Lamanya tak update. Banyak perkara yang terjadi tetapi saya tak mampu nak menulis di blog. Semuanya tertulis di hati. Chewah..hahahaha.
Anak-anak alhamdulillah semuanya ok. Mak Bapaknya pun alhamdulillah ok-ok aje. Menjelang nak cuti sekolah ni, macam-macam yang nak difikirkan. Maklumlah cuti panjang, tak kan nak biarkan Abang Hadif mengadap tv sahaja. Plan asal nak hantar ke kelas tahfiz, kalau sempat nak hantar ke kelas art.
Baru-baru ini, Abang Hadif unjuk keputusan peperiksaan akhir tahun pada saya dan babahnya. Kami pandang dengan rasa biasa-biasa sahaja. Tak mahu meletakkan harapan yang tinggi. Tetapi sempat dengar hubby komen "wau, abang dapat 96 untuk sains...tahniah abang". Hadif? hahahaha reaksinya selamba sahaja, tak de la pulak rasa seronok macam mama dan babah dia. Saya menangis di dalam hati. Sungguh. Tak terkata rasa bahagianya bila mendapat kejutan yang diberi. Keputusan keseluruhan semuanya ok. Sederhana. Bahasa Arab pun boleh dapat B. Matematik pun B. English pun B. Eh, abang dapat Sains A ok. Betul la dia selalu sebut yang dia nak jadi saintis. Tidak hairan kalau duduk tengok tv dia pegag buku teks sains. hahahhaha.
Saya bersyukur, dengan kekurangan disleksia yang dia hadapi, dia mampu harunginya.Saya imbas bagaimana dulu sebelum menyedari Hadif merupakan anak disleksia. Saya pernah marah-marah. Saya pernah menangis kerana dia tak boleh menjawab soalan yang diberi. Saya pernah merintih dan saya pernah berputus asa. Alhamdulillah, saya mula membuat sedikit menyelidikan, saya banyak mencari bahan tentang apa dia disleksia. Kami hantar dia one to one coaching. Hantar tuisyen. Tak tahu nak kata berapa banyak air mata saya yang tumpah bila melihat dia struggle menangani masalah dia.
Siapa yang tak nak anak cemerlang. tetapi kita kena sedar dan redha dengan apa yang telah Allah tuliskan untuk kita. Bak kata hubby, "kita dulu dah puas cemerlang, dah puas dapat no. 1, dah puas membahagiakan ibu bapa kita, dulu ibu bapa kita tak pun cemerlang kan, tapi kita mampu jadi cemerlang. Jadinya bila anak kita bukan tergolong dalam golongan anak yang cemerlang, bersyukur dan redhalah" Dan, hari ini saya sedar, walaupun anak saya bukan tergolong dalam golongan anak yang naik pentas ambil hadiah setiap tahun, tetapi dia seorang yang tekun dan bermatlamat. Gigih. Sentiasa mencuba walaupun payah. Sentiasa pasrah walaupun kena marah. hahahahaha.
Anak saya Hadif sangat istimewa orangnya. Kalau buat kesilapan, laju sahaja mulutnya menuturkan maaf walaupun lepas itu dia masih ulangi kesilapan yang dia buat. Bila saya sakit, laju sahaja dia offer nak urut kepala, dialah abang yang sentiasa menolong mama semasa babah tiada, dialah rakan bersembang saya semasa pulang dari rumah mak, dialah penasihat imej saya contohnya "abang rasa mama lagi sesuai kalau pakai baju warna merah memanglah sebab dia suka warna merah..hahahhaa
Untuk Abang Hadif,
Tak kira apa pun yang abang dapat, abang tetap nombor 1 di hati mama. Abang tetap kesayangan dan kebanggaan mama. I love u abang. I love you so much.
No comments:
Post a Comment