupakan bulan menghadiri kenduri kawin. Saya, Hadif dan mak abah ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan adik kak Shilla. Comel lote pengantin perempuannya. :)




sampai2 pengantin dah potong kek..huhuhu

anak angkat auntie azila yang sungguh tekun makan kek..tapi bila suruh possing tetap possing...

Last weekend pula saya menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah Rendah. Izam Shafinaz dan pasangannya. Saya pergi dgn Hadif dan opah Hadif kerana babah Hadif masih di offshore. Hujan dari pagi sampai lah waktu Izam bersanding. Ramai juga saya jumpa kawan-kawan zaman persekolahan. Semuanya dah berubah. Kalau dulu slim, sekarang dah tak slim (saya la tu..kekeek) cumanya tak dapat bersembang panjang kerana hujan lebat yang turun. Saya tak boleh nak tunggu lama. Kalau saya datang seorang tu lain ceritalah. Ini datang bersama mak dan anak bujang saya. Kena hujan sikit Hadif dah bising baju dia basahlah..hai anak..cerewet sungguh. hahhaa.

Ijan dan hubby. Cantik ijan..tak sangka, setelah 18 tahun tak jumpa..akhirnya dapat juga kami berjumpa walaupun cuma sekejap.. :)

Gambar-gambar perkahwinan Izam (tak banyak pun...hujan la katakan..) akan saya upload malam nanti jika berkesempatan. Dah dua malam bila naik je atas katil terus lelap sampai pagi. Letih dan tak sihat bergabung tenaga membataskan keinginan saya nak upload gambar. Dan dah 2 malam juga tak ber skype dengan hubby. Sorry sayang, tak larat sungguh. Sudahlah bila telefon hubby di pelantar tu tak ada jawapan..ada masalah teknikal la tu. Mujurlah dalam situasi begini saya ada seorang "pengawal peribadi" yang sentiasa sedia membantu. Siapa lagi kalau bukan Hadif Khawarizmi kesayangan saya tu. Bila melihat mama dia terbaring di atas katil, laju je dia datang dekat "biar saya picitkan mama ye.." sambil tu tolong bebel2kan saya siap pasal saya selalu sakit kepala...

Dan buku-buku ini adalah aktiviti terkini. Beli buku latihan untuk hadif buat bersama-sama maklang dia, sehari maklang dia suruh dia buat sampai 57 muka surat. Cukup tiga hari selesai satu buku penangan teacher maklang. hahahahha. Dan ada buku untuk santapan rohani saya..hihihihii.


Setakat ini dulu, jadilah dari tak de cerita kan.. :P insyaallah minggu ini ke Kuala Pilah pula. Kenduri kawin Ashafiza, yang Hadif panggil Ibu...nanti saya letak gambar pengantin Asha pulak.

Thursday, December 10, 2009

Uniknya Singapura: Hari Ketiga

Hahahaha. Masih belum habis cerita Singapura. Lambat update sebab ada beberapa perkara nak kena settle. Selain dari banyak kerja nak kena buat selepas bercuti panjang, saudara mara dari Pahang datang transit di rumah saya kerana mereka hendak bercuti ke Langkawi. Ada dua bibik ditinggalkan di rumah. Hujung minggu merupakan minggu yang sangat sibuk buat diri saya. Saya ke Tesco membeli barang dapur, bawa sekali dua orang bibik. Geli hati bila ada mata yang memandang kehairanan, ye la sampai dua orang bibik. Kejap2 bibik ni, kejap bibik tu... bajet jadi orang kaya kejap pakai dua bibik. Bibik mak cik dan mak usu saya ni cekap orangnya. Tak perlu nak diberi arahan bagai (tambahan saya tak biasa berbibik, jadi tak reti nak suruh buat2 kerja nih, lagi pun bukan saya yang bayar gaji dia kan... :P ) Bila saya naik ke atas mandi, turun bawah tengok semua dah siap, dengan bahan2 untuk masak pun dah sedia padahal saya cuma kata apa yang nak saya masak. Bila cakap dgn hubby tentang seronoknya ada bibik..dia kata "amboi...amboi..amboi..." hahahhaha.

