1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya
kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan
Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.
Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa
hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah
terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit,
bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap
kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.
Sumber: Ustaz Don Daniyal
Hari ni bangun badan sakit-sakit. Batuk dan selsema. Deman juga akhirnya setelah saya cuba bertahan sewatu semua ahli keluarga tidak sihat. Telan ubat, dan tetap ke pejabat kerana perlu melangsaikan kerja-kerja dan esok aka Perfromance Review Meeting. Kena stand by takut boss minta apa-apa. Bila ingatkan kerja-kerja di pejabat, bercampur dengan kerja yang di rumah rasa terus nak pengsan. hahaha. Tapi macam biasa sebab mengamalkan motto "larat buat tak larat tak payah buat" saya tabahkan hati. Rasanya hujung minggu ini bakal diisi dengan aktivit meliban segunung intan yang dah tertangguh. Mujur sekarang cuti sekolah, dapatlah rehat sedikit dari urusan membasuh dan menggosok baju sekolah Abang Hadif. Alhamdulillah.
2 comments:
Bertabah la wahai mama..
Uhuk uhuk... Sambung batuk
Nani: hajah..uhukhukuhuk...batuk jugaaaa hahahaha
Post a Comment