Wednesday, February 8, 2012

Jeles sampai langit ke tujuh

Baca blog Cik Bunga (pinjam dari Nani) rasa jeles sampai tahap langit ke tujuh. Hihihi. Syok la hang pa nak pi guling-guling no... tapi tak pe, kena kuatkan hati dan perasaan, kena yakin yang Allah maha Mengetahui sebaik-baik perancangan, ternyata apa yang direncanakan itu insyaallah paling "Terbaik" buat saya dan keluarga. Tiket kira hangus la, tapi alhamdulillah airport tax boleh claim balik nanti.

Bagi mengubat perasaan tak dapat bersama-sama berguling-guling di Guilin, insyaallah hubby nak bawa kami anak beranak berehat santai di KL. hahahhaah. Percutian standard untuk mak buyong setiap kali mengandung, tetapi kali ni bukan di Impiana dah. Tak pe, janji geng2 GBS guling2 kat China, kami guling2 atas katil. kah kah kah...


gambar ehsan pakcik gugel.


Ichaija yang sekarang ni bukan main la banyak akalnya...


anak bujang yang kalau boleh hari-hari nak makan TCRS. Pengsan mama ko nak..hiks

Dah dekat EDD ni rasa semakin berdebar pula walaupun dah pengalaman kali ketiga. Dah mula susah tidur malam, dah mula rasa kontraksi, dah mula rasa nak bawa badan pun tak larat. Mujurlah Hadif dan Raisa tak banyak kerenahnya, Hadif dah semakin boleh diharap, ada masa duduk-duduk tengok tv tu laju je tangan dia urut kaki mama tak payah di suruh. Syahdu rasa hati.

Cuti panjang kami duduk di rumah aje, babah kerja. Weekend ni nanti abang Hadif ada sekolah ganti, tinggallah mama dgn Raisa yang dok mengemas rumah je tak reti jemu..hiks...

Semalam masa menonton cerita Vanilla Coklat, saya tengok Hadif tersengih-sengih seorang di atas sofa. Saya tegurlah "amboi abang...bukan main lagi yek, " dia gelak-gelak lepas tu tanya "macam tu ke mama dgn babah bercinta?" kah kah kah... adoi...

6 comments:

niL said...

Motippppp! Cik Bungaaaaaaaaaaa!!!

rosmona said...

CHUMELL icha buat muke mcm tu.. kiut sgttt...

pencerita maya said...

wah!!! sampai langit ke-7 tu!!! hehehe.

xpe k.intan, xtvt guling2 bukan rezeki kali ni... mana tau tiba2 nanti Allah nak kasi rezeki lain...

Kuasa Allah siapa yang tahu kan? :)

niL said...

dah dapat dah tuuu...rezeki henpon baru!!!!!!!!!

kita je yg still pakai henpon nan ado 3G...ottoke hanani??

Tihara said...

salam kenal,

jum join segmen di blog saya..mudah je n ada hadiah juga :)

Intanaziela said...

nily: berbunga2 motip dibaju hiks..

rosmona: dia suka sgt buat muka busyukkkk...hahahhaha

pencerita maya: maunya tak jeles...punah harapan nak berbaju tebal..kekekeek

Nily: hp tu sebab hp lama dah nazak..kakakkaka

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!