Dari luar nampak luas dan besar, bila masuk ternyata kecil sahaja muzium Singapura ini

Kalau tak singgah muzium, memanglah bukan hubby saya yang mencintai sejarah.. :)

Ini cerita hari ketiga iaitu hari terakhir di Singapura. Bermula dengan sarapan pagi di kedai mamak, kami ambil bas ke Muzium Nasional Singapura. Kecanggihan teknologi Singapura memang dapat dilihat apabila masuk sahaja ke dalam, kita akan dibekalkan dengan alat bantuan mendengar. Dari apa yang saya baca dan dengar, rasanya sejarah Singapura sangat berbeza dgn penceritaan yang diceritakan oleh alat pandang dengar. Terasa betapa betuahnya menjadi warga Malaysia yang kaya dengan nilai sejarah dan masih lagi ada ketuanan Melayu, kerana di Singapura rasanya hak-hak Melayu sudah lama tidak ada.

Selesai melawat muzium, kami ambil bas untuk ke Lapangan terbang Changi. Kalau selalu menaiki MRT, kali ini dengan menaiki bas terasa luas pemandangan. Menyusuri Orchad Rd yang panjang, melihat suasana yang mungkin sedikit berbeza dengan negara sendiri dan melihat ragam rakyat Singapura yang kebanyakkannya menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak membuatkan saya sedikit teruja. Bayangkan kami anak beranak sampai ke airport hanya dengan menaiki satu bas sahaja. Cuba bayangkan kalau di Shah Alam, kami nak pi airport naik bas? haahahha, ye la negara dia kecik negara kita besar, betul tak?

Sampai di airport perut sudah berbunyi minta diisi. Kami daftar masuk, dan selepas itu terus ke Terminal 1 untuk makan. Sempat singgah beli 2 helai T-shirt untuk Hadif. Memang ke mana sahaja destinasi kami pergi, untuk Hadif biasanya adalah T-shirt, untuk babah sebiji mug dan mama dah tentu dengan magnet peti ais. Untuk keluarga dan teman rapat adalah sedikit key chain dan FM untuk cenderahati.
bergambar begini pun kena sound. tapi tak boleh nak marahlah, kalau itu mmg dah kerja dia, cumanya kenalah bersopan santun sikit bila bercakap, ini tidak, sombong semacam.


Kami daftar masuk awal, jadi sementara menunggu sempat melayari internet dari PC yang disediakan. Sempat berpossing-possing dengan babah hadif dan hadif. Tengah syok layan kamera, datang pengawai imegrisen yang menyuruh saya padamkan gambar2 yang saya ambil. Dia kata saya ambil gambar kawasan keselamatan negara dia. Aje yang gila. Saya cuma ambil gambar hadif. Bila saya tunjukkan gambar-gambar yang saya ambil baru dia diam dan terus pergi. Kerek betul sikap dan perlakuan. Hangin juga saya, tetapi kembali sejuk bila suami menenangkan saya. Bukan main sombong cara percakapannya, macam lah tak boleh cakap elok-elok. Seperti tidak menghormati orang lain sahaja. Tapi itulah manusia kan, bila ada kuasa sedikit, mula la lupa diri. Tak pe, kalau dia datang Malaysia, terjumpa dengan saya, saya akan pamerkan sikap ramah mesra sebagai rakyat Malaysia. hahahahah.

Selamat sampai di airport lebih kurang pukul 5.30 petang. Terasa lapang sekali fikiran apabila dapat bernafas di tanahair sendiri. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri...saya tetap pilih negara sendiri.

Terima kasih kepada hubby tercinta kerana bawa saya dan Hadif bercuti ke Singapura (mengimbau kenangan saya merajuk semasa hubby di Singapura menghadiri conference..hihihihi). Menurut kata hubby, selepas ini nak menabung nak bawa anak isteri menunaikan umrah pula...semoga Allah limpahkan rezeki atas niat baik hubby; niat yang baik pasti akan dikabulkan Allah... tapikan, kalau dah dasar seorang yang suka berjalan...dua hari selepas balik dari Singapura, hubby dah tanya saya "pergi Puket nak?" hahahah. Gelak besar saya.

