Wednesday, February 1, 2012

Sudah masuk bulan Februari

Rasa rindu nak menulis, tetapi memang mood tak ada. Bila dah dipenghujung trimester ni, rasa badan berat aje..hak hak hak... tapi serius, ramai yang menegur saya nampak cengkung. Penat agaknya, kalau dulu hanya perlu menguruskan kehidupan dan abang Hadif yang dah besar, dah boleh urus diri sendiri, tetapi kali ini Raisa masih kecil dan menuntut perhatian yang penuh. Penat tetapi mengujakan sebab tidak semua orang diberi peluang melaluinya kan, dan , insyaallah saya sentiasa bersyukur. Bak kata hubby, dah tak lama, insyaallah bila tiba Pembantu Rumah kami nanti, tugas saya semakin mudah, insyaallah. Harap-harapnya pembantu yang tiba nanti boleh bekerja dengan ikhlas dan benar-benar hendak bekerja. Amin.

Hari ini kembali meguruskan anak-anak sendirian, hubby dah naik offshore untuk 2 minggu. Alhamdulillah, semuanya lancar walaupun sebenarnya semalam saya muntah-muntah sampai abang Hadif risau. Macam biasalah, kalau hubby tak ada, saya tak sempat melayan sakit. Rutin harian bermula dengan menghantar abang Hadif ke KAFA, lepas itu hantar Raisa ke rumah opah, dan terus ke ofis. Petang pula menjemput abang balik sekolah kebangsaan, jemput Raisa dari rumah opah, balik rumah, pantau abang buat homework, layan Raisa golek-golek, basuh kain, lipat kain kalau Raisa tak kacau, ....kerja yang tak pernah habis. Tetapi ini semua saham akhirat kan. Walaupun rumah tak dapat nak berkemas dan berkilat tetapi hati saya happy sebab buat semua tu dengan sepenuh hati. Bukan semua orang dapat peluang sebegini kan. Walaupun sejak memasuki trimester ketiga ini sudah mula rasa mengah-mengah dan penat, tetapi bila pandang muka Hadif dan Raisa, hilang semua rasa letih.

Sekejap sahaja sudah masuk bulan Febuari. Sepatutnya bulan ini kami sekeluarga akan bercuti ke Guilin, China. Tetapi perancangan Allah lebih indah dan lebih baik dari perancangan yang kami lakukan. Masa beli tiket kapal terbang saya belum mengandung, tetapi rezeki dari Allah, saya mengandung pula. Hubby decide tak mahu ambil risiko memandangkan saya ni jenis yang bersalin awal. Bimbang dapat anak warga negara China la pulak nanti. Insyaallah ada rezeki kita ke Tembok Besar Cina pula kata hubby. hahahaha. Lepas ni nampak gayanya tak boleh main beli aje tiket, kena tengok kesusuaian, nak kena make sure time tu tak mengandung lagi...harharhar, boleh gitu? Insyaallah, lepas bersalin nanti, ada lagi satu percutian. Masa tu boleh la enjoy sebab baby dah keluar... :)

untuk adik-adik GBS, kenang daku dalam percutian guling-guling mu....huaaaa...

7 comments:

Ibu Darwisy said...

take care kak intan..bile bersalin kak? yer la, kite ni lebih puas hati bile buat sendiri kan..harap akk kuat.

Intanaziela said...

siti: tima kasih dik..insyaallah pertengahan bulan 3 dah boleh pilih date....

Kisah Hati said...

Salam perkenalan... Seronok baca blog akak ni...dalam tak sedar semua cerita saya korek hu..hu .. Minta izin yer kak... Tapi sebab akak juga maka terciptalah http://kisahatiqistina.blogspot.com/ baru lahir harap pas ni boleh bertatih, berjalan dan terus berlari seperti cerita anak-anak akak....

Intanaziela said...

kisah hati: terima kasih kerana sudi singgah diblog akak, happy reading...mana yg baik dari allah, yang serba kekurangan dr diri akak sendiri....nanti rajin2 la menulis, boleh akak baca cerita2 best2...

niL said...

Correction kak! Kena beli tiket masa tengah nak bersalin skrg ni! Sebab tiket kan dijual utk tempoh fly 6 bulan ke atas....

Guilin tu pun book masa bukan tgh pregnant kan?? :-)

ehem ehem!

Intanaziela said...

Nily: keh keh keh.... ye la tu... melepas akak nak guling-guling, pakai baju sejuk tebal2....nanti shoppingkan utk akak yek....

Nily, nasib baik satu lagi tiket bulan 6... kalau tak pun sodih jugak..kekekkeke kira tiket bulan 6 ni pengubat luka la..kakakkaka

akma said...

salam ziarah.... =)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!