Sambung cerita Singapura. Sebelum beralih cerita hari kedua, nak kongsi cerita tentang saya dan hadif kena tinggal dek babah di Singapura. Semasa sampai di stesen MRT tu, saya melayan kerenah anak bujang yang jalannya sangat la lambat. Babah Hadif pulak bukan main laju je jalan menuju ke dalam trem. Elok2 sahaja babah masuk ke dalam, pintu trem pun tertutup. Tinggallah saya dan Hadif terpinga2. Masa tu, Hadif punya la bising, marahkan babah dia yang dah tinggalkan kami ni. Mujurlah komunikasi tidak menjadi masalah. Saya disapa oleh seorang lelaki berbangsa India yang bertanyakan kami hendak ke mana. Masa tu saya hanya ingat nama hotel yang ingin dituju. Segalah dokumen penting seperti pasport dan yang lain2 ada bersama2 dengan hubby. Kelakar melihat telatah Hadif yang sungguh stress bila ditinggalkan babah.. hahahha. Tiba di stesen berikutnya hubby dah menanti kami. Walaupun hanya terpisah untuk beberapa minit, sebenarnya perasaan risau itu sentiasa ada. Satu pengajaran untuk kami. Untuk Hadif, sila la berjalan dengan pantas. Untuk Mama; kena ingatkan hadif supaya berjalan dengan laju. Tetapi bagaimana pula, tenaga dan kecergasan setiap orang itu bukankah berbeza? hahaha Dan untuk babah; kenalah selalu memastikan anak dan isteri sentiasa ada semasa memasuki trem. Ternyata Hadif benar2 mengambil ikhtibar dari insiden itu. Selepas itu, asal mahu menaiki MRT sahaja, dia akan memanggil "babah...cepat..nanti kena tinggal.." hahaha.
possing di Terminal Bas Chua Chu Kang
Kena naik bas no. 927, menghala ke Mandai Lake Road
Ini cerita perjalanan di hari kedua. Destinasi pertama yang kami pilih untuk dikunjungi adalah Zoo Singapura. Kami menaiki MRT dari stesen Dhoby Ghaut dan turun di Stesen Chua Chu Kang. Sampai di Stesen tersebut kami menunggu bas 927 yang akan membawa kami ke Zoo. Sangat mudah dan pantas. Sampai di kauter, hubby beli tiket dan pengembaraan pun bermula. :) Apa yang boleh saya katakan, Zoo Singapura sangat bersih. Para pekerjanya sangat terlatih, dan haiwan-haiwannya pun baik2 dan ramah-ramah. hihihi. Sila jangan percaya yang itu. Haiwannya sama sahaja seperti zoo-zoo yang lain, cuma cara haiwan-haiwan itu ditempatkan sangatlah sistematik dan mesra pengunjung. Haiwan seperti Harimau putih dapat dilihat dari jarak yang dekat.
Bergambar di depan pintu masuk Zoo
Layan gambar-gambar aje la ye. Kami memang keluarga penggemar Zoo. Mana tempat yang kami pergi, kalau ada Zoo, kalau berkesempatan pasti kami akan kunjungi. Nak kenal2kan Hadif dengan haiwan-haiwan. Manalah tau, bila dia dah besar nanti, banyak binatang di zoo dah pupus...err..logik ke alasan gitu? Hadif yang suka tau mama dan babah dia yang suka pergi zoo nih?
Hujan lebat yang turun membuatkan kami terpaksa berteduh di pondok dan selepas itu babah belikan hadif baju hujan. Comel aje Hadif pakai baju hujan, ye la dia tak pernah pakai baju hujan, nampak ada orang pakai, dia pun nak juga. Mama dan babah pula waterproof bak kata kawan mama..hahahha.
Selepas habis tawaf di Zoo (Hadif sempat tidur dalam trem...hahahha) kami naik bas menuju ke Stesen MRT Chua Chu Kang. Turun di stesen Raffles, menapak sedikit ke stesen bas berdekatan dan menunggu bas 75 seperti yang tertera di tunjuk arah di hentian bas tersebut. Sempat bertanya kepada seorang warga Singapura bagaimana mahu ke Singapore Flyer, dan ada seorang kakak yang sangat baik hati membantu. Dengan menaiki bas, dan berjalan kaki sedikit kami sampai ke Singapore Flyers yang dikatakan boleh nampak seluruh Singapura. Hadif yang pada mulanya pucat lesi takut bertukar menjadi ceria. Untuk satu pusingan, masa yang diambil lebih kurang 30 minit. Tambang untuk menaiki Singapore Flyer ini ialah RM72.30 bagi dewasa, RM50.60 bagi kanak-kanak. Bagi pelancong dari Malaysia, ada promotion beli 2 tiket dewasa, percuma tiket kanak-kanak jika kita tunjukkan 2 passport di kaunter tiket.
Santai dalam penerbangan gitu...
Layang gambar-gambar aje la ye...
Rancangan asal hendak ke Pulau Sentosa terpaksa dilupakan memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami tukar rancangan ke Merlion. Rasanya kalau ke Singapura, tidak bergambar di Merlion tidak sah rasanya..hahahha. Kami menapak dari Esplanade, terus berpossing-possing terus Hadif berjaya membuatkan babah belanja makan cheese cake dan minum ice blended di Coffee Bean.
muka happy sebab dapat makan cheese cake kegemaran dia. Pelik sungguh, mak bapak selera melayu, anak pulak kalau nak makan citarasanya sungguh kebaratan..nak mushroom soup la, nak speggetti cabonara la..cheese cake laaa aihhh.. hahahhaha
ni hadif yang snap, goyang dan blur.. mulut dia sibuk cakap "peluk..peluk...kalau tak peluk tak nak amik gambar" hahahaha.
Pemandangan Singapore di waktu malam
Untuk pulang ke hotel, kami perlu menaiki train di stesen Raffles. Pusat perbankkan Singapura saya kira. Disekeliling Stesen MRT terdapat pelbagai jenis bank. Kami turun di stesen MRT Bugis., berhampiran Rochor Rd. sempat singgah di Sim Lim Plaza yang juga terkenal dengan barangan computer atau lebih kurang sama macam Low Yatt di KL. Agak jauh juga berjalan kerana saya minta hubby turun di stesen ini, rasa seram semasa turun di little India semalam membuatkan saya sanggup berjalan jauh asalkan laluan yang kami tempuh ramai manusia....hahahhaha. Dalam pada itu terpaksa mendengar rengekan Hadif yang mahu permainan Mc Donald. Mujurlah makan dipujuk anak itu..kalau tidak, pengsanlah babah mau mencari Restoren Mc Donald di Rochor Road itu.
Sampai sahaja di hotel, mandi dan berehat-rehat. Hanya hubby yang keluar untuk tapau makan malam untuk kami sementara saya dan Hadif berehat sambil menonton Anugerah Skrin. Dok Singapore pun masih tak boleh tinggal rancangan TV Malaysia...hahahhaa. Malangnya Anugerah Skrin sangatlah boring dengan skripnya yang lemah. Eh, kenapa pula ulasan anugerah skrin ada dalam cerita Singapura ini? hahahaha.
Taman cerita hari kedua. Untuk hari terakhir nanti saya tulis lagi. Rasanya banyak info yang lompong dalam cerita saya ni, tunggu hubby edit lagi..hahahah. Sekarang senang sikit, saya tulis, hubby akan baca dan tulis balik apa yang saya tertinggal macam entry sebelum ini. Bising dia kerana saya menggunakan ayat skema..hahaha.