Monday, February 27, 2012

Red Velvet Cake, Guilin Trip & Pacific Regency Hotel & Suites

Seronokkan ada anak ramai...anak dara especially. Mama tak de la penat nak buat itu ini..hiks.


Antara subjek utama petang pertemuan.

Sepatutnya kami semua dah sama-sama berguling-guling di Guilin, China. 6 hari percutian yang terpaksa hubby dan saya batalkan kerana bimbang kondisi saya yang sekarang ni nak bergerak pun payah. Tak ada rezeki nak bawa Hadif dan Raisa bercuti dia Guilin yang dengar ceritanya tengah musim sejuk, tak ada rezeki kami nak pakai baju tebal-tebal..hahhahaa. Perancangan Allah mengatasi perancangan kami, dan tentunya itulah perancangan yang sebaik-baik direncanakan untuk kami sekeluarga. Tak apalah, walaupun ralat rasa di hati, tetapi demi keselamatan saya dan bayi yang dalam perut ni, kami redha.



Untuk ubat hati yang tak dapat naik kapal terbang ke Guilin, hubby bawa kami anak beranak berehat "gedik santai" di Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur. Duduk kat level 31, Raisa dan Hadif memang teruja. Biarlah tak pergi mana pun, hihihi. Kejenye makan, minum, tengok tv, main game. Mama? berehat sahaja, kalau rasa nak beranak sempat la lari balik Shah Alam.

Lately ni contraction memang kuat. Saya nak bawa badan pun tak berapa larat, tetapi pandang muka anak-anak, saya gagahkan juga. Tambahan bila mengenangkan esok hubby dah naik offshore semula. Tinggal la kami tiga beranak balik...air mata ni mula la nak menitik laju-laju. Bukan apa, kasihankan anak-anak yang memerlukan saya tetapi saya tak dapat beri komitment yang sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan laluan hidup saya, semoga Allah beri saya kesihatan dan boleh bertahan sehingga hubby balik semula ke darat. Risau sungguh jika terpaksa bersalin tanpa hubby di sisi, tetapi kalau itulah takdirnya, siapa lah saya untuk menolak Qada' dan Qadar kan..

Ini cerita perihal anak dara saya Raisa Khadija yang sentiasa buat saya tersenyum geli hati. Lately ni sungguh kuat menyanyi dan menari dengan versi bahasanya tersendiri. Ada satu pagi, dia boleh menyanyi pukul 4 pagi. Lagu fav. dia lagu kanda dinda monologue dan Atilia. Hahahahha. Bila nak tidur malam mesti nak berkepit dengan mama. Semalam saya bisik ditelinga Raisa "adik kenalah belajar-belajar tidur dengan babah...dengan opah...dengan atuk..., nanti mama nak kena tidur hospital, adik jangan notty2 tau..." supprisingly dia jawab "emmm..." aduh..meleleh air mata saya. Lekas-lekas saya sapu air mata. Nasib baik lampu semua dah padam. Untuk anak yang baru 1 tahun 3 bulan, perkembangan Raisa memang cepat. Kalau di suruh buat apa laju aje dia buat, agaknya sebab dia nak dapat adik, tak boleh saya bayang tidur malam saya tanpa Raisa... :( Bila mak saya bagitahu dia nak bawa Raisa tidur di rumah dia bila saya dalam pantang, laju aje saya cakap tak boleh. Biarlah susah macam mana sekali pun, anak-anak saya harus di depan mata saya, kecuali semasa saya di hospital. Nahe mak..nahe....hiks.

Abang Hadif? abang yang manja yang amat, lepas kena tarbiah dengan babah harapnya lepas ni lebih berdikari..hihihi. Walaupun manja yang amat, Abang Hadif la tempat saya sandarkan harapan, boleh diharap kalau keluarkan kain dari mesin basuh, bila saya dah angkat kain dia yang tolak bakul masuk dalam rumah...cumanya manjanya lebih sikit dari adik Raisa..hihihi.

3 comments:

Nas Lie Yan T said...

Payah menjaga anak di masa sekarangkan intan. Harap hari yg mendatang bawa sejuta makna yang bahagia! Insya Allah. Moga anak2 penyeri kita d dunia dan akhirat! Aminnnn

Bila baca kisah cinta intan kali ini, yanti simpulkan yg intan lah wanita paling bahagia!

Dan masa tu jugaklah mujur yanti terbayangkan kawan2 yang ditimpa dugaan lebih lagi hebat dari yanti. ALHAMDULILLAH!! Sebenarnya yanti bertuah dikalangan mereka yg bertuah walau cuma hanya seorang cahaya mata setakat ini.

Raisa notty ek sbb masih suka bjaga awal pagi. Moga dia menjadi kakak yg disayangi! Hadif!!! Mukanya cerdik sungguh! Harap intan lalui liku perjalanan idop dgn suka suki suku suke suko!!!!

niL said...

chaiyokkk mama!
Nnt bagi kami jaga je raisa tu. Tukang basuh berak dah ada! :)

Intanaziela said...

Yanti: apa la lagi yang kita sebagai ibu ni harapkan melainkan yang baik2 sahaja untuk anak dan keluarga, alhamdulillah, hubby pun ada sama sentiasa mengembleng tenaga menjana keluarga kah kah kah....

Raisa memang tengah menakal...akalnya bukan main lagi..mari la datang umah nanti yanti...jumpa Raisa, jumpa abg hadif dan boleh jumpa baby...

intan doakan yanti ada dapat lagi cahayamata....doa banyak2...ada hikmah setiap apa yang allah rencanakan untk kita kan...

Nily: amboi mek...sakan berguling... mana gambo bengkak muka...kita lawan muka siapa paling bengkak..hihihi

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!