Wednesday, December 9, 2009

Uniknya Singapura: Hari Kedua

Sambung cerita Singapura. Sebelum beralih cerita hari kedua, nak kongsi cerita tentang saya dan hadif kena tinggal dek babah di Singapura. Semasa sampai di stesen MRT tu, saya melayan kerenah anak bujang yang jalannya sangat la lambat. Babah Hadif pulak bukan main laju je jalan menuju ke dalam trem. Elok2 sahaja babah masuk ke dalam, pintu trem pun tertutup. Tinggallah saya dan Hadif terpinga2. Masa tu, Hadif punya la bising, marahkan babah dia yang dah tinggalkan kami ni. Mujurlah komunikasi tidak menjadi masalah. Saya disapa oleh seorang lelaki berbangsa India yang bertanyakan kami hendak ke mana. Masa tu saya hanya ingat nama hotel yang ingin dituju. Segalah dokumen penting seperti pasport dan yang lain2 ada bersama2 dengan hubby. Kelakar melihat telatah Hadif yang sungguh stress bila ditinggalkan babah.. hahahha. Tiba di stesen berikutnya hubby dah menanti kami. Walaupun hanya terpisah untuk beberapa minit, sebenarnya perasaan risau itu sentiasa ada. Satu pengajaran untuk kami. Untuk Hadif, sila la berjalan dengan pantas. Untuk Mama; kena ingatkan hadif supaya berjalan dengan laju. Tetapi bagaimana pula, tenaga dan kecergasan setiap orang itu bukankah berbeza? hahaha Dan untuk babah; kenalah selalu memastikan anak dan isteri sentiasa ada semasa memasuki trem. Ternyata Hadif benar2 mengambil ikhtibar dari insiden itu. Selepas itu, asal mahu menaiki MRT sahaja, dia akan memanggil "babah...cepat..nanti kena tinggal.." hahaha.





possing di Terminal Bas Chua Chu Kang
Kena naik bas no. 927, menghala ke Mandai Lake Road

Ini cerita perjalanan di hari kedua. Destinasi pertama yang kami pilih untuk dikunjungi adalah Zoo Singapura. Kami menaiki MRT dari stesen Dhoby Ghaut dan turun di Stesen Chua Chu Kang. Sampai di Stesen tersebut kami menunggu bas 927 yang akan membawa kami ke Zoo. Sangat mudah dan pantas. Sampai di kauter, hubby beli tiket dan pengembaraan pun bermula. :) Apa yang boleh saya katakan, Zoo Singapura sangat bersih. Para pekerjanya sangat terlatih, dan haiwan-haiwannya pun baik2 dan ramah-ramah. hihihi. Sila jangan percaya yang itu. Haiwannya sama sahaja seperti zoo-zoo yang lain, cuma cara haiwan-haiwan itu ditempatkan sangatlah sistematik dan mesra pengunjung. Haiwan seperti Harimau putih dapat dilihat dari jarak yang dekat.

Bergambar di depan pintu masuk Zoo

Layan gambar-gambar aje la ye. Kami memang keluarga penggemar Zoo. Mana tempat yang kami pergi, kalau ada Zoo, kalau berkesempatan pasti kami akan kunjungi. Nak kenal2kan Hadif dengan haiwan-haiwan. Manalah tau, bila dia dah besar nanti, banyak binatang di zoo dah pupus...err..logik ke alasan gitu? Hadif yang suka tau mama dan babah dia yang suka pergi zoo nih?

Hujan lebat yang turun membuatkan kami terpaksa berteduh di pondok dan selepas itu babah belikan hadif baju hujan. Comel aje Hadif pakai baju hujan, ye la dia tak pernah pakai baju hujan, nampak ada orang pakai, dia pun nak juga. Mama dan babah pula waterproof bak kata kawan mama..hahahha.

