Thursday, May 27, 2010

Saya minta maaf...

Semalam saya dan hubby dok memberi nasihat kepada anak bujang nan seorang itu. Maklum sahaja lah anak lelaki, banyak main dari serius. Berselang seli nasihat yang keluar dari mulut saya dan hubby. Sampai keluar cerita zaman kesusahan dan zaman kepayahan hidup mama dan babah dia masa kecil-kecil. Sengih saya bila teringat hubby bercerita tentang kisah dia hanya berbelanja RM0.30 sehari semasa darjah satu. Hadif? pergi sekolah agama bawak duit berdeting-deting bunyi syiling, tetapi bila ditanya apa yang dia beli, jawapannya adalah tak tahu.

Saya ingat lagi bila saya bagitahu bagaimana jika tidak menjadi orang yang berilmu, bukan sahaja orang tidak suka, tetapi hidup akan susah kerana zaman sekarang semuanya memerlukan ilmu. Masa itu anak bujang saya hanya mengangguk-anggukkan kepala, dan mata pun macam nak jatuh. hehehehhe. Sempat juga saya tersengih memandang hubby. Kami gunakan pendekatan nasihat, langsung tak ada unsur-unsur marah. Lepas habis tazkirah hubby bersiap dan bertolak balik ke Kerteh.

Saya naik ke bilik tidur dan masa itu saya lihat Hadif melayan perasaannya di atas katil. "Hadif nak tidur kat tilam Hadif ke atau Hadif nak tidur dengan Mama?" "Dengan Mamalah" Laju sahaja dia menjawab. Dia naik ke atas katil dan terus selubung dengan selimut. Mama dia ni pun naik hairanlah sebab anak dia bukannya jenis tidur berselimut walaupun dah tidur dengan aircond dari umur dia 8 bulan kalau tak salah. Saya tengok badan dia terhinggut-hinggut terus saya selak selimut dia. "Eh, kenapa Hadif menangis ni?" Panik saya bila tengok dia menangis teresak-esak tetapi tak berbunyi. Jenuh pujuk dia suruh bagitahu. "Babah...huaaaa" la, pulak. Dah lama dah tak buat perangai dok menangis bila babah nak balik kerja, mama pun jadi sentimental jadinya.

Saya call hubby dan suruh dia bercakap dengan anak. Tapi Hadif tak mahu bercakap, nangis je tak berhenti. Bila saya tanya rupanya dia sedih pasal babah dia marah dia. Maklum sahaja lah, selalu yang kuat berleter dan marah dia mama dia ni, sampai dia dah lali. Dah tak heran..hahahah.

Lepas dia dah cool sikit, saya cakap dengan dia "Hadif, mama minta maaf ye kalau apa yang mama dan babah cakap tadi buat Hadif sedih, tapi mama dan babah nak nasihatkan Hadif aje, bukannya kami marah hadif, kalau hadif salah, mama dan babah kenalah betulkan, itu tandanya kami sayangkan hadif" masa tu air mata saya dah menitik-nitik okeh. Mak memang emo sikit..hahahah. Sekali Hadif sudah datang peluk saya sambil menangis terisak-isak"saya minta maaf mama"...aduh..sudah jadi drama sebabak pula kami dua beranak. Saya peluk dia sampai dia tertidur.

Dah pandai berasa hati anak mama yang seorang ini. Dah pandai beremosi. Alhamdulillah. Semoga nasihat yang telah kami suami isteri berikan mampu menyentuh hati Hadif. Semoga Hadif dapat suntikan semangat dari cerita babah. Saya pun jadi sedih bila hubby cakap begini "Hadif, babah kerja kuat untuk Hadif. Babah cari duit nak bayar fees sekolah Q-Dees Hadif. Babah kena memandu 400 km untuk pergi kerja, lepas tu babah kena naik choper lagi 200 km. Jauhkan babah pergi kerja untuk ceri duit? Babah cuma minta Hadif belajar rajin-rajin, itu aje."

Pagi ni bangun pagi mood Hadif dah ok. alhamdulillah. Semoga terus oklah sampai bila-bila. Bukan mudah rupanya bila anak makin membesar. "Hadif belajar rajin-rajin ye, nanti babah balik babah bawa kita naik airplane" senyum aje dia bila saya cakap macam tu. Hai anak.. kita sebagai ibu bapa memang perlukan ilmu untuk mendidik anak. Macam-macam pendekatan yang perlu kita gunakan. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam membesarkan Hadif. Amin.

6 comments:

Su Hana said...

aduh menitik airmata... yelah saya pun dah mula gunakan pendekatan nasihat untuk mendidik maryam :) al-hamdulillah setakat ini maryam boleh terima.. tp dia pun cam hadif.. br 4 thn tp kalau km dok bg ceramah kt dia..tetiba bleh menangis...hehehe kesian plak tgk dia... tp syukur gak kurang2 dia faham apa yg km nasihatkan...

moga hadif jd anak yg soleh.. amin :)

Intanaziela said...

sue: hati halus anak2 kita ni, maknanya dia peka dgn keadaan sekeliling dia...amin atas segala doa sue...amin..

Pn. Ira said...

aigoo..maken admire nh kat along ng abg long..nt nk mintak tips kat along ar nk jage anak..kiki..jauhnye pk...kikiki..klu ade link like kat sini, org da like da long..hehe

Intanaziela said...

ira: gatai la kamu....dah nak kawin ek? dengar2 dalam hati ada taman sekarang? hikhikhik..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Intan kalau Qaisara tak sempat nak membebel dia da cakap "sorry umi" kita pun dah luruh hati dan mesej pun tak sampai..ha.ha
anak..dialah penawar dan dialah racunkan..

Ibu Double Q said...

taknak komen ape2 selain,

" i touching giler u..."

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!