Wednesday, November 28, 2012

Sakit itu Penghapus Dosa

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Sumber:  Ustaz Don Daniyal

Hari ni bangun badan sakit-sakit.  Batuk dan selsema.  Deman juga akhirnya setelah saya cuba bertahan sewatu semua ahli keluarga tidak sihat.  Telan ubat, dan tetap ke pejabat kerana perlu melangsaikan kerja-kerja dan esok aka Perfromance Review Meeting.  Kena stand by takut boss minta apa-apa.  Bila ingatkan kerja-kerja di pejabat, bercampur dengan kerja yang di rumah rasa terus nak pengsan.  hahaha.  Tapi macam biasa sebab mengamalkan motto "larat buat tak larat tak payah buat" saya tabahkan hati.  Rasanya hujung minggu ini bakal diisi dengan aktivit meliban segunung intan yang dah tertangguh.  Mujur sekarang cuti sekolah, dapatlah rehat sedikit dari urusan membasuh dan menggosok baju sekolah Abang Hadif.  Alhamdulillah.


2 comments:

PM said...

Bertabah la wahai mama..
Uhuk uhuk... Sambung batuk

Intanaziela said...

Nani: hajah..uhukhukuhuk...batuk jugaaaa hahahaha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!