Selepas habis tawaf di Zoo (Hadif sempat tidur dalam trem...hahahha) kami naik bas menuju ke Stesen MRT Chua Chu Kang. Turun di stesen Raffles, menapak sedikit ke stesen bas berdekatan dan menunggu bas 75 seperti yang tertera di tunjuk arah di hentian bas tersebut. Sempat bertanya kepada seorang warga Singapura bagaimana mahu ke Singapore Flyer, dan ada seorang kakak yang sangat baik hati membantu. Dengan menaiki bas, dan berjalan kaki sedikit kami sampai ke Singapore Flyers yang dikatakan boleh nampak seluruh Singapura. Hadif yang pada mulanya pucat lesi takut bertukar menjadi ceria. Untuk satu pusingan, masa yang diambil lebih kurang 30 minit. Tambang untuk menaiki Singapore Flyer ini ialah RM72.30 bagi dewasa, RM50.60 bagi kanak-kanak. Bagi pelancong dari Malaysia, ada promotion beli 2 tiket dewasa, percuma tiket kanak-kanak jika kita tunjukkan 2 passport di kaunter tiket.

Santai dalam penerbangan gitu...

Layang gambar-gambar aje la ye...


Rancangan asal hendak ke Pulau Sentosa terpaksa dilupakan memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami tukar rancangan ke Merlion. Rasanya kalau ke Singapura, tidak bergambar di Merlion tidak sah rasanya..hahahha. Kami menapak dari Esplanade, terus berpossing-possing terus Hadif berjaya membuatkan babah belanja makan cheese cake dan minum ice blended di Coffee Bean.


muka happy sebab dapat makan cheese cake kegemaran dia. Pelik sungguh, mak bapak selera melayu, anak pulak kalau nak makan citarasanya sungguh kebaratan..nak mushroom soup la, nak speggetti cabonara la..cheese cake laaa aihhh.. hahahhaha

ni hadif yang snap, goyang dan blur.. mulut dia sibuk cakap "peluk..peluk...kalau tak peluk tak nak amik gambar" hahahaha.

Pemandangan Singapore di waktu malam

Untuk pulang ke hotel, kami perlu menaiki train di stesen Raffles. Pusat perbankkan Singapura saya kira. Disekeliling Stesen MRT terdapat pelbagai jenis bank. Kami turun di stesen MRT Bugis., berhampiran Rochor Rd. sempat singgah di Sim Lim Plaza yang juga terkenal dengan barangan computer atau lebih kurang sama macam Low Yatt di KL. Agak jauh juga berjalan kerana saya minta hubby turun di stesen ini, rasa seram semasa turun di little India semalam membuatkan saya sanggup berjalan jauh asalkan laluan yang kami tempuh ramai manusia....hahahhaha. Dalam pada itu terpaksa mendengar rengekan Hadif yang mahu permainan Mc Donald. Mujurlah makan dipujuk anak itu..kalau tidak, pengsanlah babah mau mencari Restoren Mc Donald di Rochor Road itu.

Sampai sahaja di hotel, mandi dan berehat-rehat. Hanya hubby yang keluar untuk tapau makan malam untuk kami sementara saya dan Hadif berehat sambil menonton Anugerah Skrin. Dok Singapore pun masih tak boleh tinggal rancangan TV Malaysia...hahahhaa. Malangnya Anugerah Skrin sangatlah boring dengan skripnya yang lemah. Eh, kenapa pula ulasan anugerah skrin ada dalam cerita Singapura ini? hahahaha.

Taman cerita hari kedua. Untuk hari terakhir nanti saya tulis lagi. Rasanya banyak info yang lompong dalam cerita saya ni, tunggu hubby edit lagi..hahahah. Sekarang senang sikit, saya tulis, hubby akan baca dan tulis balik apa yang saya tertinggal macam entry sebelum ini. Bising dia kerana saya menggunakan ayat skema..hahaha.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!