Friday, September 21, 2012

Buku Merah jangan lupa bawa moga belum tamat tempoh




bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Eh...tak kan pergi tak perlu kembali kan? hiks.  Alhamdulillah, dapat grab 2 tiket untuk tahun depan.  Tahun ni punya bajet dah habis untuk terbang terbang, so kita berjalan ukur jalan dalam negeri pulak.  Berjalan dengan anak-anak kecil ni sebenarnya tak mudah.  Banyak persiapan dan perancangan yang harus dibuat.  Insyaallah tahun depan ada rezeki nak pergi jauh sikit bawa anak-anak berjalan.  Sebenarnya mak paknya yang suka berjalan, jadi anak-anak pun terheret sama kena jadi kaki jalan.

Bila kita sebut berjalan atau bercuti atau melancong, akan ada suara-suara sumbang yang suka mengata kita ni suka menunjuklah, suka berlagak la walhal pada saya, jika saya lihat kawan-kawan pergi bercuti atau melancong, di hati saya ni turut berbunga-bunga tumpang seronok, tak dapat ikut, dapat dengar cerita dan tengok gambar pun hati dah seronok.  Ye la, nak tunggu sampai ke tempat yang orang dah sampai tak tahu bila rezeki kita kan.... paling merobek hati saya, bila ada suara sumbang yang melihat saya dan keluarga pergi bercuti mengeluarkan kata-kata begini " ni mesti banyak hutang!" hairan sungguh saya, duit dalam poket kami suami isteri yang dia sibuk fikirkan.  Patutnya sibuk lah fikirkan duit dia sendirikan.  Berhutag atau tidak itu urusan kami, bukan urusan dia, tapi dek sakit hatinya dia, sampai begitu sekali sanggup mengeluarkan kata-kata pedih.

Tapi.... Ada saya kesah? hahahhaha.Pada saya, orang sebegini hatinya sakit.  Tak boleh tengok orang lebih dari dia.  Dah tentu hidup dia dan saya berbeza-beza.  Memang kami suka berjalan, tapi tak la sampai bergadai bergolok, biasanya kami berjalan dengan penuh perancangan.  Contohnya untuk tahun depan, bila tiket sudah dibeli, simpanan untuk percutian akan dimulakkan.  Dan, biasanya bila pergi bercuti, kami bukan pergi bershopping, kami pergi mencari pengalaman dan pergi melihat tempat orang.  Jadi tak perlu buat personal loan, atau pinjam along untuk pergi bercuti ye  Janganlah kehidupan dia nak disamakan dengan kehidupan saya.  Saya ini biasa-biasa sahaja.  Saya rela tak ganti baju janji dapat pergi berjalan.  Saya rela tak berbarang kemas sarat dibadan janji dapat melihat tempat orang.  Dan, jika saya nak pergi ke mana-mana destinasi, ianya mesti dengan pakej.  Mesti ada hubby dan anak-anak.  Kalau tidak, jawabnya memang la tak pergi.  Teringat perbualan saya dan kak shilla, kalau la kami travel bawa diri kami sahaja, dah tentu boleh sampai ke London, Paris bagai, tapinya kami travel dengan anak-anak.  Bila bawa anak-anak maknanya perbelanjaan bukan sedikit kan.  Tapi hati puas, sebab we spet quality time together.  Tak perlulah kalau kita tak boleh sampai ke tempat itu, kita assume orang lain pun tak boleh sampai, atau kalau kita pergi ke tempat itu kita rasa tak seronok, kita assume orang lain pun tidak akan seronok.  Saya selalu didik hati saya supaya hormat perasaan orang, hormat cara orang lain.  Kita manusia ada pelbagai-bagai citarasa.  So, tepuk dada, tanyalah selera! Ada juga yang bila tengok orang lain pi berjalan tempat orang, keluarlah ayat bisa dia "umrah tak pergi ke?" hello, kemonlah, perancangan kita adalah berbeza-beza.  Cer diri sendiri pi umrah bawa anak together-gether...? diri sendiri tak buat, tapi mulut sedap aje menyindir orang.  Oh My English betul la kan. Insyaallah, bila anak-anak dah boleh urus diri sendiri, kami memang bercadang nak bawa mereka menunaikan umrah tetapi bukanlah masa umur Kauthar baru 6 bulan!

Eh, panjang pula entry ni.  Sebenarnya nak share berita happy sebab dapat juga 2 tiket untuk tahun depan walaupun macam-macam kerenah Airasia kena layan hahahaha.  Ok anak-anak mama, lepas ni boleh nyanyi gini pulak 

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Semoga Allah beri kami kesihatan yang baik untuk melihat tempat orang, dan murahkan rezeki kami.  Teringat nasihat dan kata-kata hubby bila saya cerita tentang kata-kata orang pd kami yang suka berjalan ini "eh, lantak la, bukan minta dana kat sesiapa pun kita nak berjalan" keh keh keh..  Orang yang gagal menjaga hati lama kelamaan hatinya akan mati.  Kalau dia nak hatinya mati, terserah, tapi saya tak nak, ada banyak lagi nikmat hidup yang saya nak lalui.  Ok, pinjam kata kak shilla "kita jangan rosakkan hati kita" yeehaaa.


6 comments:

PM said...

pergh!!! kelas la mama...

ke mana kah agaknya mama anak 3 ni nak bawak anak2 dia agaknya eh... hehehe

p/s : jgn lupa dtg rumah saya esok tau!

Intanaziela said...

nani: nanti kita citer eh..insyaallah esok akak datang bawak budak2...harap2 terkawal la sebab datang dgn anak2 je...ayoh keje...

maia-zach said...

intan..kita sama la intan..biar la x ganti baju baru or perabot baru..asal dpt berjalan tgk tmpt org n bg anak2 rasa happy.ye la kita dulu mana nk rasa jln sana sini...ehh sebenarnye belajar kuat berjln dr suami maya....yg memanggg kaki jalan huhu..pantang cuti je jln..anakpun dh terbiasa..tgk beg besar..terus lompat gembira..yeeayy esok nk tido hotel, mandi kolam..lol..

maya.

maia-zach said...
This comment has been removed by the author.
Intanaziela said...

Maya: betu tu maya, kalau tak berjalan rasa hidup lemau je..jadi kalau kita berjalan pun ikutlah kemampuan kita, takat mana yang kita mampukan..bukannya niat kita nak menunjuk-nunjuk...tapi hati orang ni memang sukar nak tafsir, susah nak bersihkan hati...

anak intan yang hadif tu lagi lah, kalau dapat duduk hotel, duduk main games sambil layan tv je dia..pun dah suka sangat hihihihi

mrs shaifull said...

jgn pedulikan org, yg penting kita happy, kita sama la intan, kalau setakat nk pegi berjalan sorang, anak & husband x ikut, baik x payah p, x happy mana pun, tp kalau dpt p satu family, walaupun setakat pd saja, dah happy gila (2nd cousin arwah ayu)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!