Apabila Raisa menginjak usia 2 tahun, saya berpendapat dia harus didedahkan kepada permainan beroda seperti basikal. Kalau Abang Hadif dulu, bukan setakat basikal, motorsikal berbateri pun ada. Mungkin kerana anak sulung, mama dan babah tak sabar nak anak merasa semua tu. Berbeza betul dengan Raisa, pendekatan yang digunakan sangat berbeza. Kalau dahulu terlalu berhati-hati, dengan Raisa kami biarkan dia explore semuanya. Biar dia rasa semuanya.
Baru-baru ni jalan-jalan ke space U8 di Bukit Jelutong, ada banyak barangan dari Nilai 3. Raisa berkenan dengan permainan bermotor, tetapi babah cakap dia nak anak dia main sesuatu yang manual, yang mengeluarkan tenaga. Jadinya, belilah Yoyo Car. Kalau nak beli bukan boleh beli sebiji sebab Abang Hadif mesti tak nak kongsi dengan Raisa, teruslah beli 2 biji. tambah lagi la kesesakan lalu lintas dalam rumah kami. Tak cukup kuda, motor, tambah lagi parking benda alah ni.. hahahaha.
Jadi sekarang aktiviti terluang Abang Hadif dan Raisa dalam rumah main yoyo car.
Sambil kayuh sambil nyanyi lagu cintaaaa terpisah ruang waktu... hahahaha
Bukan setakat Raisa dan Abang Hadif aje yang enjoy beriada dengan yoyo car ni... cer tengok siapa lagi yang enjoy beridah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hahahahah Babah pun suka..bangun pagi exercise dulu dengan yoyo car hahahhaha. Mama pun cuba gak naik, tapi ketawa sampai keluar air mata... adoi..
4 comments:
adoi la..mama dan babah yg melebih lebih ni..gelak keluar air mata jgk nih...
Kak zue: hahahah intan takat test aje, babah dia dah jadi kesukaan dia pulak, siap usung raisa dgn kauthar sekali...hahhahaha
HAHAHAHA
LAWAK WEHHHH
Yanti: lawakkan? Hahhahah
Post a Comment